Marrybrown Egg Stra Ong Meal
Tahun baru Cina semakin menghampiri kita, terdapat pelbagai menu-menu  tahun baru cina yang dikeluarkan oleh pelbagai perusahaan makanan  terutamanya Hotel, restoran mahupun restoran makanan segera. Tidak  terlepas juga Marrybrown  telah berkongsi "EGG-STRA ONG MEAL" menu terbaru mereka iaitu ayam dan burger dengan limpahan sos telur masin dengan citarasa tempatan  sempena perayaan Tahun Baru  cina  dan juga Valentine's Day.  
 MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL
Untuk pengetahuan untuk menu Egg-stra Ong Meal ini marrybrown tawarkan ayam goreng dan burger istimewa berwarna pink dengan limpahan sos telur masin citarasa tempatan yang menggunakan rempah ratus istimewa bersama daun kari yang beraroma. 

MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL   
Menariknya tentang Egg-stra Ong Meal kali ini adalah bukan sekadar set sos telur masin  malah ada pembaharuan di mana warna roti burger Egg-stra Ong Meal berwarna pink dan disertakan dengan minuman Nestle's Pink Lemonade yang juga warnanya adalah pink. 
 Bila warna pink automatik Cik iena nak cuba sebab Cik iena memang penggemar warna pink. Rasa unik pula burger bewarna pink. Untuk pengetahuan roti burger bewarna pink ini memberikan simbolik cinta, empathy dan kegembiraan. Selain itu warna pink ini dipilih sebab wujudnya Nestle's Pink Lemonade dalam set meal terbaru kali ini. 
Untuk makluman anda lagi, Marrybrown merupakan kedai makan makanan segera yang pertama menyediakan set makan bersama minuman Nestle's Pink Lemonade ini.  
MENU EGG-STRA ONG MEAL MARRYBROWNUntuk promosi  EGG-STRA ONG MEAL ini, anda boleh membuat 3 pilihan set iaitu  
Marrybrown Egg-stra Ong Burger Combo  
Burger yang dihidangkan bersama jejari kentang , sos telur masin  dan  minuman Nestle's Pink Lemonade 
Marrybrown Egg-stra Ong Burger Combo :Harga dari RM15  
Marrybrown Egg-stra Ong Burger Combo :Harga dari RM15 
 Marrybrown Egg-stra Ong Chicken ComboAyam goreng yang dipadankan bersama kentang lenyek, salad  beserta sos telur masin dan minuman Nestle's Pink Lemonade . terdapat  dua pilihan untuk combo ini  2pcs Chicken Combo : RM16.90 3pcs Chicken Combo : RM20.70
 Marrybrown Egg-stra Ong Chicken Combo :  3pcs Chicken Combo : RM20.70
Marrybrown Egg-stra Ong Chicken Combo :  3pcs Chicken Combo : RM20.70 
Marrybrown Egg-stra Ong Burger & Chicken Combo
Burger yang dihidangkan bersama jejari kentang  dan dipadankan dengan ayam goreng beserta sos telur masin  dan minuman Nestle's Pink Lemonade  
Marrybrown Egg-stra Ong Burger & Chicken Combo : RM24.30
Marrybrown Egg-stra Ong Burger & Chicken Combo : RM24.30   
REVIEW EGG-STRA ONG MEAL Secara keseluruhannya Cik iena suka rasa sos telur masin yang digunakan. Berbeza dengan sos telur masin di tempat lain yang Cik iena pernah makan. Rasa sos telur masin marrybrown lemak masin beraroma daun kari lagi pedas menyegit. 

MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL  
Untuk burger pink memang pedas , ayam burger tu sendiri pedas ditambah dengan sos telur masin yang pedas juga bertambah pedas letups letups. Almaklumlah Cik iena tak makan pedas sangat. kalau yang makan pedas mungkin rasa biasa tapi bagi iena kalau burger tu kira pedas. Mujur ada roti lembut pink untuk tone down kan kepedasan. Biasanya iena makan burger tak makan roti sangat pun. iena akan makan isinya dan roti bahagian atas. Pelik tapi benar. Tapi memandangkan burger ni pink, iena makan semua roti dia :)
Untuk Minuman Nestle's Pink Lemonade  ni rasa dia pun Cik iena suka. Tak berapa manis sangat. Macam manis manis laici.. Kepada anda diluar sana jangan lupa cuba menu baru Marrybrown ni okay :)
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY 
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/ 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://www.ienaeliena.com/2021/01/marrybrown-burger-pink-egg-stra-ong-meal.html