Marina Island Pangkor Resort Hotel Pulau Pelancongan Persisir Pantai


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni jarang nak berjalan ke jauh-jauh travel naik kereta sendiri tapi kali ni rasa macam teruja pula untuk pergi ker satu bandar persisir pantai dalam daerah Manjung Perak iaitu Lumut. Pergi pun bukan saja-saja tau sebenarnya ia adalah perjalanan Maha untuk menyertai buat pertama kalinya Lumut Eco Run 2019.  

Tentang larian tu Maha akan ceritakan kemudian nanti tapi yang best sekarang ni nak kongsikan dimana Maha menginap sepanjang berada kat Lumut. Terima kasih kerana kali ini Maha dan kawan-kawan semua bermalam selama 3 hari 2 malam di Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Hotel yang terletak di pulau buatan dan mempunyai lebih kurang 500 buah bilik

Marina Island Pangkor Resort & Hotel Yang Besar
Hotel ini ada dua block bangunan serviced apartments yang diberi nama D'Sea yang korang boleh lihat berwarna oren tu manakala  D'Ocean pula bangunan sebelah yang berwarna biru tu. Bagi Maha yang pertama kali sampai kat sini memang sangat teruja kerana hotel ni dikelilingi laut sebab kat sini korang boleh lihat matahari terbenam pada waktu senja dan juga melihat matahari terbit pada waktu pagi




Bilik yang Maha duduk tu adalah bilik sangat luas dan mampu memuatkan sehingga 4 orang. Korang boleh tengok kat ruang depan bilik ini sahaja ada 3 buah katil single manakala satu lagi katil berada kat dalam satu bilik khas. Bagi Maha kalau datang satu keluarga 4 ke 5 orang memang sangat sesuai kat sini sangat selesa. Siap ada juga pantry sendiri bersama dengan kelengkapan seperti pemanas air dan juga mini peti sejuk






Selain tu yang penting kalau korang duduk hotel bukan setakat selesa tapi kena ada kelengkapan yang cukup seperti kat sini Wifi percuma dalam bilik, set meja tulis, LED Tv dengan pelbagai saluran TV dan bilik berpenghawa dingin sepenuhnya. Dalam bilik ni ada satu bilik air sahaja iaitu di bahagian tengah yang mengandungi bath tab sangat sesuai untuk korang yang suka berendam, hair dryer, toiletries serta rain shower






Jadi ia sangat lengkap dan memenuhi untuk korang datang bercuti dan berehat bersama keluarga. Selain daripada bilik yang besar untuk 4 orang mereka ada juga sediakan bilik untuk 2 orang serta bilik paling besar yang boleh muatkan sehingga untuk 16 orang. Semua bilik mesti ada pantry sendiri dan juga bilik air sendiri. Jadi boleh datang ramai-ramai dan masak kat dalam hotel tu bawa je periuk nasi elektri masak sendiri dan makan ramai-ramai jimat sangat. Harga bilik pula berbeza mengikut saiz dan juga tarikh, kalau korang nak tahu boleh tengok kat laman web mereka lagi senang. 







Harga termasuk sarapan pagi yang disediakan di Terumbu Cafe. Maha suka duduk kat hotel ni bukan sahaja kerana bilik mereka tapi juga beberapa kemudahan lain yang ada kat dalam hotel ni. Mereka siap ada sediakan ruang khas untuk kanak-kanak yang dipanggil Kids Club. Mak bapak boleh tinggal anak mereka kat dalam bilik tu untuk tonton movie yang disediakan dan juga bermain permianan yang ada serta berseronok kat situ. 







Juga ada kelengkapan lain seperti bilik gym walaupun tak berepa besar tapi ok lah boleh untuk mengeluarkan peluh. Lepas tu terus sahaja terjun kat kolam renang mereka yang ada di bahagian luar. Nak mandi kat tepi pantai pun boleh juga tak ada masalah sebab semua di kelilingi dengan laut dan lagun. Nak buat aktiviti mainan tepi pantai pun boleh seperti bolar tampar pantai dan juga berkelah kat tepi pantai tu dibawah payung bersama keluarga atau kawan-kawan seronok giler. 
Fenzy Hippo Waterpark Masa Untuk Main Air
Selain daripada penginapan ada juga aktiviti riadah luar yang menarik berdekatan dengan hotel ini iaitu Fenzy Hippo Waterpark. Ini adalah satu-satunya taman tema dengan keluasan 25 buah gelanggang badminton terapung di atas air. Menarik giler tempat ni boleh main panjat-panjat dan juga terjun dalam air tu. Harga untuk main waterpark ni RM35 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Korang akan rasa penat bila bermain kat situ tapi tetap puas hati. Bestnya kat sini kena main awal pagi kerana tak dipanaskan dengan mentari dan juga diganggu dengan angin kencang. Kalau main petang boleh cuma agak terbataslah






Selain itu juga, sekitar kawasan pantai tu korang juga boleh main seperti kayak, berbasikal, Paddle boat, Yoyo boat, Pelampung Unicorn dan banyak lagi. Semua tu korang boleh sewa dengan harga untuk kayak RM20/30minit, Paddle boat RM30/30minit, Yoyo Boat RM15/30minit. Kawasan tepi pantai ni dibuka untuk mainan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan sambung balik pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam sahaja









Jadi kalau korang duduk kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni macam-macam aktiviti boleh buat tak perlu nak pergi jauh kat situ sahaja dah boleh habis satu hari dengan pelbagai aktiviti bersama. Tak akan bosannya kat sini tak perlu nak pergi jauh hehehehe. 




Tepi pantai tu juga mereka ada buat dekorasi seperti kincir angin untuk korang bergambar dan menikmati pemandangan waktu petang menunggu matahari terbenam sangat cantik. Juga situ ada satu kolam menternak ikan besar iaitu Ikan Kerapu seberat 100 kilo kesayangan pemilik hotel ni dan ia telah diternak lebih dari 9 tahun. Itu satu daya tarikan juga kalau ada sini korang boleh bagi makan kat ikan-ikan tu ok.   
Tempahan hotel dan pertanyaan lanjut tentang hotel boleh hubungi :Laman web : https://marinaislandpangkorresort.comFacebook : https://www.facebook.com/marinaislandpangkorTel : 605 680 5888   Fax: 605 680580Email : [email protected] 
Buang Lemak Dengan Lumut Eco Run 2019 
Tadi Maha ada bagi tahu yang Maha datang ker Lumut dan menginap kat hotel ini adalah semata-mata menyertai Lumut Eco Run 2019 yang terlah berlangsung pada 2 Mac 2019 yang lalu. Ia adalah larian pertama yang Maha sertai untuk tahun ini dan luar daripada KL. Saja nak cari angin luar dan menikmati tempat orang, kalau nak datang sendiri bercuti tak tahu bilakan. Larian Lumut ini adalah anjuran Patriot Malaysia dengan kerjasama Ultron, Dorsett Kuala Lumpur dan juga Marina Island Pangkor Resort & Hotel. 

Larian Lumut ini adalah lain daripada lain bagi Maha kerana ia ada konsepnya tersendiri iaitu dimana ia bukan sahaja larian untuk menyihatkan badan tapi dalam masa sama ia bertujuan untuk mendidik masyarakat mecintai alam sekitar melalui tema-tema yang mereka adakan setiap tahun. Larian ini akan berlangsung selama 4 tahun berturut-turut dengan 4 tema yang berbeza iaitu tema Tanah bagi tahun 2019, tema Air bagi tahun 2020, tema Api bagi tahun 2021 dan tema Angin untuk tahun 2022. Setiap tahun mereka ada madel yang berbeza kalau korang rasa suka kumpul madel larian Lumut ini sangat sesuai untuk sertai. Janji korang kena tamatkan larian ok




Kenapa ia diadakan di Lumut? Ia adalah untuk memperkenalkan eco pelancongan yang ada kat sekitar Lumut dan juga dalam masa sama ia mampu meningkatkan ekonomi masyarakat disekitar bandar ini. Ini kerana acara larian ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia/pemastautin tetap dan juga pelari antarabangsa. Jadi secara langsung ia memberi pendedahan kepada orang luar tentang keunikan yang ada kat Lumut selain daripada pantai dan juga alam semulajadinya. 


Dengar kata lebih dari 1200 orang telah menyertai larian ini dan sambutan sangat hebat. Ada 3 kategori yang dianjurkan iaitu 5km untuk Fun Run, 10km dan juga 21km untuk half marathon. Maha hanya mampu masuk untuk 10km sahaja tau dan berjaya menghabiskan semua larian dalam tempoh 2 jam juga lah wakakakka. Almaklumlah orang berlari tapi Maha banyak berjalan tapi bestnya larian ni dapat masuk dalam Markas Pengkalan Lumut - TLDM tau bukan senang nak masuk kat sana.. Bagi Maha aktiviti macam ni sebenarnya bagus kalau dapat dilakukan sekali sekala untuk kesihatan badan. Harap next time dapat join lagi untuk larian lain pulak mana tahukan. Korang juga boleh join untuk tahun seterusnya

Pertanyaan tentang larian dan update akan datang layari: Facebook : https://www.facebook.com/LUMUTECORUN2019Instagram : https://www.instagram.com/lumutecorun










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/03/marina-island-pangkor-resort-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Marina Termasuk Di Pulau Mentagor Akan Diswasta Mot

6 Marina Termasuk Di Pulau Mentagor Akan Diswasta Mot

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 278 hits
Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk menswastakan pengurusan enam marina awam bermasalah termasuk di Pulau Mentagor yang kini dikendalikan oleh Jabatan Laut Malaysia Timbalan Menterinya Datuk Kamaruddin Jaafar berkata kertas cadangan p...
Hendak Menginap Di Pulau Perhentian Boleh Pilih Ombak Dive Resort

Hendak Menginap Di Pulau Perhentian Boleh Pilih Ombak Dive Resort

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 591 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha tak pernah sampai ke Pulau Perhentian dan ini adalah pengalaman pertama jejak kaki kat pulau diberi gelaran Permata Negeri Terengganu ini Teru...
Trip To Pulau Pangkor

Trip To Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 848 hits
What s up everyone Semenjak dua menjak ni rasa macam nak revive balik blog ni So kita start je la dengan trip ke Pangkor masa bulan 12 tahun lepas Hahaha Basi tak basi dah trip ni Nasibb So kami pergi masa weekdays Rabu pergi Jumaat dah bal...
Pengalaman Seru Tinggal Di Pulau Pribadi Kerjaannya Cuma Berenang Berjemur Dan Santai Di Pantai

Pengalaman Seru Tinggal Di Pulau Pribadi Kerjaannya Cuma Berenang Berjemur Dan Santai Di Pantai

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 279 hits
Listrik dan air terbatas tapi pemandangan alam luar biasa Ikuti cerita petualanganku saat mengeksplor sebuah pulau pribadi yang indah banget
Pac Wants Ytl Probed For Rm24m Marina On Uninhabited Island

Pac Wants Ytl Probed For Rm24m Marina On Uninhabited Island

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 280 hits
The Public Accounts Committee has called on the Transport Ministry to investigate whether YTL Corporation Berhad can be held responsible for the construction of a RM24 27 million government commissioned marina that has since been abandoned ...
Siasat Ytl Kerana Bina Marina Rm24 Juta Di Pulau Tak Berpenghuni Pac

Siasat Ytl Kerana Bina Marina Rm24 Juta Di Pulau Tak Berpenghuni Pac

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 380 hits
Jawatankuasa Kira kira Wang Negara mahu Kementerian Pengangkutan untuk menyiasat sama ada YTL Corporation Berhad boleh dipertanggungjawabkan kerana membina marina yang ditauliahkan kerajaan pada harga RM24 27 juta di pulau tidak berpenghuni...
10 Tahun Dap Perintah Pulau Pinang Mana Rumah Ppr Baharu Yang Nampak Hanya Usir Penduduk

10 Tahun Dap Perintah Pulau Pinang Mana Rumah Ppr Baharu Yang Nampak Hanya Usir Penduduk

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 422 hits
KUALA LUMPUR 7 Mac Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Sufian Hamdan membidas alasan alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung pengusiran penduduk di kediaman Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis di negeri tersebut Tegas...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage