Marah Marah Marah Terus Tunjukkan Rasa Marah Kita Kepada Kerajaan


 
Ke mana-mana kita pergi atau dengan siapa saja kita berjumpa kebelakangan ini, paling wajib kedengaran ialah luahan rasa marah pelbagai lapisan masyarakat terhadap kerajaan.
Setiap isu yang berlaku, baik PKP, SOP baru yang bercelaru, penguatkuasaan dua darjat, jadual persekolahan, kenaikan harga barang dan apa saja, semuanya akan dilibas dengan rasa marah.
Semuanya kerana kerajaan dilihat tidak membuat keputusan yang menyenangkan rakyat, malah makin menyusahkan serta membebankan mereka.
Tiada lagi kedengaran ada yang memuji kerajaan atau Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin sebagaimana peringkat awal terbentuknya PN sebelum ini.
Dulu Mahiaddin baca doa pun ramai yang memuji, tapi kini terpandang kelibat wajahnya melintas di media sosial saja pun sudah ramai yang menghamburkan kata-kata benci dan caci maki.
Kata seorang teman, yang masih tidak malu-malu memuji Mahiaddin dan kerajaan sekarang hanya Pas dan Hadi Awang saja lagi, walau mereka akhirnya dikecam atas tindakan itu.
Terlalu banyak sebab mengapa rakyat begitu marah kepada kerajaan dan ia tidak perlu dihuraikan satu persatu lagi, hakikatnya kerajaan PN ini di mata rakyat adalah kerajaan gagal,paling tak berguna sekali dan memang sesuai dimarahi.


Lebih memburukkan keadaan adalah kerana Mahiaddin seperti seorang Perdana Menteri yang tiada kawalan dan terlalu lemah dalam mengurus negara.
Apabila kepala ikan sudah mula membusuk, bau busuknya tentu saja boleh terhidu di segenap penjuru.
Ada pelbagai bentuk kemarahan yang diluahkan, semuanya mengikut pengalaman, apa yang dirasa seperti dialami peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidil Fitri atau apa yang sedang mereka fikirkan berdasarkan keputusan yang diumumkan kerajaan.
Selain kemarahan itu boleh dikesan melalui perbualan atau percakapan secara langsung dengan sesiapa saja yang kita berjumpa, di media sosial pula ianya tampak lebih melarat lagi.
Semua jalur media sosial kebelakangan, jika diperhati, begitu sarat dengan luahan kemarahan berbentuk tulisan, gambar, video, kartun, lakaran dan lain-lainnya terhadap kerajaan dan Mahiaddin.
Melihat keadaan itu, seolah-olah tidak ada yang tidak marah kepada kerajaan dan Mahiaddin ketika ini, semua rakyat sedang marah belaka.
Sebagai rakyat yang kedudukan mereka adalah tunjang kepada negara dan kerajaan, menunjukkan rasa marah bukanlah suatu kesalahan atau jenayah, asal saja ia dilakukan secara beradab dan tidak memfitnah.
Rasa marah yang ditunjuk itu memperlihatkan rakyat sebenarnya tidak kaku,! hidup dan proaktif serta ada tindak balas terhadap sesuatu tindakan atau keputusan kerajaan.
Jika kerajaan mengambil positif rasa marah rakyat dan sedia memperbaiki diri serta khidmatnya, ia akan menjadi sesuatu yang baik dengan kedua-dua pihak akan mendapat faedahnya.
Tetapi, jika kerajaan berdiam diri atau cuba menegakkan benang yang basah, kemarahan itu akan bertambah marak dan keadaan tidak akan menjadi lebih baik.
Lebih-lebih lagi berkaitan kerajaan PN pimpinan Mahiaddin yang terlalu banyak kelemahan, kegagalan dan kedurjanaan ini, di samping banyak luahan kemarahan rakyat selama ini tidak diendahkan, tiada pilihan lain harus dilakukan selain mesti terus menunjukkan rasa marah mereka.
Jangan berhenti menunjukkan rasa marah sebagai isyarat bahawa kerajaan ini tidak lagi dikehendaki untuk memerintah negara ini.
Buktikan kita sebagai rakyat adalah tuan sebenar dalam negara ini dan hanya dengan berani menunjukkan rasa marah barulah akan terlahir sebuah kerajaan dan Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan serta benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat sepenuh hatinya.


 (ShahbudinHusin 11/05/2021)












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/marah-marah-marahterus-tunjukkan-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tanggung Dosa Pn Jika Terus Kekal Dalam Kerajaan

Umno Tanggung Dosa Pn Jika Terus Kekal Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 263 hits
Amalan presiden Umno jadi PM lupakanlah kata Ku LiFMT ReportersPETALING JAYA Umno perlu melupakan amalan untuk menjadikan presiden sebagai perdana menteri kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat parti itu Tengku Razaleigh Hamzah Beliau setuju...
5656 Peniaga Wajar Marah Kerajaan Ekoran Keputusan Tergesa Gesa Tutup Bazar Nadzim Malaysia Gazette 11 05 2021

5656 Peniaga Wajar Marah Kerajaan Ekoran Keputusan Tergesa Gesa Tutup Bazar Nadzim Malaysia Gazette 11 05 2021

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Kekesalan para peniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri yang diarahkan menutup perniagaan masing masing ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah sesuatu yang wajar diambil perhatian oleh kerajaan Menurut Ketua Aktiv...
Rakyat Bukan Sahaja Marah Tetapi Rakyat Menunggu Masa Untuk Menghumban Kerajaan Yang Ada

Rakyat Bukan Sahaja Marah Tetapi Rakyat Menunggu Masa Untuk Menghumban Kerajaan Yang Ada

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 257 hits
PKP Saya tahu rakyat marah kata Ismail SabriSinar HarianMei 5 2021 14 07Ismail Sabri menegaskan usaha tersebut tidak lain bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat di negara ini Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Kerajaan tahu rakyat marah khusus...
Perutusan Khas Mb Sempena Tiga Tahun Kerajaan Terengganu

Perutusan Khas Mb Sempena Tiga Tahun Kerajaan Terengganu

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 290 hits
UCAPAN SEMPENA 3 TAHUN KERAJAAN TERENGGANU10 MEI 2021Assalamualaikum wbt Muqaddimah Tiga tahun yang lalu pada tarikh yang sama saya bersama sama dengan 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri masing masing telah mengangkat sumpah jawatan Menter...
Kerajaan Sedia Guna Vaksin Covid 19 Sinovac

Kerajaan Sedia Guna Vaksin Covid 19 Sinovac

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 519 hits
Negara sedia menggunakan lebih 500 000 dos vaksin Covid 19 keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd China yang dibotolkan oleh Pharmaniaga LifeSciences Sdn Bhd Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata Pharmaniaga dijangka ...
Aziz Kaprawi Balun Kerajaan Pn Yang Gagal

Aziz Kaprawi Balun Kerajaan Pn Yang Gagal

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 381 hits
Kerajaan Gagal 1 Pengumuman YAB Perdana Menteri pada hari ini adalah satu bukti yang kukuh bahawa Kerajaan PN telah gagal mengawal penularan pandemik COVID 19 sehinggakan terpaksa mengumumkan PKP menyeluruh untuk satu negara 2 Rata rata rak...
Rakyat Dah Meluat Undurlah Kerajaan Pn

Rakyat Dah Meluat Undurlah Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 262 hits
Kerajaan Perikatan Nasional dicadangkan agar mengaku mereka telah gagal mengendalikan negara ini dengan baik dan sebelum ia menjadi lebih parah sebagaimana India Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berundur dan diserahkan negara ...
Majlis Agama Islam Patut Tegur Penunggang Agama Ini

Majlis Agama Islam Patut Tegur Penunggang Agama Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 283 hits
MOHD ASRI BAKARSalam Quote ayat quran out of context Malah ianya mempunyai kesamaan seperti fahaman falsafah dan konsep perjuangan geng geng ISIS Ustat bodoh yang suka terangsang ini memang cenderung ke arah kejahatan sepertimana yang belia...
Warganet Kecewa Keputusan Flip Flop Kerajaan Berkait Pkp

Warganet Kecewa Keputusan Flip Flop Kerajaan Berkait Pkp

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 233 hits
May 11 2021 Catatan Ahli Parlimen pembangkang dan warganet yang kecewa dengan pelaksanaan PKP ketiga PETALING JAYA Sejurus perdana menteri mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kali ketiga di seluruh negara pada Isnin pengguna...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa