Malaysia Indonesia Brunei Gesa Komitmen Antarabangsa Terhadap Penyelesaian Dua Negara




Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menggesa masyarakat antarabangsa kekal tegas dengan komitmen mereka terhadap 'penyelesaian dua negara' ke arah mewujudkan negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.


Ketiga-tiga pemimpin yang mengutuk keras pencabulan dan keganasan berulang kali tentera Israel di Wilayah Palestin yang diduduki turut berkata, mereka sedia menyokong usaha masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian aman, adil dan berkekalan di Timur Tengah.


“Kami meminta Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengatur sidang tergempar bagi menangani keganasan melampau dan mencari penyelesaian aman bersama dengan matlamat menamatkan kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin," kata mereka.


Kenyataan bersama ketiga-tiga pemimpin itu dikeluarkan di Kuala Lumpur malam ini berikutan memuncaknya keganasan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki.


Menerusi kenyataan bersama itu, mereka turut menyuarakan kebimbangan mengenai perluasan penempatan haram dan tindakan merampas dan memusnahkan struktur milik Palestin di kawasan Tebing Barat yang diduduki termasuk di sekitar Baitulmaqdis Timur.


Mereka juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang hak asasi manusia dan kemanusiaan oleh Israel selaku kuasa penakluk, menerusi tindakan tidak berperikemanusiaan, dasar menjajah dan aparteid ke atas penduduk Palestin di wilayah yang diduduki.


Ketiga-tiga ketua negara itu mahu tindakan segera dan bertanggungjawab bagi memastikan pihak yang terbabit dipertanggungjawabkan dan menggesa semua pihak supaya berhenti dan menamatkan serangan ke atas orang awam, mengambil langkah meredakan ketegangan serta menjunjung peraturan dan undang-undang antarabangsa.


“Kami menggesa kedua-dua pihak menerima kehadiran sementara pihak antarabangsa di Bandaraya Al-Quds bagi memantau gencatan keganasan di Wilayah Palestin yang diduduki," kata mereka.


Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut digesa bertindak segera dan mengambil segala langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan memberi perlindungan terhadap orang awam Palestin di seluruh Wilayah Palestin yang diduduki.


Mereka juga mengulangi solidariti dan komitmen mereka kepada penduduk Palestin termasuk hak untuk membuat keputusan sendiri serta mewujudkan sebuah negara Palestin merdeka dan berdaulat.


Sumber: Bernama


source https://www.thereporter.my/2021/05/malaysia-indonesia-brunei-gesa-komitmen.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2021/05/malaysia-indonesia-brunei-gesa-komitmen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Indonesia Brunei Call For Israel Hamas Ceasefire

Malaysia Indonesia Brunei Call For Israel Hamas Ceasefire

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 425 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin Indonesian President Joko Widodo and the Sultan of Brunei Sultan Hassanal Bolkiah condemned Israeli action against Palestinians PETALING JAYA Malaysia Indonesia and Brunei have called for a ceasefire between ...
Video Penyelesaian Dua Negara Mustahil Amanah

Video Penyelesaian Dua Negara Mustahil Amanah

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 362 hits
Meja rundingan perlu bercakap tentang Hak Kemanusiaan terlebih dahulu bukan hak mengiktirafi Israel dan penentuan masa depan Palestine bukan di tangan kuasa besar tetapi dari suara rakyat yang dijajah Hanya dengan perjuangan berterusan hak ...
Penyelesaian Dua Negara Seolah Ikhtiraf 15r43l Sebagai Sebuah Negara Kata Raja Kamarul

Penyelesaian Dua Negara Seolah Ikhtiraf 15r43l Sebagai Sebuah Negara Kata Raja Kamarul

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 299 hits
May 17 2021 Sokongan kerajaan berhubung cadangan penyelesaian konflik di Palestin mengikut formula Penyelesaian Dua Negara atau Two State Solution seolah olah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Dat...
Penyelesaian Dua Negara Cadangan Muhyiddin Khianati Palestin

Penyelesaian Dua Negara Cadangan Muhyiddin Khianati Palestin

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 372 hits
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Syed Badli Shah Syed Osman berkata tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyokong penyelesaian konflik Israel Palestin melalui jalan rundingan dua negara baru baru ini merupakan tindakan khian...
Kearah Menukar Identiti Negara Malaysia Apabila Bahasa Kebangsaan Di Pinggirkan

Kearah Menukar Identiti Negara Malaysia Apabila Bahasa Kebangsaan Di Pinggirkan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 427 hits
Keadaan makin parah kerajaan sendiri suburkan akar vernakularLaporan bahawa terdapat sebanyak 1 301 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dibina di Malaysia dengan 127 sekolah baharu dibangunkan sejak lebih 20 tahun lalu nyata mengejutkan Meni...
Umno Gesa Tubuhkan Rci Siasat Kes Campur Tangan Politik Dalam Institusi Penting Negara

Umno Gesa Tubuhkan Rci Siasat Kes Campur Tangan Politik Dalam Institusi Penting Negara

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 455 hits
KUALA LUMPUR UMNO menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zah...
Lancar Opsbedil Lebih 120 Laman Israel Diserang Penggodam Malaysia Amp Indonesia

Lancar Opsbedil Lebih 120 Laman Israel Diserang Penggodam Malaysia Amp Indonesia

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 436 hits
SEKUMPULAN penggodam dari Malaysia dan Indonesia melancarkan aktiviti godaman menerusi OpsBedil ke atas pangkalan data dan akaun media sosial Israel sejak malam tadi sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim zionis menyerang rakyat Pales...
Lejenflix 5 Pelakon Malaysia Ini Pernah Bintangi Filem Luar Negara

Lejenflix 5 Pelakon Malaysia Ini Pernah Bintangi Filem Luar Negara

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 632 hits
Selain Ibrahim Pendek Henry Golding dan Tan Sri Michelle Yeoh yang berjaya melebarkan sayap mereka ke persada antarabangsa lima orang pelakon ini turut menerima tawaran berlakon dalam filem luar negara Kami akan kongsikan lima orang pelakon...
Negara Bakal Alami Hari Tanpa Hujan Mulai 19 Mei Met Malaysia

Negara Bakal Alami Hari Tanpa Hujan Mulai 19 Mei Met Malaysia

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 371 hits
Tempoh monsun barat daya berisiko punca fenomena jerebu BANGI Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak tidak lama lagi menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Ini kerana monsun Barat Daya dijang...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi