Manusia Tidak Lekang Daripada Ujian


Assalamualaikum…
Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.
Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui program ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.
Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud:
“Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk.”
Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.”
Gambar dari Google Kedua-dua ayat tersebut di atas, memberi penjelasan bahawa Allah SWT telah meletakkan syarat terpenting dalam menghadapi ujian-Nya ialah dengan berbanyak sabar dan melakukan solat, sama ada yang wajib atau sunat, kerana dengannya kita boleh bermohon kepada-Nya untuk menyelamatkan kita daripada sebarang bentuk marabahaya yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.
Sifat sabar itu lahir apabila manusia ditimpa ujian getir daripada Allah SWT, ia bertujuan untuk memperkasa diri Muslim untuk terus berhubungan dengan Allah sebagai tanda penyerahan diri mereka hanya kepada Allah, dan sabar itu pula boleh dikategorikan sebagai berikut ;
1. Sabar dalam melaksanakan segenap perintah Allah dengan penuh rasa khusyuk dan pasrah kepada-Nya.
2. Sabar dalam meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya dengan penuh rasa tanggungjawab.
3.  Sabar dalam menempuh segala ujian, kerana ia mengandungi kebaikan untuk semua.
4. Sabar ketika berhadapan dengan maksiat.
5. Sabar terhadap ketentuan dan musibah.
Apabila dilihat kepada sirah para anbiya tidak seorang pun daripada mereka yang tidak diuji oleh Allah, namun ujian yang ditimpakan ke atas mereka tidaklah sama antara seorang rasul dengan yang lain, justeru baginda ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud ;
“Para anbiya adalah golongan yang paling dahsyat ditimpakan ujian oleh Allah, kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama).”
Sehubungan itu, Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur (Mursyidul Am kelima Ikhwan Muslimun menerusi tulisannya ‘Bekalan kepada Para Da’ie’ ada menyatakan, bahawa mana-mana individu atau jemaah tertentu yang memperjuangkan Islam, jika tidak melalui proses ujian, maka ia masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dakwahnya.
Beberapa perkara yang berkaitan dengan ujian
1. Bahawa Allah SWT menjadikan ujian sebagai sunnah-Nya, supaya Dia mengetahui di kalangan hamba-Nya yang jujur dan mana yang berdusta, mana yang benar-benar beriman dan mana yang munafik. Jika sekiranya semua perkara itu mudah dan penuh dengan kesenangan, nescaya semua orang akan mengaku bahawa dia adalah seorang yang jujur, benar dan beriman. Akan tetapi, Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar jujur dan orang yang melaksanakan solat lima waktu.
2. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada setiap ujian, iaitu membersihkan orang-orang yang komited dalam perjuangan mendaulatkan Islam, supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang menghina orang-orang soleh dengan pelbagai tindakan jahat, termasuk para da’ie, penuntut ilmu, para ulama dan para wali Allah.
3. Antara rahsia daripada ujian dan cubaan yang diturunkan Allah ke atas permukaan bumi ini, iaitu penghapusan pelbagai kesalahan dan dosa yang terdapat pada diri orang-orang pilihan, sehingga Allah akan gugurkannya hingga ke akar umbinya.
4. Bahawa agama Islam ini, meskipun sering diberitakan bahawa ia sudah menang dan berjaya, sebenarnya di tengah-tengah perjalanan, masih penuh pelbagai cabaran dan tentangan, cubaan dan konspirasi jahat yang merintang, sehingga seorang mukmin masih bimbang menghadapi pelbagai konspirasi busuk yang dilancarkan syaitan yang berupa manusia terkutuk dari setiap pintu, jendela dan setiap arah.
5. Kita mampu menyingkap pelbagai konspirasi jahat musuh-musuh Islam, hingga kita mengetahui bahawa konspirasi busuk mereka tidak terbatas pada satu dimensi sahaja, akan tetapi datang dari semua arah dan tempat, pembunuhan, penjara, pengusiran, pencemaran nama baik, pembohongan, tipudaya dan sebagainya. Akan tetapi semua itu akan berakhir dengan kegagalan.
6. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada ujian yang ditimpakan, iaitu agar seorang hamba sentiasa berjuang dan bangkit daripada jurang kerendahan dan kehinaan, serta berjuang kembali dengan tenaga dan semangat baru dan mengembalikan aktivitinya setelah keluar daripada ujian ini dengan jayanya.
7. Hendaklah seorang hamba itu merendahkan diri, patuh, tunduk dan berlindung kepada Allah serta bermunajat kepada-Nya, kerana kemenangan hanya ada di tangan-Nya dan kemuliaan hanya wujud dengan merendah diri kepada-Nya.
8. Kejujuran dan keyakinan tauhid hanya kepada Allah SWT. Hal ini dapat diketahui oleh orang yang telah cuba menerapkan kalimah La ilah Ilallah, di mana kejujuran yang kukuh tidak akan nampak kecuali saat hamba itu mendapat ujian, maka itulah ucapan kalimah tauhid yang diungkapkan dengan penuh kejujuran dan keyakinan dari dalam hatinya.
Justeru, tauhid ini akan dapat dilihat dengan jelas pada masa-masa berlakunya krisis, sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat 65 surah al-Ankabut yang bermaksud: “Maka apabila mereka menaiki kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-nya.
Oleh : Ustaz Zainudin Hashim
The post Manusia Tidak Lekang Daripada Ujian appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wanzawawi.net/2021/07/manusia-tidak-lekang-daripada-ujian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Sidang Parlimen Isnin Depan Ujian Sokongan Majoriti Muhyiddin Kata Kit Siang

Jadikan Sidang Parlimen Isnin Depan Ujian Sokongan Majoriti Muhyiddin Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 245 hits
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan meletak jawatan secara terhormat ekoran kemelut yang tercetus berhubung pembatalan Ordinan Darurat...
Peniaga Dan Pekebun Durian Perlu Menjalani Ujian Saringan Pcr Sebelum Masuk Ke Raub

Peniaga Dan Pekebun Durian Perlu Menjalani Ujian Saringan Pcr Sebelum Masuk Ke Raub

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 264 hits
RAUB Semua peniaga dan pekebun durian dari luar daerah yang mahu memasuki daerah ini perlu menjalani ujian saringan Tindak Balas Rantaian Polimerase bermula hari ini dalam usaha mengekang penularan wabak Covid 19 Pegawai Daerah Raub Datuk M...
Malaysia Hasil Kit Ujian Covid 19 Salixium Sensitiviti 91 23 Ketepatannya 100

Malaysia Hasil Kit Ujian Covid 19 Salixium Sensitiviti 91 23 Ketepatannya 100

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 342 hits
Mudah digunakan di rumah menghasilkan ketepatan 100 peratus dan ujian sensitiviti mencecah 91 23 peratus adalah ciri kelebihan yang ada pada kit ujian kendiri pantas antigen Covid 19 pertama buatan Malaysia Salixium Salixium dihasilkan MeDK...
Fiza Halim Kaki Sondol Ini Adalah Ujian

Fiza Halim Kaki Sondol Ini Adalah Ujian

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 322 hits
Fiza Halim kaki sondol Ini adalah ujian Ini ujian saya Fiza Halim Reda dan pasrah Itu yang dilakukan oleh pelakon Fiza Halim selepas dihujani dengan pelbagai hinaan dan kecaman berhubung kontroversi dakwaan kaki sondol dan pemusnah rumah ta...
Setiap Ujian Kita Berbeda

Setiap Ujian Kita Berbeda

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 703 hits
kredit https wujudaksinyata orgAssalamualaikum semua Melihat kes baharu covid 19 sangat membimbangkan kita semua Termasuk dengan diri Naim sendiri kerana jika wabak ini berada di dalam komuniti yang pasti membuat kita semua perasaan resah S...
Ujian Pcr Cvd Akan Ditarik Dari Pasaran Bermula Disember 2021 Selepas Soros Dan Gates Membeli Syarikat Pengeluar Pcr

Ujian Pcr Cvd Akan Ditarik Dari Pasaran Bermula Disember 2021 Selepas Soros Dan Gates Membeli Syarikat Pengeluar Pcr

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 266 hits
CDC melaporkan hujung minggu ini bahawa ujian PCR tidak lama lagi tidak lagi tersedia untuk kegunaan kecemasan untuk menentukan sama ada individu telah dijangkiti Cvd19 dan seolah olah secara diam diam mengakui bahawa ujian PCR tidak dapat ...
Harga Kit Ujian Kendiri Covid 19 Bebankan Rakyat

Harga Kit Ujian Kendiri Covid 19 Bebankan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 171 hits
KPDNHEP akan bincang untuk cari cara turunkan harga KUALA BERANG Kit ujian kendiri COVID 19 akan dicadangkan untuk disenaraikan sebagai barangan harga terkawal kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Roso...
Bangkit Menghadapi Ujian Allah

Bangkit Menghadapi Ujian Allah

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 221 hits
Alhamdulillah august 2021 menjengah Hampir ke penghujung tahun sudah Akhir akhir ini banyak betul ujian yang allah hadirkan kepada aku Bukanlah mengeluh hanya sedikit terkejut Aku reda semua yang berlaku dan akan berlaku lilahitaala Di saat...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Penerima Zakat Untuk Fii Sabilillah Apakah Terbatas Hanya Pada Jihad

Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah