Marrybrown Mengeluarkan Burger Pink Egg Stra Ong Meal
Selalu tengok burger biasa kan tapi pernah tak korang tengok burger warna PINK. Yerrr pertama kali mama teruja betul tengok burger warna PINK iaitu burger terbaru dari Marrybrown. Untuk pengetahuan semua, burger PINK Marrybrown ini bersempena perayaan menyambut Gong Xi Fa Chai tidak lama lagi. Mama so excited nak mencuba burger Pink Egg-Stra Ong Meal Marrybrown ni kerana burger pink ini adalah sangat terhad tau. Tambahan pula, untuk Pink Egg-Stra Ong Meal ini ada super deal pada 16 Januari 2021 pada jam 12 tengahari dengan preorder di Shopee sahaja. Fuh lagi mudah la mama nak beli yer tak.
Menariknya Burger Pink Egg-Stra Ong Meal Marrybrown ini adalah sosnya diperbuat daripada telur masin. Fuhh sekarang ni kalau kuah melibatkan salted egg ni memang mama teruja skit. Dulu bukan pengemar sangat tapi selepas rasa so sedap la. Itu lah keunikan set meal terbaru di Marrybrown kali ini. Mesti korang semua teringin nak cuba dan rasa kan menu terbaru Marrybrown
MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL
Egg-stra Ong Meal ini bukan sahaja ada set combo burger malah set combo ayam dan juga set ayam sekali dengan burger pun ada. Yang menarik tentang Egg-stra Ong Meal ini adalah terdapat ser sos telur masin yang diadakan semula malah ada pembaharuan di mana warna roti burger Egg-stra Ong Meal berwarna pink dan disertakan dengan minuman Nestle's Pink lemonade yang juga warnanya adalah pink. Teruja sangat kalau warna pink ni coz mama pun suka warna pink tau
Meal terbaru ini diadalam sempena Chinese New Year dan juga Valentine's Day yang akan datang pada bulan Februari nanti. Itu sebablah warna tema Egg-stra Ong Meal ini berwarna pink. Warna pink ini juga memberikan simbolik cinta, empathy dan kegembiraan dalam diri. Selain daripada itu, warna pink ini dipilih sebab wujudnya Nestle's Pink Lemonade dalam set meal terbaru kali ini. Of coz la warna burger dengan air kena sama kan baru la sepadan. Kalau korang semua perasan, air minuman Nestle's Pink Lemonade ini hanya dijual di kedai Marrybrown sahaja. Best kan kalau nak rasa kena la datang ke Marrybrown yang berdekatan
MENU EGG-STRA ONG MEAL MARRYBROWN
Memandangkan di Selangor kan baru mula PKP 2.0, so mama pun order jer dan pihak Marrybrown delivery menu terbaru ke mama. Jadi kita kenalah patuhi SOP dimana kita tidak boleh makan di mana-mana restaurant cuma kita boleh beli dan take away sahaja. Bagi yang nak membeli menu terbaru ini jangan risau korang still boleh beli kat restoran Marrybrown yer. Yang penting kita kena jaga kita.
Berikut adalah set combo Egg-stra Ong Meal Marrybrown :
Untuk harga set Egg-stra Ong Meal ini boleh juga didapati preorder di Shopee dan super deal, korang boleh dapat harga murah untu set burger tu hanya RM8.80 sahaja. Berbaloi betul kalau beli awal. Manakala harga set ayam pun takder la mahal mana dan sangat berbaloi juga untuk set combo yang lain.
* Marrybrown Egg-stra Ong Burger Combo : Harga dari RM15.00
* Marrybrown Egg-stra Ong Chicken Combo- 2pcs Chicken Combo : RM16.90- 3pcs Chicken Combo : RM20.70
* Marrybrown Egg-stra Ong Burger & Chicken Combo : RM24.30
REVIEW MAMA :
Bagi pengemar salted egg boleh la cuba menu terbaru daripada Marrybrown ni. Rasa sos telur masin tu so far bagi mama ok takder masin sangat dan takder pula bau telur yang kuat. Tapi dalam sos ni ada gabungan rasa pedas dan aroma daun kari yang memang umpphh. Manakala bagi burger Pink Egg-stra Ong Marrybrown memang sedap sebab patty burger ni menggunakan isi ayam yang spicy dan sos telur masin yang pedas-pedas rasa lemak manis salted egg tu rasa makan laju jer. Oh ya roti burger pink tu pula just nice takder keras memang perfect sangat gabungan burger dan juga patty
Untuk air minuman Nestle's Lemonade ni pertama kali minum air lemonade pink tau. Risau juga tapi lepas minum air tu takder pula rasa air lemon tapi macam air merah yang wangi aroma lemon. Hahhh macam tu la dan air tak manis sangat so just nice. Memang gabungan sangat kena makan dengan Egg-stra Ong meal dengan air tu ok jer. Tambah pula ayam Marrybrown ni cukup padu, pedas dan berapi
Menarik tak uolls.. Mama paling suka makan ayam Marrybrown dengan sos telur masin tu rasanya mengena sangat. Pedas, lemak, masin, manis. memang perghh terangkat. So korang yang nak cuba dan rasa menu terbaru Egg-stra Ong Meal ni boleh terjah ke cawangan Marrybrown yang berdekatan.
Untuk maklumat lanjut dan info Egg-stra Ong Meal Marrybrown boleh layari :
Facebook : www.faecbook.com/MarrybrownMalaysiaInstagram : www.instagram.com/marrybrownmyYoutube : www.youtube.com/user/MarrybrownTVTwitter : www.twitter.com/MarrybrownMYDelivery : www.marrybrown.com/mb-delivery
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2021/01/marrybrown-mengeluarkan-burger-pink-egg.html