Rakyat Dah Meluat Undurlah Kerajaan Pn


 
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dicadangkan agar mengaku mereka telah gagal mengendalikan negara ini dengan baik dan sebelum ia menjadi lebih parah sebagaimana India, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berundur dan diserahkan negara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskannya.


“Sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri dan kerajaan paling teruk dalam 63 tahun sejarah negara untuk meletakkan jawatan dan memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke sembilan untuk melawan wabak Covid-19.


Lim Kit Siang“(Ia bertujuan) menyelamatkan negara daripada menjadi “mini-India” dalam pandemik ini, dan juga untuk negara kita menjadi negara hebat bertaraf dunia,” kata ahli Parlimen veteran, Lim Kit Siang (gambar).


Bagi beliau, jelas sekali bahawa kerajaan Muhyiddin ini telah gagal untuk mengawal penularan wabak Covid-19, walaupun selepas menggunakan cara yang tidak demokratik dan tidak sah iaitu pengisytiharan darurat.


Bagi veteran DAP itu, layanan berbeza dalam pelaksanaan SOP Covid-19 kepada menteri dan pemimpin Perikatan Nasional, telah menambah buruk keadaan dengan meluaskan jurang defisit kepercayaan kepada kerajaan PN ini.


Katanya, di seluruh dunia, negara-negara yang terkesan teruk sebelum ini kini melihat keadaan bertambah baik dalam usaha melawan Covid-19 di negara mereka.


Pada bulan Januari tahun ini, katanya, Amerika Syarikat melaporkan kira-kira 300,000 kes sehari dengan kadar jangkitan meningkat sembilan kali ganda, dan kadar kematian berada pada paras 4,000 kes sehari. Kini wabak ini sedang beransur mengundur di AS.


Di Eropah semasa berhadapan dengan gelombang kedua, dilaporkan terdapat kira-kira 300,000 kes baharu dan 7,000 kematian setiap hari pada awal tahun ini. Kini kadar kes baharu di Eropah telah menurun sebanyak hampir 30 peratus.
 
“Kedua-dua Amerika dan Eropah menggunakan strategi sekatan pergerakan bersasar dan vaksinasi secara meluas, tetapi kita gagal melakukan kedua-dua langkah ini selepas setahun bergelut dengan wabak ini,” kata ahli Parlimen antara yang paling lama berkhidmat itu.


Katanya, rekod negara kita dalam melawan wabak ini adalah satu perkara yang mengecewakan.


“Walaupun kita tidak berhadapan dengan kerosakan teruk seperti di Amerika dan negara-negara Eropah, kita masih lagi jauh di belakang kisah-kisah kejayaan mengawal wabak Covid-19 di negara-negara Asia Timur, ASEAN, dan kawasan serantau Pasifik,” katanya.


Dalam penerbitan Bloomberg Covid Resilience Ranking April 2021, Malaysia berada di tempat ke-20, di belakang Singapura, New Zealand, Australia, Israel, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, UAE, Finland, Hong Kong, Vietnam, China, Thailand, Denmark, Norway, AS, UK, Kanada dan Arab Saudi.


Sekarang, semasa wabak ini sedang beransur reda di Amerika dan Eropah, Malaysia pula menyertai negara-negara yang didahului oleh India di mana wabak ini sedang merebak teruk.
 
Semalam adalah kali keempat India mencatatkan lebih daripada 400,000 kes baharu — 401,271 kes — dan kali pertama negara tersebut mencatatkan lebih daripada 4,000 kematian dengan 4,194 kematian.


Jumlah kes dan kadar kematian akibat Covid-19 di India terus meningkat, mencecah sejumlah 21,886,566 kes dan 238,265 kematian.


“Malah Indonesia dan Filipina yang mempunyai angka terkumpul yang lebih tinggi berbanding negara kita, telah menyaksikan kejayaan yang lebih baik dalam perang melawan wabak Covid-19,” katanya.


Indonesia semalam mencatatkan 6,327 kes baharu berbanding dengan kemuncak 14,518 kes pada 30 Januari sedangkan Filipina pula mencatatkan 7,737 kes baharu berbanding dengan kemuncak 15,280 kes pada 2 April.


Bagi beliau, Malaysia, pusat pertemuan empat kebudayaan hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — tidak boleh menjadi sebuah kakistokrasi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/rakyat-dah-meluatundurlah-kerajaan-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pulihkan Keyakinan Rakyat

Kerajaan Pulihkan Keyakinan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 430 hits
MOHAMMAD AGUS YUSOF 1 Rakyat sedih keliru dan resah dengan hala taju kerajaan sekarang Polisi pemerintahannya tidak jelas Menteri banyak diam dalam isu isu yang memerlukan tindakan segera PM sendiripun banyak diam Tidak ada lagi perutusan k...
Kerajaan Tipu Rakyat Tentang Covid

Kerajaan Tipu Rakyat Tentang Covid

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 252 hits
Sekarang dah jelas bahawa Covid 19 adalah angkara manusia khianat untuk mengurang kan bilangan penduduk di Dunia Ia adalah biological warfare Vaksin yang di reka ada lah rancangan segolongan tamak untuk memperkayakan diri mereka Jelas juga ...
Kerajaan Melayu Pn Jual Harta Rakyat Pada Desmond Lim Subang Airport

Kerajaan Melayu Pn Jual Harta Rakyat Pada Desmond Lim Subang Airport

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 369 hits
YB Salahuddin Ayub menyatakan kebimbangan dia dengan cadangan pemberian konsesi kepada Desmond Lim untuk mengambil alih Lapangan Terbang Skypark Subang YB Salahuddin mendesak jangan gunakan darurat untuk menyerah aset2 milik rakyat kepada p...
Rakyat Bukan Sahaja Marah Tetapi Rakyat Menunggu Masa Untuk Menghumban Kerajaan Yang Ada

Rakyat Bukan Sahaja Marah Tetapi Rakyat Menunggu Masa Untuk Menghumban Kerajaan Yang Ada

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 237 hits
PKP Saya tahu rakyat marah kata Ismail SabriSinar HarianMei 5 2021 14 07Ismail Sabri menegaskan usaha tersebut tidak lain bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat di negara ini Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Kerajaan tahu rakyat marah khusus...
Kompaun Rm50 000 Peniaga Burger Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Chang Lih Kang

Kompaun Rm50 000 Peniaga Burger Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Chang Lih Kang

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 331 hits
POSTED BY AMIR WRLRTindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun RM50 000 ke atas seorang peniaga burger di Kota Bharu Kelantan kelmarin atas alasan berniaga melebihi masa amat keterlaluan Menurut Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang kompaun ...
Video Kerajaan Pn Gagal Mgnews Sekretariat Solidariti Rakyat Tuntut Enam Perkara Kepada Kerajaan

Video Kerajaan Pn Gagal Mgnews Sekretariat Solidariti Rakyat Tuntut Enam Perkara Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 423 hits
Peserta peserta Sekretariat Solidariti Rakyat menunjukkan plakad bantahan pada Himpunan Enam Tuntutan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional di hadapan Bangunan Parlimen Kuala Lumpur
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv