Agenda Penyatuan Pelbagai Kaum Lebih Baik Bukan Hanya Grand Coalition



Agenda menyatukan berbilang kaum di Malaysia, melawan korupsi dan membasmi kemiskinan seharusnya menjadi agenda paling besar ahli-ahli politik Malaysia.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyatuan tidak wajar hanya terhad kepada isu gabungan pembangkang atau menumpukan kepada penyatuan kaum-kaum tertentu sebagaimana di dalam kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengaitkan ucapannya dengan agenda Grand Coalition yang sedang diusahakan beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) kebelakangan ini.
“Saya tekankan dalam ucapan tadi tidak terkait mana-mana secara khusus tetapi secara umum, baik orang Melayu, kita bicara pasal perpaduan Melayu, penyatuan rakyat Malaysia.
“Ini semua adalah usul atau gagasan yang menarik. Tetapi untuk apa? Itu yang perlu dijawab. Adakah untuk membawa perubahan ke arah kebaikan? Atau mempertahankan kecurangan dan kebobrokan yang ada?
“Ataupun membuat tempelan? Ada peluang kita memerintah, serang kelompok lain yang rasuah tetapi tutup mata dengan pembaziran dan kegelojohan dan ketamakan rakan-rakan kita, sehingga berlaku pengkhianatan?
“Atau pun membuat langkah-langkah yang tidak menunjukkan kehebatan kita menangani masalah kemiskinan atau kesenjangan. Bagi saya ini masalah pokok yang harus kita tangani.
“Apakah perubahan yang kita usulkan mampu memberikan suatu keyakinan kepada rakyat bahawa kita lebih serius untuk menyelesaikan masalah pemacuan ekonomi, keadilan bagi rakyat serta mengatasi masalah kemiskinan (kalangan marhaen) yang sangat buruk,” katanya selepas Majlis Peluncuran Buku: “100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008 – 2011” karya Dinsman di Institut Darul Ehsan, Shah Alam pagi tadi.
Menurut Anwar, masalah rakyat marhaen adalah agenda yang perlu dijulang tetapi tidak wajar diharapkan kepada elit politik untuk menyelesaikannya kerana sudah lama diberi peluang namun tidak ada kesungguhan melaksanakan.
Katanya, semua perlu kembali kepada landasan. Apakah bentuk persatuan Melayu atau antara kaum itu mahu menjamin keadaan yang lebih baik bagi negara, ekonomi dan keselesaan rakyat atau pun sebaliknya?
Mengulas pertanyaan adakah PH masih boleh bersama-sama tokoh-tokoh yang pernah membentuk kerajaan bersama sebelum ini, Anwar menjawab hal itu perlu diputuskan sendiri oleh pimpinan gabungan berkenaan.
“Itu terserah kepada PH, siapa pun kita boleh undang (menyertai) tetapi patuh kepada prinsipnya. Bukan bawa agenda peribadi dan meneruskan kebobrokan yang lama,” katanya.
Sehubungan itu, Anwar menegaskan sesiapa yang mahu mengambil alih kepimpinan negara haruslah bersungguh-sungguh membawa agenda reformasi, urustadbir baik, memerangi rasuah serta tidak melindungi keluarga sendiri atau kroni dan mengkayakan mereka dengan nama perubahan atau mandat rakyat.
Katanya, pemimpin mestilah jelas dengan agenda melawan rasuah dan menjadi juara kepada golongan miskin, masyarakat terpinggir, Melayu luar bandar, India estet atau kemiskinan dalam kalangan kaum Iban, Kadazan di Malaysia Timur.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31081

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teliti Dulu Agenda Grand Coalition Sebelum Dijaja Sana Sini

Teliti Dulu Agenda Grand Coalition Sebelum Dijaja Sana Sini

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 412 hits
Zul Din PH sudah lama menjuarai Grand Coalition AGENDA BESAR PH ialah REFORM Islah atau membuat pemulihan secara Institutional Tapi dari 108 hanya 91 MP dari Keadilan DAP dan Amanah solid di blkg DSAI dgn agenda REFORM sejak 1998 Bakinya TI...
Grand Coalition Lebih Banyak Buruk

Grand Coalition Lebih Banyak Buruk

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 415 hits
Idea Grand Coalition yang dilontarkan oleh beberapa pimpinan Pakatan Harapan terutama dari Amanah perlu diperhalusi dan dicermati terutama dalam konteks perjuangan jangka masa panjang pembangkang Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor R Yuneswa...
Mantapkan Ph Tidak Perlu Grand Coalition Hanya Kerjasama Pru

Mantapkan Ph Tidak Perlu Grand Coalition Hanya Kerjasama Pru

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 357 hits
Pembangkang tidak perlu dijenamakan semula dengan Grand Coalition atau Gabungan Perdana Pembangkang dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke 15 Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim kerjasama berbentuk electo...
Dalil Kenapa Struktur Kepimpinan Dap Adalah Lebih Baik Berbanding Umno

Dalil Kenapa Struktur Kepimpinan Dap Adalah Lebih Baik Berbanding Umno

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 298 hits
Pada 4 Januari 2021Oleh Liew Chin TongBukan sahaja ahli dan sekutu DAP perlu mempunyai kefahaman tentang parti DAP Pengaruh DAP yang signifikan selain kekuatannya di Parlimen hari ini bermakna para pengamal media dan juga orang ramai perlu ...
Amazfit Gtr 2e Dan Gts 2e Hadir Dengan Ketahanan Bateri Lebih Baik

Amazfit Gtr 2e Dan Gts 2e Hadir Dengan Ketahanan Bateri Lebih Baik

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 330 hits
Amazfit GTR 2 dan GTS 2 baru sahaja dilancarkan sekitar bulan September lalu dan ia telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM699 Terkini mereka dilihat memperluaskan lagi penawaran di bawah siri ini dengan memperkenalkan Amazfit GTR 2e dan...
Mana Yang Lebih Baik Di Antara Mrtt Dan Mltt

Mana Yang Lebih Baik Di Antara Mrtt Dan Mltt

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 546 hits
Mana yang lebih baik di antara MRTT dan MLTT Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru baru ini aku ada buat refinance rumah Percubaan kali pertama untuk buat refinance rumah gagal dek kerana pendapatan aku tergangu oleh wabak covid19 Kemudi...
Pampasan Hsr Rm1 Bilion Lebih Baik Beri Kepada Rakyat

Pampasan Hsr Rm1 Bilion Lebih Baik Beri Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 403 hits
Pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura seperti yang diumumkan semalam menyebabkan pembayaran pampasan yang menghampiri jumlah RM1 bilion Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir jumlah yang sang...
Mari Bergerak Bersama Kita Akan Bekerja Lebih Baik Untuk Rakyat Anwar

Mari Bergerak Bersama Kita Akan Bekerja Lebih Baik Untuk Rakyat Anwar

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 337 hits
The present is the past rolled up for action and the past is the present unrolled for understanding Ariel and Will Durant Tahun 2020 kini telah berlalu dan usah pula kita melupakannya terutamanya pengajaran yang kita perolehi Oleh itu dalam...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Jatuh Cinta Dengan Osaka

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025