Hati Hati Elakkan 6 Perkara Yang Kita Rasa Betul Tapi Salah Waktu Ubah Suai Rumah


Hati-Hati, Elakkan 6 Perkara Yang Kita Rasa Betul Tapi Salah Waktu Renovate Rumah l Sudah menjadi kebiasaan apabila kita membeli rumah baru atau rumah sub sale, perkara pertama yang akan dibuat ialah mengubah suai rumah yang dibeli mengikut citarasa dan rekaan sendiri. Sama macam kita beli kereta yang standard, untuk bagi nampak cantik dan menawan, mestilah ubah suai sikit dengan tambah bodykit dan spoiler, tukar sport rim dan lampu dan sebagainya

Tetapi, kena ingat jangan terlalu ghairah buat pengubahsuaian rumah sehingga melanggar peraturan yang ditetapkan. Mungkin pada pandangan kita tiada masalah, tapi hakikatnya ia tidak mendapat kelulusan PBT. Lebih baik fahamkan terlebih dahulu mana satu yang boleh dan mana satu yang dilarang pengubahsuaian untuk mengelak kerugian bila nak jual rumah nanti

Inilah yang telah dikongsikan oleh Ar.Ahmadkhairul Sabirin dari Sabirin Rosli Architect untuk dijadikan rujukan sebelum kerja-kerja renovate dilakukan

Benda Salah Yang Kita Ingat Biasa Waktu Renovate RumahGambar sekadar hiasan
Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, ye lah rumah kita kan, hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tau tak apa yang boleh dan tak boleh?

1. Tiada permitKalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada

Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit ya. Tak boleh suka-suka pasal depan rumah dah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT dah

Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanya kan hal ini, untuk mengelakkan kita kena denda waktu random spot check oleh majlis

2. Tambah floor area tanpa kelulusan PBTAlah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja. Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis, kalau tertangkap, ready lah duit untuk bayar denda

Nak renovate tambah floor area ni memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus hire kontraktor dan jalan terus. Salah. Hire arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT

Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda 10x dari wang proses pelan dan kena submit lalu arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan

3. Tak bincang dengan jiranSebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Last-last jiran sendiri yang report ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula

Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi pula kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate

Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran. Macam borang yang kita dah inform jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran

4. Renovate sampai line pagar depanPerlu diingat, walaupun dalam kawasan pagar tu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. haha. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga 6.1m atau 20 kaki dari line pagar/line sempadan. Itu adalah kehendak PBT

Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingat kan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya

5. Renovate luar dari pagar depanIni level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayang kan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya

Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject. haha

Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian

6. Submit pelan lulus lain, buat di site lainJenis ni ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, lepas tu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudah nya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya

To sum up, ikut lah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujung nya kita rugi juga


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nicknashram.com/2021/08/hati-hati-elakkan-6-perkara-yang-kita.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+nicknashram87+(Nick+Nashram)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Terkejut Ini Kesan Buruk Renovate Atau Ubah Suai Rumah Secara Haram

Jangan Terkejut Ini Kesan Buruk Renovate Atau Ubah Suai Rumah Secara Haram

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 553 hits
Kepada yang dah berjaya beli rumah tahniah kerana impian untuk memiliki kediaman sendiri dah tercapai Mesti tak sabar untuk buat renovation kan Jangan gopoh ye bawak bersabar dan bertenang dulu Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu...
Anak Lelaki Memang Istimewa Tapi Tersalah Didik Anak Lelaki Boleh Jadi Raja Elakkan 5 Perkara Ni

Anak Lelaki Memang Istimewa Tapi Tersalah Didik Anak Lelaki Boleh Jadi Raja Elakkan 5 Perkara Ni

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 412 hits
Anak anak lelaki kita sebenarnya cukup istimewa Lebih lebih lagi bagi ibu yang mempunyai anak lelaki ramai teramatlah beruntung Sama seperti anak perempuan anak lelaki juga punya kelebihan Pun begitu dalam mendidik anak lelaki janganlah dib...
Dilabel Penyanyi Lagu Kampung Harry Khalifah Tak Pernah Rasa Rendah Diri Saya Bangga Karya Itu Datang Daripada Hati

Dilabel Penyanyi Lagu Kampung Harry Khalifah Tak Pernah Rasa Rendah Diri Saya Bangga Karya Itu Datang Daripada Hati

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 255 hits
GEMAR mencipta lagu kampung atau leman penyanyi dan komposer Harry Khalifah mengakui tidak pernah terasa hati apabila menerima krit1kan negatif yang mempertikaikan genre itu Biarpun digelar penyanyi lagu kampung Harry atau nama sebenarnya A...
Mantapkan Imun Badan Dengan Vitamin C Tapi Betul Ke Vitamin D Boleh Turunkan Risiko Covid 19

Mantapkan Imun Badan Dengan Vitamin C Tapi Betul Ke Vitamin D Boleh Turunkan Risiko Covid 19

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 370 hits
Mantapkan Imun Badan Dengan Vitamin C Tapi Betul Ke Vitamin D Boleh Turunkan Risiko COVID 19 Salam semua kes harian disebabkan virus Covid 19 dah semakin meninggi Nombor yang semakin meningkat amat merunsingkan Rasanya semua pun dah ada kes...
Banyak Betul Produk Pewangi Faraj Dijual Tapi Perlukah Wanita Menggunakannya

Banyak Betul Produk Pewangi Faraj Dijual Tapi Perlukah Wanita Menggunakannya

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 185 hits
Banyak Betul Produk Pewangi Faraj Dijual Tapi Perlukah Wanita Menggunakannya SEJAK kebelakangan ini ramai peniaga menjual produk pewangi alat sulit untuk wanita sehingga ramai terpedaya dengan pelbagai testimoni bahawa faraj akan berbau leb...
Ibu Datang Balik Rumah Bawa Ayash Tapi Diam Anak Ke 3 Shuib Mimpi Arwah Ibunya

Ibu Datang Balik Rumah Bawa Ayash Tapi Diam Anak Ke 3 Shuib Mimpi Arwah Ibunya

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 507 hits
Ibu datang balik rumah bawa Ayash Itu antara cerita dari mulut anak ketiga Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang berusia enam tahun Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu hal itu dikongsikan saat dia sedang memand...
Hiburan Saya Rasa Dunia Ini Macam Sesepi Sepinya Bapa Allahyarham Siti Sarah Raisuddin Kongsi Duka Di Hati

Hiburan Saya Rasa Dunia Ini Macam Sesepi Sepinya Bapa Allahyarham Siti Sarah Raisuddin Kongsi Duka Di Hati

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 467 hits
Bapa kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah baru baru ini ada berkongsi rasa duka di hati apabila kehilangan anak perempuan tersayang yang pergi menuju dunia abadi pada hari Isnin yang lalu ARTIKEL BERKAITAN Adverti...
Betul Ke Off Telefon Setiap Hari Boleh Elakkan Telefon Kena Hack

Betul Ke Off Telefon Setiap Hari Boleh Elakkan Telefon Kena Hack

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 328 hits
Sebelum saya menjawab soalan ini anda kena tanya dulu diri anda Penting sangat kah anda sampai orang nak hack Kalau ya jawapan mudah dia adalah kemungkinan besar TIDAK Pertama sekali kalau telefon anda sudah pun di hack ataupun di tapped ta...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp