Hendak Menginap Di Pulau Perhentian Boleh Pilih Ombak Dive Resort


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tak pernah sampai ke Pulau Perhentian dan ini adalah pengalaman pertama jejak kaki kat pulau diberi gelaran Permata Negeri Terengganu ini. Terujanya tak terkata sebab dapat peluang nak bercuti dan berehat-rehat ke pulau lagi untuk selama 3 hari 2 malam. Mungkin bagi ramai orang dah biasa akan Pulau Perhentian ni tapi bagi Maha ia satu pengalaman yang sangat bermakna. 

Pulau ini terbahagi kepada dua gugusan iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Resort yang ng Maha dan kawan-kawan nak duduk ni di Perhentian Kecil. Jika dari KL nak ke sini kalau naik kapal terbang turun kat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Baharu lagi dekat hanya 45 minit ke jeti. Kalau naik kereta pun boleh parking jer kat kawasan jeti ni tapi agak penat nak mengharungi perjalanan selama 6 jam. 





Untuk ke pulau ni pula adalah menaiki boat dari Jeti Kuala Besut kerana ia mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan. Kalau siapa yang mabuk laut dinasihatkan untuk mengambil sebarang ubat sebab memang boleh tahan kocakkan ombak yang menghempas boat. Satu lagi pulau sekitar Laut China Selatan ini akan tutup daripada sebarang aktiviti bermula bulan November hingga Februari sebab musim tengkujuh

Rehat Dan Relax Di Ombak Dive Resort 
Walaupun dilambung ombak yang kuat tapi hati bertambah gembira sebab Maha nak sampai ke pulau yang tak pernah terfikir nak pergi. Akhirnya Maha dan kawan-kawan sampai juga ke Jeti Teluk Aur di mana jeti untuk ke resort yang kami akan menginap. Resort yang Maha maksudkan itu adalah Ombak Dive Resort. Ya Allah cantiknya pemandangan sampai kat sini satu yang luar daripada pemikiran Maha. Terasa sangat relax dan santai berada kat sini tak nak balik KL rasanya. Tengok pula air laut yang sangat jernih dan pasir pantai yang memutih rasa begitu indahnya Malaysia





Alhamdulillah sampai saja kat resort kami disambut dengan Welcome Drink yang sangat segar sambil mengadap laut yang tenang syoknya. Tak sabar untuk habiskan masa kat sini dan buat semua aktiviti yang ada di sini. Dengar kata sini adalah antara lokasi pantai terbaik untuk aktiviti seperti Scuba dan Snorkeling. Resort yang Maha duduk ni ada segalanya daripada segi Ombak Lodge iaitu bilik pelbagai jenis dan pilihan, kemudian ada Ombak Cafe yang menyajikan hidangan sedap dan menyelerakan, serta ada Ombak Divers untuk korang nak belajar atau nak sewa peralatan dive kat pulau ni






Tapi biasalah kalau dah sampai sini mesti pertama sekali nak tengok bilik kat sini. Bilik sini mereka mengekalkan konsep kesederhanaan dan kemudahan yang mencukupi antara bilik yang ditawarkan adalah Single Room, Twin Room dan Quadruple Sharing Room. Bilik yang Maha duduk ni adalah bilik sharing room ada dua queen size katil yang boleh muat untuk 4 orang. Memang cantik dan kemas bilik ni yer siap ada kelambu lagi korang nak tidur tak bimbang diganggu nyamuk hehehehe. 




Bilik sangat luas dan mempunyai siling yang tinggi untuk tujuan pengudaraan serta paling penting ada aircond. Sebab kat resort ini ada sediakan bekalan elektrik 24 jam tau tak perlu risau. Macam biasa akan buat bilik inspection dulu sebelum baring hehehe. Semua kemudahan ada dalam bilik ni seperti mini fridge, kipas, water heater, safety box, TV dengan koleksi filem atau drama yang telah dimuat turun. 



Paling penting dalam bilik air kena cantik dan bersih kat sini bagus mereka ada bilik air yang lengkap dengan hot shower dan juga sangat besar. So ok lah sangat selesa untuk beristirehat kat pulau ini sepuas-puasnya. Sesetengah bilik akan ada balkoni tersendiri dan bagi pasangan yang nak berbulan madu korang kena pilih exclusive suites yang lebih privasi dan lagi romantik. Harga bilik kat sini pula bermula dari RM290 berserta sarapan pagi untuk dua orang. Pakej lain kalau korang nak lagi senang boleh ambil yang macam kat bawah ni : 
4 days 3 night Snorkeling Package = RM 955 per pax3 days 2 night Snorkeling Package = RM 690 per pax4 days 3 night Free and Easy Package = RM 865 per pax3 days 2 night Free and Easy Package = RM 600 per pax 3 days 2 night Honeymoon Package = RM 695 per pax


Adalah detail-detail aktiviti dan apa yang mereka provide dalam package ini korang kena hubungi mereka. Maha share ni mana tahu korang ada plan nak pergi bercuti kat sini senang. Paling best bila tiba waktu petang sebab petang tu kami semua pergi tepi pantai untuk melihat sendiri matahari terbenam sini memang cantik. Jadi korang boleh buat aktiviti petang kat tepi pantai macam bersantai atau rehat-rehat mengadap laut.  



Bestnya lagi kat resort ni korang boleh dapatkan makan untuk sarapan pagi, tengahari, minum petang dan makan malam di Ombak Cafe. Tak perlu nak pergi jauh-jauh kat cafe ni makanan sentiasa ada korang order sahaja. Tapi tu nanti Maha akan buat posting kedua pasal makan sahaja mesti lagi meriah hehehe. Habis sudah satu hari aktiviti free and easy kat pulau ni rasa lapang pemikiran tak perlu fikir pasal kerja dan kesibukan kota. Keesokkannya pula kami akan buat aktiviti lagi menarik dan mencabar iaitu beach hoping.  
Berenang Bersama Ikan Di Romantic Beach 
Pagi yang indah untuk hari kedua kat Pulau Perhentian ni. Lega rasa dapat rehat dalam bilik yang selesa dan luas serta dapat menikmati ketenagan malam kat tengah pulau. Ia pengalaman lain macam lah. So hari ni selepas sarapan pagi kami terus ke bahagian Ombak Divers untuk dapatkan info dan penerangan tentang kawasana menarik untuk aktiviti air sekitar pulau ini sebab kami akan snorkeling kat sini. 


Pulau ini juga adalah antara yang tersenarai dalam 100 pulau tercantik didunia dan paling sesuai untuk aktiviti skuba. Tapi kami ni tiada lesen untuk skuba cuma boleh buat snorkeling jer lah kat tepi pantai. Kalau korang nak skuba atau belajar skuba kat sini mereka ada sediakan pelbagai pakej dengan harga yang berpatutan. Jurulatih juga adalah daripada mereka yang profesional dari luar negara. Kemudahan dan latihan skuba di sini diiktiraf oleh PADI iaitu satu badan antarabangsa untuk aktiviti sukan laut ini






Sekitar pulau ini sahaja ada 22 spot terbaik untuk aktiviti laut dalam seperti skuba. Korang boleh berkesempatan untuk melihat penyu berenang, kawanan ikan jerung kat area Sugar Wreak dimana disitu juga korang boleh lihat kapal yang dikaramkan dan menjadi tukun untuk hudupan laut. Banyak lagi tempat menarik sekitar pulau ini rasa macam nak pergi semua lak hehehe


Tapi kali ini kami pergi ker bahagian pantai yang sangat putih dan cantik iaitu dipanggil Romantic Beach. Ini kerana pantai ini agak terlindung dan sunyi daripada sebarang aktiviti dan kawasan masih bersih. Kami bawa sekali segala kelengkapan untuk snorkeling seperti mask, snorkel dan fins. Barang kelengkapan ini semua korang boleh sewa kat sini dan mereka akan hantar korang ke tempat yang menarik untuk aktiviti seperti ini. 


Tak jauh Romantic Beach ni hanya lebih kurang 10 minit naik boat kami pun sampai dan sangat terpukau tengok pantai yang memutih dan air jenih boleh nampak ikan-ikan. Kat sini ada banyak serpihan karang yang terdampar tepi pantai dan mereka pun kreatif kat sini buat hiasan di pokok untuk sesi bergambar. Lebih kurang 2 jam juga kami ada kat pantai tu untuk aktiviti snorkeling ni memang tak puas rasa macam nak berenang lama


Kat tepi pantai ni korang boleh tengok ada pelbagai jenis ikan comel-comel dan pelbagai warna. Maaf Maha tak ada gambar dalam air sebab tak bawa kamera yang waterproof opss. Jadi boleh cerita jerlah keindahan kat sini. Juga korang boleh nampak banyaknya gamat di sini. Tengok ni yang warna hitam legam ni gamat lah. Hati-hati korang kadang-kadang boleh terpijak gamat ni masa berenang memang banyak. Tapi peringatan jangan bawa balik apa sahaja barang atau sisa laut yang korang nampak menarik kat sini sebab ia menjadi satu kesalahan atas undang-undang Taman Laut Malaysia. 



Seronok sangat ada kat sini korang boleh bersantai sambil makan dan minum kat sini sebab pantai ni tenang jer. Tapi pastikan korang jaga kebersihan pantai ni ok jangan buang sampah merata-rata. Sampai tengahari jugalah kami ada kat pantai ni sebelum matahari panas terik kami pulang ke resort untuk makan tengah hari. Lepas tu aktiviti free and easy lah dan banyak habis masa kat tepi pantai berehat. Tapi tak habis lagi tau ada satu lagi posting untuk makanan yang menarik kat cafe resort ini yang Maha akan kongsikan . Korang kena tunggu ok Maha akan sambung lagi. So selamat bercuti semua
  Pertanyaan penginapan dan juga package boleh layari :-Laman web : http://www.ombak.myFacebook : www.facebook.com/ombakperhentianislandInstagram : www.instagram.com/ombakdiveresortTel : 019 7911002        09 6911021Email : [email protected]   






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/03/hendak-menginap-di-pulau-perhentian-ombak-dive-resort.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tomyam Padu Di Ombak Dive Cafe Pulau Perhentian

Tomyam Padu Di Ombak Dive Cafe Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 364 hits
Ombak Dive Resort bukan sahaja mempunyai persekitaran yang baik untuk pelanggan mereka tapi mereka juga mempunyai sebuah restoran yang cukup bagus dan mempunyai pelbagai makanan yang menarik dan sedap Jika dilihat pada harga ianya cukup ber...
Kerabat Diraja Perak Lemas Di Pulau Perhentian

Kerabat Diraja Perak Lemas Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 514 hits
WANITA dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di Teluk Dalam Pasir Hantu Pulau Perhentian jam 4 15 petang semalam Difahamkan mangsa adalah kerabat diraja Perak dan dipercayai lemas apabila tangki udara dipakainya mengalami masa...
Pakej Percutian Ke Pulau Perhentian 2019 Pakej Private Pulau Perhentian

Pakej Percutian Ke Pulau Perhentian 2019 Pakej Private Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 952 hits
PAKEJ KE PULAU PERHENTIAN 2019 PAKEJ PRIVATE KE PULAU PERHENTIANPulau Perhentian adalah salah satu pulau di Terengganu dan merupakan antara pulau paling cantik di Malaysia dengan keindahan air laut batu karang dan permandangan indah Pulau P...
10 Hotel Terbaik Di Pulau Perhentian Harga Bermula Dari Rm78

10 Hotel Terbaik Di Pulau Perhentian Harga Bermula Dari Rm78

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 330 hits
27976090 beautiful beach and motor boat with coral reef bottom underwater and above water split view Seperti biasa bulan Mac kebanyakkan pulau pulau di Malaysia terutama di Negeri Terengganu mula dibuka Lagi lagi sekarang pula musim mencand...
Marina Island Pangkor Resort Hotel Pulau Pelancongan Persisir Pantai

Marina Island Pangkor Resort Hotel Pulau Pelancongan Persisir Pantai

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 832 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha ni jarang nak berjalan ke jauh jauh travel naik kereta sendiri tapi kali ni rasa macam teruja pula untuk pergi ker satu bandar persisir pantai...
Isteri Boleh Jadi Paling Lembut Membahagiakan Paling Garang Korang Pilih Yang Mana

Isteri Boleh Jadi Paling Lembut Membahagiakan Paling Garang Korang Pilih Yang Mana

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 361 hits
Isteri Boleh Jadi Paling Lembut Membahagiakan Paling Garang Isteri ni bukan sengaja dia nak jadi yang kasar hingga menyakitkan dan bukan juga dia mudah nak jadi lembut hingga membahagiakan Lelaki ini kongsi kenapa isteri boleh jadi hingga s...
5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor Pilihan Agoda

5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor Pilihan Agoda

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 468 hits
Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak darul Ridzuan kini menjadi tumpuan pelancong kerana telah diisytiar sebagai Pulau Bebas Cukai semasa pembentangan bajet 2018 Pulau yang terkenal dengan keindahan pantainya serta pelbagai tarikan m...
Pulau Ini Tidak Membenarkan Orang Sebarangan Boleh Masuk

Pulau Ini Tidak Membenarkan Orang Sebarangan Boleh Masuk

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 227 hits
Sebuah pulau kecil di Norwegia dengan pohon pohon pain pantai berbatu ladang desa yang dikelola sendiri pondok pondok kayu Ini terdengar hampir seperti liburan romantis yang sempurna Tapi warga disana sebenarnya adalah penempatan untuk para...
Dr M Dia Pilih Parti K Jaan Apa Kita Boleh Buat

Dr M Dia Pilih Parti K Jaan Apa Kita Boleh Buat

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 236 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara akan tetap diketuai oleh Ronald Kiandee Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata kerajaan telah memenuhi manifesto pilihan raya dengan melantik Ronald ke ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu