Mari Bergerak Bersama Kita Akan Bekerja Lebih Baik Untuk Rakyat Anwar




 “The present is the past rolled up for action and the past is the present unrolled for understanding.” – Ariel and Will Durant (The Lessons of History)
Tahun 2020 kini telah berlalu dan usah pula kita melupakannya, terutamanya pengajaran yang kita perolehi.
Oleh itu, dalam kita melangkah ke tahun baharu yakni 2021, mari bersama kita renung semula tentang bagaimana harus kita menyemangati pelajaran atau pengajaran dari masa lalu.
Yang terutama di fikiran saya sekarang adalah persoalan perpaduan kaum. Meski akan ada pandangan yang bertentangan, saya percaya saya berdiri di lipatan sejarah yang betul dalam menegaskan kembali penghargaan kepada para pemimpin kita yang terdahulu yang telah mencurahkan jiwa dan raga mereka demi perpaduan dan semangat kebersamaan di negara ini.
Sosok seperti Onn Ja’afar, Ahmad Boestamam, dan Dr Burhanuddin al Helmy dan wawasan mereka untuk sebuah Malaya yang merdeka, majmuk dan bersatupadu.
Kita juga ada tokoh-tokoh lain seperti Tan Cheng Lock, H.S. Lee dan V.T. Sambanthan yang tidak hanya sekadar pemuka pada kesepakatan politik, tetapi adalah pemimpin yang punyai keberanian dan keyakinan untuk melihat jauh melampaui persoalan ras dan agama.
Dan juga Tunku Abdul Rahman yang memberi contoh dan teladan tentang bagaimana harus dikemudi sebuah negara yang demokratik dan berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
Kita mesti menolak segala suara yang menganjurkan perpecahan dan pertembungan kaum, dan juga mereka yang tidak ada matlamat lain selain meruntuhkan kerukunan yang telah kita bina selama ini.
Elit politik di negara mesti ada sikap empati dan kesedaran terhadap nasib mereka yang miskin dan terpinggir, di desa dan di kota serta di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Justeru, mendukung prinsip-prinsip murni ini adalah satu hal, dan kekal berprinsip meski diserang dan tidak menyerah kepada suara-suara ini adalah satu hal lain yang berbeda.
Apatah lagi dalam suasana politik hari ini yang begitu rapuh serta goyah, dan godaan untuk tunduk kepada golongan ini dilihat seakan penting.
Di sinilah aspek kepimpinan itu teruji. Bagi KEADILAN dan Pakatan Harapan, ini bukan ujian atau perlumbaan tentang siapa yang ada kekuatan suara terbanyak dari kaum atau agama apa, tetapi ia adalah ujian sebenar tentang siapa yang benar-benar komited untuk membangun masa depan bangsa.
Oleh itu, Pakatan Harapan dan pasukan progresif yang lain mesti hidupkan semula agenda reformasi, prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan serta tatakelola yang baik.
Ini bukan hanya tentang kegagalan kerajaan hari ini, dan juga bukan soal kuasa dan mandat rakyat yang dirampas oleh sekumpulan kecil orang politik yang terus-terusan menginjak prinsip kebertanggungjawaban dengan menyalahguna kuasa darurat dan berbagai cara licik yang lain.
Bukan juga tentang mereka yang bermegah-megah dengan harta dan kekayaan serta gaya hidup yang melampau. Segala pelanggaran etika serta prinsip tatakelola ini tidak akan dilupakan rakyat, malah akan dihukum oleh rakyat bila sampai waktu.
Ini bukan masa untuk menyalahkan sesiapa tetapi kita mesti muhasabah. Meski kita berkesempatan untuk berada di dalam kerajaan dalam tempoh yang singkat, dan kemudian dihadapkan dengan pengkhianatan yang maha dahsyat, namun kita mesti juga akui kesilapan dan kekurangan kita.
Kekalahan yang teruk kita dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sepanjang tahun 2019 tidak harus kita simpulkan sebagai kekalahan kepada retorik perkauman oleh pembangkang pada ketika itu.
Atas premis yang sama, saya yakin KEADILAN, DAP, dan Amanah menerusi Pakatan Harapan akan kembali kuat dan mengukuh.
Kita alu-alukan sesiapa saja atau pihak mana sekalipun meski mereka yang berada dalam kerajaan hari ini yang berkongsi wawasan, gagasan dan agenda yang sama.
Sesiapa saja layak untuk diberi peluang, dengan syarat mereka terima sepenuhnya prinsip tatakelola yang baik dan agenda reformasi demi negara dan rakyat.
Prinsip tatakelola yang baik akan menjamin kesejahteraan dan kekuatan ekonomi kita, yang secara tidak langsung akan merawat masalah kemiskinan serta meningkatkan perpaduan antara rakyat.
Kita akan bekerja dengan lebih baik demi rakyat yang telah pun menonjolkan ketabahan tatkala dirundung zaman susah hari ini.
Kita akan meningkatkan usaha dan segala upaya yang ada bagi memenuhi aspirasi rakyat Malaysia. Kita akan perkuatkan teras kita, justeru seluruh negara akan sihat dan kembali bangkit.
Mari bersama kita bergerak ke depan demi semua.
ANWAR IBRAHIM
3 Januari 2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/mari-bergerak-bersama-kita-akan-bekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pampasan Hsr Rm1 Bilion Lebih Baik Beri Kepada Rakyat

Pampasan Hsr Rm1 Bilion Lebih Baik Beri Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 334 hits
Pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura seperti yang diumumkan semalam menyebabkan pembayaran pampasan yang menghampiri jumlah RM1 bilion Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir jumlah yang sang...
Anwar Ibrahim Nasib Baik Dan Nasib Tidak Baikny

Anwar Ibrahim Nasib Baik Dan Nasib Tidak Baikny

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 232 hits
Mohsin AbdullahAnwar Ibrahim tidak bernasib baik apabila dipecat oleh Dr Mahathir Mohamad ketika beliau berada hanya satu tapak sahaja lagi sebelum ke puncak pentadbiran negara Peristiwa berlaku pada September 1998 Kita tahu ketika itu Anwa...
Kah Kah Woooooiii Lebai Kontot Lebih Baik Diam Dari Bercakap Walaun

Kah Kah Woooooiii Lebai Kontot Lebih Baik Diam Dari Bercakap Walaun

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 237 hits
MN bergolak Mokhtar Senik salahkan PHDecember 31 2020 USAHA BERTERUSAN MEMECAHKAN MN Saya lihat agak konsisten jugak pendokong PH menyerang Muafakat Nasional Termasuk pimpinan yg agak kanan dlm PAN DAP PKR dan Vatren UMNO Itu tidak kira lag...
Hiburan Dia Seorang Individu Yang Baik Noraniza Idris Lega Dapat Kenali Hati Budi Michael Ang Dengan Lebih Dekat

Hiburan Dia Seorang Individu Yang Baik Noraniza Idris Lega Dapat Kenali Hati Budi Michael Ang Dengan Lebih Dekat

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 342 hits
Majlis Anugerah MeleTOP ERA 2020 yang berlangsung pada malam tadi telah menyaksikan pelbagai perkara kejutan yang tidak disangka sangka Dari momen lamaran pelakon Kamal Adli untuk menikahi Uqasha Senrose pentas tersebut turut menjadi saksi ...
Ada Baik Pm Letak Jawatan Serah Negara Kepada Yang Lebih Mampu

Ada Baik Pm Letak Jawatan Serah Negara Kepada Yang Lebih Mampu

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 246 hits
ZOLKHARNAIN ABIDINPerdana Menteri dan pasukan Kabinetnya sudah habis tenaga untuk mengendalikan pandemik Covid 19 Idea pun sudah kering Menteri Kesihatan tidak kelihatan lagi Kita pun tidak tahu dia dan dua timbalannya sedang buat apa dan b...
Google Assistant Kini Boleh Menyanyikan Lagu Tahun Baru Dengan Harapan 2021 Adalah Tahun Yang Lebih Baik

Google Assistant Kini Boleh Menyanyikan Lagu Tahun Baru Dengan Harapan 2021 Adalah Tahun Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 372 hits
Google Assistant adalah pembantu digital yang sangat pintar Ia boleh menjawab banyak soalan pengguna boleh paparkan infografik boleh bantu kawal peranti berhubung dan banyak lagi Perkara menarik dengan Google Assistant ini adalah ia boleh m...
Agenda Penyatuan Pelbagai Kaum Lebih Baik Bukan Hanya Grand Coalition

Agenda Penyatuan Pelbagai Kaum Lebih Baik Bukan Hanya Grand Coalition

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 264 hits
Agenda menyatukan berbilang kaum di Malaysia melawan korupsi dan membasmi kemiskinan seharusnya menjadi agenda paling besar ahli ahli politik Malaysia Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyatuan tidak wajar hanya terhad kep...
Siapa Dia Nak Halang Jika Rakyat Bersama Anwar

Siapa Dia Nak Halang Jika Rakyat Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 234 hits
Bekas SU politik mahathir Zahid Md Arip kata Anwar tidak akan boleh jadi PM kalau mengenepikan Mahathir Anwar kena tunduk kpd Mahathir katanya Zahid juga kata beliau akan berusaha untuk menyekat Anwar jadi PM katanya Aku nak bgtahu Zahid An...
Google Mula Menawarkan Pengalaman Pelayaran Web Lebih Baik Dengan Menghalang Iklan Berat Di Chrome

Google Mula Menawarkan Pengalaman Pelayaran Web Lebih Baik Dengan Menghalang Iklan Berat Di Chrome

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 197 hits
Google sebelum ini telah mengumumkan perancangan mereka untuk menawarkan pengalaman pelayaran web yang lebih baik untuk pengguna dan akan menghalang iklan yang tidak mengikuti piawaian Termasuk dalam iklan yang akan dihalang adalah iklan ya...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025