Adakah Sulaiman Atau Rauf Rafiq Atau Ermieyati




FMT Reporters -November 8, 2021 Siapa yang akan memimpin kerajaan negeri Melaka yang baharu? Pakar strategi DAP membuat spekulasi siapa Umno dan PN bakal pilih. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Dengan Pakatan Harapan (PH) yang masih berbelah bahagi antara dua pesaing sebagai calon berpotensi menjadi Ketua Menteri Melaka, seorang pakar strategi DAP menumpukan perhatian kepada kemungkinan pilihan gabungan politik lawan mereka.
Ketua Biro Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong mencadangkan debat secara langsung antara calon Ketua Menteri yang berpotensi dan beliau berkata, Adly Zahari daripada Amanah boleh mewakili PH.
Nama Adly diutarakan semalam oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa pimpinan pakatan itu menamakan Adly sebagai pilihan PH. Seorang pemimpin Amanah berkata, nama itu boleh diumumkan dalam tempoh beberapa hari selepas penamaan calon esok.
Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno dan Perikatan Nasional (PN) masih berdiam diri mengenai siapa yang akan memimpin sekiranya mereka memenangi pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov.
“Untuk gabungan-gabungan lain, saya tidak pasti sama ada Sulaiman Md Ali atau Rauf Yusoh yang akan menjadi pilihan Umno untuk menjadi Ketua Menteri.
“Saya juga tidak jelas siapa calon Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional, sama ada Rafiq Naizamohideen atau Mas Ermieyati Samsudin”, kata Liew di Facebook semalam.
Sulaiman yang juga bekas Ketua Menteri bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan Rauf, bekas Speaker DUN di Tanjung Bidara, di mana beliau akan berdepan dengan Mas Ermieyati daripada Bersatu, sementara Rafiq akan bertanding di Telok Mas.
Liew berkata, larangan kempen pilihan raya dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuatkan parti politik sukar bertemu dengan para pengundi.
Beliau mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelaras dan menganjurkan debat secara langsung antara calon-calon Ketua Menteri Melaka daripada PH, BN dan Perikatan Nasional (PN), tanpa melibatkan penonton.
Katanya, SPR boleh mengambil teladan daripada debat secara langsung di antara Lim Guan Eng dan Wee Ka Siong baru-baru ini yang membolehkan rakyat membuat penilaian sendiri selepas mendengar hujah-hujah mereka.
BN, PN dan PH bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka.
Penamaan calon akan berlangsung hari ini dan proses membuang undi akan diadakan pada 20 Nov.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/adakah-sulaiman-atau-rauf-rafiq-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Makanan Tambahan Anda Terjamin Berkualiti Atau Sekadar Hebat Menipu

Adakah Makanan Tambahan Anda Terjamin Berkualiti Atau Sekadar Hebat Menipu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 254 hits
Produk yang jenis makanan kesihatan ni ternyata memang hebat konfidenkan orang masa saya warded dulu pon pernah sorang promoter ni datang ceritakan kebaikan produk dia mujur la saya jenis tak berduit kalau tak memang 90 saya akan beli Dah l...
Facebook Mudhorat Atau Mujarab Macai Vs Toktok

Facebook Mudhorat Atau Mujarab Macai Vs Toktok

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 687 hits
Ini fenomena paling ever green Ia bukan berlaku pada musim pilihanraya Tapi laku setiap masa Istilah ini digunakan oleh para penyokong politik ekstrim Semenjak daripada PRU baru baru ini sehinggalah sekarang isunya tidak pernah kering Apa s...
Taktikal Sahaja Namakan Sulaiman Sebagai Km Melaka Sebenarnya Rauf

Taktikal Sahaja Namakan Sulaiman Sebagai Km Melaka Sebenarnya Rauf

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 305 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Negeri 20 November ini bukannya Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang ketika pentadbirannya lah kerajaan UMNO tumbang ...
Mas Ermieyati Bentang Rekod Kerja Rauf Dibelenggu Persepsi

Mas Ermieyati Bentang Rekod Kerja Rauf Dibelenggu Persepsi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 320 hits
DALAM tempoh seminggu lalu apabila Datuk Ab Rauf Yusof disebut sebut akan menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri Melaka ramai tidak begitu teruja sangat Dengan pelbagai krisis politik yang berlaku dan dikaitkan dengan beliau sehingga Keraj...
Yehaaaaa Rauf Ketua Menteri Yang Lain2 Termasuk Sulaiman Md Ali Eloklah Berhenti Bermimpi

Yehaaaaa Rauf Ketua Menteri Yang Lain2 Termasuk Sulaiman Md Ali Eloklah Berhenti Bermimpi

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 330 hits
Setakat ini sekurang kurangnya ada dua berita gembira mengenai PRN Melaka Pertama kenyataan Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah PRN Melaka Mohamad Hasan yang menyatakan hampir 90 peratus calon UMNO yang mewakili BN pada pengundian 20 ...
Adakah Abd Rauf Belum Pernah Bertanding

Adakah Abd Rauf Belum Pernah Bertanding

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 276 hits
Ab Rauf belum pernah bertanding dalam mana2 pilihanraya adakah ini bermakna beliau termasuk dalam senarai 90 muka baru itu
Simulasi Harian Prn Melaka 13 Nov 2021 Ab Rauf Kalah Tipis Kepada Mas Ermieyati

Simulasi Harian Prn Melaka 13 Nov 2021 Ab Rauf Kalah Tipis Kepada Mas Ermieyati

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 373 hits
SIMULASI HARIAN13 NOVEMBER 2021AB RAUH KALAH TIPIS KEPADA MAS ERMIEYATIDENGAN PERKIRAAN N02 TANJONG BIDARABN 3162 VS PN 3641 MAJORITI 479 SEKADAR SIMULASI SAHAJASEKIAN
Penyampai Radio Johor Fm Junaidah Alahan Atau Kj Meninggal Dunia Akibat Sle

Penyampai Radio Johor Fm Junaidah Alahan Atau Kj Meninggal Dunia Akibat Sle

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 472 hits
JOHOR BAHRU 8 Nov Penerbit Rancangan Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Johor Junaidah Alahan meninggal dunia tengah malam tadi akibat penyakit Sistemik Lupus Eritematosus Junaidah 48 atau lebih dikenali sebagai KJ yang turut bertugas sebaga...
Rakyat Nak Tahu Pendedahan Edisi Siasatmy Benar Atau Tidak

Rakyat Nak Tahu Pendedahan Edisi Siasatmy Benar Atau Tidak

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 352 hits
Rakyat nak tahu pendedahan edisi siasatmy benar atau tidak kata Gobind Gobind Singh Deo kecewa dengan jawapan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berhubung pendedahan individu di sebalik akaun Twitter edisi siasatmy berhubung skanda...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Ralat Tak Tengok Supermoon

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah