Berbuka Puasa Menang Bufet Ramadan Al Kareem 2020 House Of Smoke And Grill Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam



Setiap tahun pada bulan Ramadan, menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga di Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) merupakan salah satu saat yang paling dinantikan. Hidangan bufet yang disediakan pada tahun ini lebih 100 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa serta terdapat 16 jenis gerai.


Bufet iftar ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan yang akan bertukar setiap hari. Antara masakan tempatan yang boleh dinikmati ialah Nasi Putih, Nasi Kukus Pilaf Mentega, Nasi Kukus Lentil Mentega, Nasi Kukus Mentega, Lebanese Chicken & Char Grilled Vegetable, Ayam Bakar bersama Sos Cendawan, Sambal Tumis Udang bersama Petai, Rendang Tok Daging, Pizza, Udang Masak Kelio, Gulai Ikan Ala Kampung dan pelbagai lagi masakan untuk dicuba!


























Selain itu jugak terdapat masakan Pilihan Antarabangsa iaitu Assortment Garden Salad, Salad Tuna, Salad Ayam Panggang, Salad Tabbouleh, Coleslaw, Salad Makaroni Klasik, pilihan sos dan Seafood on Ice; Kupang, Udang dan Ketam


Korang  juga boleh mencuba makanan Pilihan Tempatan seperti Ulam-ulam bersama 6 jenis Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Assam dan 4 jenis Raita, Jeruk Buah-Buahan, Aneka Keropok, Lemang, Ketupat, Nasi Impit bersama Kuah Kacang & Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botol, Jantung Pisang, dan Kacang Panjang & Som Tham

Nasi Arab
Mesti cuba! Satay Brunei, enak weehhh

Lebih menarik lagi terdapat 16 gerai yang menampilkan konsep yang berbeza semasa iftar nanti. Antara gerai yang boleh dikunjungi ialah “Must Try Nasi Kandar”, “Ramadhan House of Smoke & Grill”, “Wagon from Texas”, “Wok with Me”, “The Asian Fritters”, “The Penang Street”, “Oriental Favourite”, “Something Sweet”, “Sahara Tent”, “Seafood on the Grill”, “Oishii!!!”, “Noodle Galore”, “Little India”, “The Hot Pot”, “Italian Memories” dan “Bazar Favourite”.




Gerai “House of Smoke and Grill”

Tarikan utama Bufet Ramadan kali ini ialah gerai “House of Smoke and Grill” yang menjadi konsep utama Bufet Ramadan di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam kali ini. Di gerai ini, korang berpeluang mencuba masakan istimewa iaitu Smoke Hickory Roasted Whole Lamb bersama Sayur Panggang, Lada Hitam, Rosemary, Cendawan dan Sos Pudina.

Antara hidangan lain yang menjadi kegemaran ramai ialah Nasi Kandar bersama Daging Masak Hitam Mamak, Ayam Goreng Berempah Madu, Kari Ikan Berbendi, Dhalca Sayur, Kobis Koot, Acar Buah, Acar Timun dan Papadom Massala.

Terdapat juga pelbagai gerai sepanjang lobi yang menawarkan pelbagai masakan panas serta aneka masakan yang terdiri daripada pelbagai konsep. Antara menu yang boleh dinikmati tetamu adalah Burger, Mee Goreng Mamak, Yong Tau Foo bersama Sotong Kangkong, Nasi Ayam Hainan, ABC, Nasi Arab, Ayam Mandy, Ikan Merah Panggang, makanan Jepun seperti Sushi, Maki, Terriyaki, pelbagai jenis Laksa, Murtabak Ayam, Roti Bom, Roti Jala, Sup Ayam Utara, Bubur Lambuk, Pasta, Roti John dan pelbagai lagi boleh dicuba.




Antara lain yang dinanti-nantikan semasa berbuka puasa selepas seharian menahan lapar dan dahaga, tentulah pilihan minuman. Terdapat dua gerai minuman iaitu Minuman Panas dan Minuman Sejuk. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba minuman-minuman seperti Kopi O Kampung, Teh Tarik Penang, Nescafe Tarik, Air Soya, Tebu, Bandung Cincau, Jagung Manis, Mangga, Blue Lime Soda, Coklat Ais and Air minuman berperisa.




Roti John. Sedap giler!!Buahan-buahan pelbagai jenis.Puas makan!Selain dari hidangan buffet yang membangkitkan selera, tetamu juga berpeluang mencuba pemanis mulut yang lazat. Chef Pastri kami menyediakan bermacam jenis pemanis mulut termasuklah Serawa, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Bubur Cha Cha bersama Keladi, Aneka Kek dan Pastri, Aneka Kurma, Buah-buahan tropika, pilihan kuih-kuih Melayu dan Dodol, Aneka Jeli, Agar-Agar dan Puding, Sago Gula Melaka dan Tembikai Susu bersama Sagu Pearl.


Waktu Operasi
Bufet Ramadan Al-Kareem “House of Smoke & Grill” dibuka setiap hari bermula jam 7.00pm hingga 10.00pm dari 24 April 2020 sehingga 23 Mei 2020. Harga bagi bufet Ramadan ini ialah RM148.00 bersih setiap orang bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi setiap kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu, harga RM150.00 bersih ditawarkan bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Terdapat potongan harga istimewa untuk tempahan awal dan bayaran sebelum 1 Ramadan (24 April 2020) apabila tetamu berbuka pada 1 Ramadan sehingga 10 Ramadan (24 April 2020 sehingga 3 Mei 2020) iaitu dengan harga RM74.00 bersih bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi kanak-kanak dan warga emas.





Berita Baik!
GBWHSA melancarkan promosi Beli 10 Percuma 1 iaitu beli 10 baucar Bufet Ramadan bagi dewasa, pelanggan akan mendapat 1 baucar Bufet Ramadan. Lebih menarik, mereka yang membeli 15 baucar Bufet Ramadan layak mendapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam

GBWHSA juga memenuhi keperluan majlis berbuka puasa di dewan. Bagi mengadakan majlis berbuka puasa di dewan, harga pakej adalah serendah RM68.00 bersih bagi minimum 100 orang dan pakej ini didatangkan dengan 1 pilihan gerai. Promosi ini ditawarkan khusus buat syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka di dewan bankuet GBWHSA.  



Cabutan Bertuah!

Tarikan lain bagi promosi Bufet Ramadan tahun ini ialah sesi cabutan bertuah. Setiap pembelian 5 baucar dewasa bagi Ramadan Bufet akan mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah. Terdapat 5 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi apabila anda berbuka puasa di Bufet Ramadan GBWHSA.

Hadiah yang dinanti-nantikan adalah Pakej Umrah untuk 2 orang bagi tempat pertama, Pakej Umrah untuk 1 orang bagi tempat kedua, manakala tempat ketiga akan memenangi baucar penginapan selama 3 hari 2 malam di bilik Deluxe Suite bernilai RM1,300.00.

Sementara itu, tempat keempat akan memenangi baucar penginapan selama 2 hari 1 malam di bilik Deluxe yang bernilai RM650.00 dan hadiah tempat kelima ialah baucar makan dan minuman di GBWHSA bernilai RM300.00. Cabutan Bertuah akan diadakan selepas bulan Ramadan iaitu pada bulan Syawal.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu boleh dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam kami di Surau kami.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran kami di talian 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar email [email protected] atau Jabatan Telepemasaran melalui WhatsApp +60192736801 atau +60192757801 .




Okay, selamat menjamu selera dan memang berbaloi berbuka puasa di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Semua makanannya sedap dan surau yang disediakan pun sangatlah selesa.

Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan Al-Kareem.

Lurve, Sis Anie Mohamed




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2020/03/berbuka-puasa-menang-bufet-ramadan-al.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Nikmati E Juadah Ramadan 2020 Dari Shah Alam Convention Centre

Jom Nikmati E Juadah Ramadan 2020 Dari Shah Alam Convention Centre

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 482 hits
Tentu ramai rindu nak menikmati juadah buffet Ramadan sepertimana pada tahun tahun yang lepas Bagi yang pernah menjamu buffet Ramadan di Shah Alam Convention Centre korang tetap berpeluang untuk menikmati keenakan dan kelazatan masakan kump...
Jadual Berbuka Puasa Imsak Dan Solat Zon 4 Bentong Raub Dan Kuala Lipis 2020

Jadual Berbuka Puasa Imsak Dan Solat Zon 4 Bentong Raub Dan Kuala Lipis 2020

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 2379 hits
Jadual Berbuka Puasa Zon 4 Bentong Raub dan Kuala Lipis 2020 Daerah daerah ini akan berbuka lebih lewat sekitar 4 minit berbanding dengan Daerah Cameron Highlands
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Cameron Highlands 2020

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Cameron Highlands 2020

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1100 hits
Bulan Puasa tahun 2020 memang agak janggal kerana disambut semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketiga dan keempat malah mungkin akan berlanjutan dengan PKP 5 sehingga selepas raya sebagai langkah pencegahan COVID 19 Namun ibadah puasa...
Niat Puasa Ramadan Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih

Niat Puasa Ramadan Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 908 hits
Niat Puasa Ramadan Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih happy weekend uolls Esok dah mula berpuasa Ibu ibu semua dah bersedia ke Bukan sedia menu berbuka atau sahur yer sebab dalam group masak apa hari ini semua pakat share dah menu ber...
Daftar Negara Dengan Durasi Puasa Ramadan Terpanjang Dan Terpendek Di Dunia Tahun 2020

Daftar Negara Dengan Durasi Puasa Ramadan Terpanjang Dan Terpendek Di Dunia Tahun 2020

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 352 hits
Duh nggak bisa bayangin deh yang harus puasa 20 jam per hari Berat banget pastinya ya
Juadah Berbuka Puasa 2 Ramadan 1441h

Juadah Berbuka Puasa 2 Ramadan 1441h

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 726 hits
Menu berbuka hari kedua 25 4 2020 Ummi kalut juai KASWI PUDING KARAMEL KEK COKLAT CHEESE KEK PANDAN CHEESE LELEH Pepagi siapkan menu berkuah duluan AYAM MASAK LEMAK CILI PADI peberet Raniaku sayang kemarin dia tengok je ummi siapkan lauk te...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2020 1441h

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2020 1441h

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 625 hits
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerusi portal rasminya akan menerbitkan jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak di bulan Ramadhan untuk tahun 2020 bersamaan 1441 bagi negeri negeri seluruh Malaysia Jadual atau takwim tersebut boleh membantu ...
Bufet Ramadan Rm 59 90 Dari D Kayangan Grill And Steamboat

Bufet Ramadan Rm 59 90 Dari D Kayangan Grill And Steamboat

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 381 hits
Bufet Ramadan RM 59 90 Dari D Kayangan Grill And Steamboat Assalamualaikum semua Okay hari ini Ruby ingin berkongsi maklumat tentang bufet Ramadan yang berbaloi baloi Pada mulanya Ruby sengaja survey nak membeli juadah berbuka dari kawasan ...
Resmi Jadi Mualaf 5 Sosok Ini Jalani Puasa Ramadan Perdana Di Tahun 2020 Semoga Berkah

Resmi Jadi Mualaf 5 Sosok Ini Jalani Puasa Ramadan Perdana Di Tahun 2020 Semoga Berkah

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 435 hits
Semoga pengalaman pertama menahan lapar dan hawa nafsu ini semakin membuat mereka dekat dengan Allah SWT ya Aamiin
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner