Maritim Malaysia Rampas 350 Kilogram Ketum


Oleh NUR NAZLINA NADZARI MARITIM Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis mematahkan cubaan menyeludup keluar 350 kilogram daun ketum bernilai kira-kira RM63,000 di persisiran pantai muara Kuala Perlis, semalam.KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis mematahkan cubaan menyeludup keluar 350 kilogram daun ketum ke Thailand bernilai kira-kira RM63,000 di pesisiran pantai muara Kuala Perlis di sini, semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Shafie Paing berkata, bertindak berdasarkan maklumat risikan, pihaknya mengatur gerak pasukan operasi ke sekitar lokasi dan telah mengesan dua suspek mengemudi bot kayu tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan sedang keluar dari Kuala Sanglang di sini menuju ke arah sempadan Thailand sekitar pukul 6.30 petang.
Katanya, menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak menukar haluan ke daratan berhampiran dan terjun ke laut meninggalkan bot serta berenang melarikan diri ke hutan bakau berlumpur berhampiran.
“Suspek menggunakan bot enjin sangkut bergalah bagi mengelakkan bot ronda Maritim Malaysia daripada menghampiri mereka di kawasan cetek. Sifat geografi perairan yang cetek dan berlumpur menyukarkan bot penguat kuasa Maritim Malaysia untuk akses ke kawasan paya bakau sekitar.
“Suspek turut menggunakan dua bot sebagai helah bagi mengelirukan penguat kuasa, namun gagal apabila Maritim Malaysia berjaya mengejar bot yang membawa ketum itu.
“Pemeriksaan ke atas bot berkenaan telah menemukan enam guni putih serta 23 bungkusan plastik hitam disyaki daun ketum. Nilai keseluruhan rampasan termasuk daun ketum, bot dan enjin adalah sekitar RM70,000 dan daun ketum terbabit dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, semua hasil rampasan dan bot tersebut dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.
“Maritim Malaysia mengenal pasti modus operandi terbaharu penyeludupan keluar daun ketum ke negara jiran iaitu menggunakan bot kayu enjin sangkut bergalah menuju ke sempadan Thailand untuk dipindah ke bot-bot nelayan Thailand di sempadan perairan negara jiran itu.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut. Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya,” ujarnya. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/maritim-malaysia-rampas-350-kilogram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penuntut Malaysia Juara Pertandingan Pidato Umum Dunia

Penuntut Malaysia Juara Pertandingan Pidato Umum Dunia

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 346 hits
Johan Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union Pavit Coran KUALA LUMPUR Penuntut Malaysia Pavit Coran muncul sebagai johan Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union yang diadakan secara maya pada Jumaa...
Malaysia Needs A Rakyat Vaccine Team

Malaysia Needs A Rakyat Vaccine Team

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 361 hits
Since Malaysia s National Covid 19 Immunisation Programme kicked off in February some of the most popular conversations among the rakyat are Have you registered Are you vaccinated or Which vaccine do you want This indicates significant dema...
25 Pelakon Lelaki Kacak Era 80 90 An Yang Pernah Mewarnai Dunia Lakonan Di Malaysia

25 Pelakon Lelaki Kacak Era 80 90 An Yang Pernah Mewarnai Dunia Lakonan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 3097 hits
Ada sikit masa untuk mengimbau kembali Antara Pelakon2 Lelaki Kacak di Era 80an dari Slot Spektra Drama Minggu Ini dan juga Filem filem Melayu yg pernah menghiburkan kita Seiring dengan masa memang akan ada perubahan dari wajah dan fizikal ...
Bam Nafi Pemain Israel Beraksi Terbuka Malaysia 2021

Bam Nafi Pemain Israel Beraksi Terbuka Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 436 hits
BAM nafi pemain Israel beraksi Terbuka Malaysia 2021 Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 May 2021 11 17PM
Malaysia Disappointed With Un Wants Firm Action On Israel Aggression Pm

Malaysia Disappointed With Un Wants Firm Action On Israel Aggression Pm

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 468 hits
Malaysia is saddened and disappointed by the inability of the United Nations Security Council to immediately halt Israeli violence against the Palestinians saying the attacks are a war crime that violates the 1949 Fourth Geneva Convention P...
Korea Utara Sah Tarik Diri Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia Antara Yang Paling Terkesan

Korea Utara Sah Tarik Diri Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia Antara Yang Paling Terkesan

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 384 hits
Korea Utara sah menarik diri dari pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 Perkara itu diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia melalui satu kenyataan pada hari ini Keputusan tersebut bukanlah perkara mengejurkan selepas Persat...
Israel Arah Mossad Bunuh Pemimpin Hamas Di Iran Turki Qatar Dan Malaysia

Israel Arah Mossad Bunuh Pemimpin Hamas Di Iran Turki Qatar Dan Malaysia

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 481 hits
7 715 total views 7 715 views today TEL AVIV Kepimpinan Israel mengarahkan agensi perisikannya termasuk Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pemimpin Hamas di dalam Gaza dan di luar wilayah Palestin tersebut demikian menurut sumber laman beri...
Malaysia Indonesia Brunei Gesa Komitmen Antarabangsa Terhadap Penyelesaian Dua Negara

Malaysia Indonesia Brunei Gesa Komitmen Antarabangsa Terhadap Penyelesaian Dua Negara

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 402 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Presiden Indonesia Joko Widodo dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menggesa masyarakat antarabangsa kekal tegas dengan komitmen mereka terhadap penyelesaian dua ...
Amaran Buat Malaysia

Amaran Buat Malaysia

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 198 hits
HAMZAH RIE NAAssalamualaikum Just to inform saw news on soc medial that israel has listed Malaysia as one of their list for war includes Turkey Iraq etc There is also news in counter attack cyber war since most social media from Malaysia ha...
Ayam Gunting Dan Enoki Goreng Crispy Pedas

Recommended By

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

Ready To Rip A Sublime Yamaha Rd350 Street Tracker From Virginia

Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Seni Resin Art Keindahan Teknik Dan Kenapa Makin Ramai Jatuh Hati

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jyp Entertainment Dikecam Teruk Akibat Prestasi Carta Yang Mengecewakan

Masalah Akses Tercetus Kenapa Anda Tidak Dapat Mengakses Laman Ini

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

22 Years Fighting To The Top 3 Years To Lose The People