Manusia Apa Pertaruh Nyawa Rakyat Buat Pru Masa Banjir




Manusia apa pertaruh nyawa rakyat buat PRU masa banjir?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: October 12, 2022
SharePilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang dipaksakan kepada rakyat akan diadakan pada musim tengkujuh tahun ini.
Bagi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan membubarkan Parlimen berlatarbelakangkan musim banjir bertentangan dengan kebijaksanaan yang ditonjolkan Yang di-Pertuan Agong, nasihat dan unjuran yang dibuat peramal kaji cuaca serta keluhan yang disuarakan ribuan rakyat Malaysia.
Tegas beliau, Pakatan Harapan (PH) tidak gentar menghadapi PRU tetapi yang menjadi pertaruhan adalah keselamatan dan kehidupan rakyat
“PH bersedia untuk menghadapi PRU 15. Kami telah bersedia untuk berhadapan dengan gerombolan yang telah mencurangi mandat PRU lalu.
“Kami juga bersedia untuk memungkinkan sebuah masa depan yang mampan, makmur serta sebuah pemerintah yang benar-benar prihatin dan punyai sikap belas kepada nasib dan kebajikan rakyat.
“Saya menerima sepenuhnya keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam memperkenan Parlimen dibubarkan kerana Baginda bertindak berdasarkan peruntukan kuasa yang ada seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Namun, yang dipersoalkan adalah niat pihak yang berkepentingan yang begitu gelojoh yang mahukan pilihan raya diadakan pada saat sekarang,” katanya dalam perutusan khas malam tadi.
Pengerusi PH itu juga menyifatkan PRU pada musim banjir merupakan suatu penghinaan kepada lebih 20 juta pengundi dalam waktu kenaikan harga barang, gaji yang rendah, peluang pekerjaan tidak cukup untuk para siswazah, kualiti pendidikan rendah, akses kepada kesihatan bermasalah, simpanan tidak munasabah usia persaraan dan sebahagian mereka pula bakal meredah banjir ke tempat membuang undi.
“Musim banjir telah pun bermula tatkala sebahagian kawasan di Sabah, di bandar-bandar seperti Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang telah ditenggelami air. Sebahagian kawasan sungai Muar berdekatan Kuala Pilah telah melimpah dan menjejaskan dua kampung dan kawasan sekitar. Di Baling pula lapan sungai telah melepasi paras bahaya. Pakar cuaca juga menjangkakan hujan lebat akan berterusan.
“Manusia, parti politik dan kerajaan jenis apakah yang berani dan sanggup mempertaruhkan nyawa dan nasib rakyat dengan mengadakan pilihan raya pada saat ini?
“Usah kita diperdaya dengan kerajaan yang hanya utamakan kepentingan mereka yang kononnya bagi memulangkan mandat kepada rakyat,” katanya.
Menurut Anwar memang mandat perlu dipulangkan selepas pengkhianatan Langkah Sheraton yang lalu tetapi PRU yang diadakan dalam keadaan rakyat terdesak hampir sama keadaannya dengan penipuan atau usaha menghalang pengundi dari melaksanakan tanggungjawab mereka.
Jelas Anwar, kerajaan BN – PN sebelum ini telah gagal mengemudi negara saat serangan wabak Covid-19 dan mengelak dari melakukan tanggungjawabnya di Parlimen.
Kerajaan sama menyebabkan pilihan raya berlaku di Sabah mengakibatkan wabak Covid-19 mengganas di seluruh Malaysia dan 35,000 rakyat terkorban.
“Kerajaan ini juga yang mengumumkan darurat bagi menggantung fungsi dan peranan Parlimen dari berdepan di Parlimen. Kerajaan yang sama juga bohong kepada rakyat dan negara terkait aplikasi MySejahtera dan skandal Digital Nasional Berhad.
“Kerajaan ini juga berdusta berkenaan 1MDB. Ternyata kerajaan ini menipu tentang pemerolehan Kapal Tempur Pesisir dan juga mengenai membendung kemiskinan dan akses kepada pendidikan dan kesihatan,” katanya.
Maka, kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, tibalah masanya rakyat membetulkan kembali keadaan dengan menumbangkan BN dan PN dalam PRU 15.
“Tiba masanya untuk kita merampas semula negara ini dari kerakusan perompak dan penindas, serta dari gerombolan yang sibuk memperkayakan keluarga dan kroni mereka, manakala rakyat di bawah terus menderita menanggung kos sara hidup yang terus membengkak.
“Kepada anak-anak muda yang akan mengundi kelak, saya tekankan bahawa pilihan pada pilihan raya yang akan datang akan memberi kesan yang besar kepada masa depan rakyat dan negara.
“Kita perlu buat sehabis baik dalam memastikan negara ini mendepani permasalahan yang mendesak saat ini, yakni kos sara hidup yang tinggi, akses kepada pendidikan yang berkualiti, mengembalikan keyakinan kepada ekonomi kita serta memastikan pelaburan yang setara buat Malaysia.
“Kita pastinya akan buat yang terbaik dalam melindungi alam sekitar dan mempersiap negara dalam memampan dampak kemelut iklim dan alam sekitar,” katanya lagi.
Justeru, Anwar menyeru kepada rakyat Malaysia bahawa tiada pilihan lain di tangan mereka kecuali mengganti pemerintah negara dengan yang lebih baik.
Malaysia mesti bangkit daripada kemunduran yang dicipta lewat isu kleptokrasi, salah tadbir urus, kepada kerajaan yang mampu mengembalikan negara berada pada kedudukan selayaknya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/manusia-apa-pertaruh-nyawa-rakyat-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Nak Politikkan Isu Banjir Dalam Pru Wanita Dakwa Pembangkang Takut Ditolak Rakyat Tetapi Diselar Netizen

Kenapa Nak Politikkan Isu Banjir Dalam Pru Wanita Dakwa Pembangkang Takut Ditolak Rakyat Tetapi Diselar Netizen

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 170 hits
Tular di media sosial video dari TikToker pro Barisan Nasional yang menyelar tindakan para pemimpin pembangkang didakwa cuba mempolitikkan isu banjir Menurut wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai NY berkata ekonomi negara merundum se...
Tradisi Dera Rakyat Nak Pru Pun Suruh Harung Banjir

Tradisi Dera Rakyat Nak Pru Pun Suruh Harung Banjir

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 150 hits
Tradisi dera rakyat Nak PRU pun suruh harung banjirPosted By on October 13 2022Pembubaran parlimen di tengah tengah musim tengkujuh adalah penderaan terkini yang disediakan oleh Kerajaan BN PN kepada rakyat Malaysia Menurut Setiausaha KEADI...
Pembangkang Buang Masa Jika Tidak Menang Di Pru Ini

Pembangkang Buang Masa Jika Tidak Menang Di Pru Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 236 hits
Jika gabungan ini boleh duduk semeja walau apa syarat sekalipun BN boleh ditewaskan dengan majoriti lebih besar dengan mencalonkan Shafie Afdhal dan Rafizi sebagai calon PM TPM Nama ini boleh menjadi penawar kepada golongan muda dan atas pa...
Umno Nak Pru 15 Bukan Nak Bela Rakyat Tapi Nak Tukar Keputusan Mahkamah Anwar

Umno Nak Pru 15 Bukan Nak Bela Rakyat Tapi Nak Tukar Keputusan Mahkamah Anwar

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 198 hits
agendaily com04 10 2022Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Tindakan tergesa gesa UMNO mahu membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke 15 bukan disebabkan mah...
Pru Banjir Salahkan Menteri Pn

Pru Banjir Salahkan Menteri Pn

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 130 hits
PRU banjir salahkan Menteri PN Posted By on October 13 2022Oleh Hassan Abdul KarimPada petang Khamis 6 Oktober 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terselamat di dalam sepak terajang silat politik Malaysia Tanpa memuji berleb...
Risiko Banjir Bersifat Sementara Berbanding Risiko Dapat Kerajaan Tidak Stabil Rakyat Susah Lima Tahun

Risiko Banjir Bersifat Sementara Berbanding Risiko Dapat Kerajaan Tidak Stabil Rakyat Susah Lima Tahun

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 145 hits
Oleh Adam Malik Ada pula pihak tertentu menyatakan banjir akan membawa maut dan menyusahkan rakyat hatta jika PRU diadakan di musim banjir maka nyawa rakyat akan dalam bahaya Ada Benar juga kenyataan diatas Namun beberapa faktor lebih teran...
Buat Pru 15 Semasa Banjir Pkr Akan Sumbat Pemimpin Umno Masuk Penjara

Buat Pru 15 Semasa Banjir Pkr Akan Sumbat Pemimpin Umno Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 171 hits
ika UMNO membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya umum ke 15 secara tergesa gesa semasa rakyat sedang berdepan kesusahan bencana banjir PKR berjanji akan menyumbat semua pemimpin mereka ke dalam penjara selepas itu Timbalan Presiden ...
Pru15 Musim Banjir Rakyat Berhak Hukum Pemimpin Azmin

Pru15 Musim Banjir Rakyat Berhak Hukum Pemimpin Azmin

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 133 hits
Rakyat berhak menghukum pemimpin politik yang menjadi punca Pilihan Raya Umum ke 15 dijalankan ketika negara mungkin berdepan bencana banjir pada November depan Menurut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed ...
Umno Minta Bubar Parlimen Untuk Masa Depan Rakyat Zahid

Umno Minta Bubar Parlimen Untuk Masa Depan Rakyat Zahid

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 186 hits
UMNO minta bubar Parlimen untuk masa depan rakyat ZahidUmno memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi A...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner