Mansuh Syarat Pembelian Pin Upu Terutama Ketika Covid 19 Kata Pendidik


 
Pengerusi Guru Muda Johor Mohamad Faris Jasma berkata, pemansuhkan syarat pembelian nombor PIN untuk permohonan kemasukan ke universiti dapat menjimatkan masa dan mengurangkan ketidakpatuhan terhadap SOP. (Gambar Bernama)JOHOR BAHRU: Sebilangan warga pendidik mencadangkan syarat pembelian nombor pengenalan diri unik (PIN) untuk permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan lain-lain melalui UPU dimansuhkan bagi sesi 2021/2022 dan seterusnya.
Cadangan ini disuarakan mereka yang menganggap syarat pembelian nombor PIN berkenaan oleh pelajar lepasan peperiksaan awam tidak lagi relevan mahupun praktikal sewaktu krisis Covid-19.
Pengerusi Guru Muda Johor Mohamad Faris Jasma berkata, sudah tiba masa Kementerian Pengajian Tinggi mempertimbangkan cadangan itu.
“(Syarat pembelian nombor PIN) perlu dimansuhkan terus kerana amat tidak wajar kementerian mengenakan bayaran untuk perkhidmatan yang boleh dibuat secara percuma dalam talian, sedangkan institusi swasta di negara ini tidak mengenakan satu sen pun bayaran (untuk permohonan kemasukan),” katanya.
Tambahnya, rata-rata calon yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tidak memiliki pendapatan sendiri, dan kementerian seharusnya mengambil contoh model yang diamalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang tidak mensyaratkan nombor PIN untuk permohonan pekerjaan.
“Dengan keadaan Covid-19 dilihat masih belum ditangani sepenuhnya, kita harus mengelakkan kehadiran ramai anak-anak kita atau wakil mereka yang berpusu-pusu untuk membeli nombor PIN di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Ini dapat menjimatkan masa dan mengelakkan ketidakpatuhan terhadap SOP (prosedur operasi standard),” katanya ketika dihubungi FMT.
Faris berkata, cadangan itu juga sudah disuarakannya menerusi surat terbuka kepada Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad, namun belum mendapat maklum balas.
Seorang lagi guru, Amirul Syafiq berkata, syarat pembelian nombor PIN itu dilihat sebagai sesuatu yang tidak rasional dan pendidikan tidak sepatutnya dikenakan bayaran sedemikian.
“Pada saya, tidak patut pun dikenakan bayaran, walaupun RM15.60 itu nampak macam kecil, tetapi boleh jadi itu kos makanan sehari untuk keluarga B40,” katanya.
Seorang guru kaunseling yang enggan namanya didedahkan berkata, timbul kesukaran untuk membeli nombor PIN bagi pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman yang akhirnya membuatkan mereka terlepas peluang melanjutkan pelajaran.
“Ya, untuk segelintir orang, RM15.60 itu jumlah yang kecil, tetapi ada golongan yang tidak mampu. Selain itu, tidak semua tempat memiliki kemudahan bank BSN, contohnya seperti di kawasan pedalaman,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/mansuh-syarat-pembelian-pin-upu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kno

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhati Hati Kata Skmm Ketika Semakin Ramai Wanita Guna Media Sosial Cari Sugar Daddy

Berhati Hati Kata Skmm Ketika Semakin Ramai Wanita Guna Media Sosial Cari Sugar Daddy

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 208 hits
Pengguna terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri SKMM akan terus memantau dan menyiasat bersama polis aplikasi Sugarbook Gambar Pexels Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedi...
Kwsp Dalam Proses Mansuh Syarat Mohon I Sinar

Kwsp Dalam Proses Mansuh Syarat Mohon I Sinar

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 452 hits
KWSP Dalam Proses Mansuh Syarat Mohon i Sinar Korang dah semak iSinar tak Mulai 08 Februari 2021 hari ini pemohon boleh menyemak status kelulusan masing masing Bagi pemohon yang lulus bagi kategori 1 anda akan menerima bayaran mulai 08 Janu...
Terdapat 4 000 Varian Koronavirus Yang Sebabkan Covid 19 Kata Menteri Britain

Terdapat 4 000 Varian Koronavirus Yang Sebabkan Covid 19 Kata Menteri Britain

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 178 hits
KONGSI ARTIKEL LONDON Terdapat sekitar 4 000 varian virus yang menyebabkan COVID 19 menular di merata dunia sekarang Maka itu semua pengeluar vaksin termasuk Pfizer dan AstraZeneca sedang cuba membaiki vaksin masing masing menurut seorang
Agensi Pelancongan Alih Haluan Perniagaan Ketika Negara Terus Diserang Covid 19

Agensi Pelancongan Alih Haluan Perniagaan Ketika Negara Terus Diserang Covid 19

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 231 hits
Jika sebelum wabak Covid 19 melanda Andalusia mempunyai 600 orang kakitangan di seluruh negara kini hanya ada 20 untuk mengurus syarikat PETALING JAYA Syarikat pelancongan dan ibadah umrah terus bergelut untuk meneruskan perniagaan ketika P...
Melaka Catat Kadar Kebolehjangkitan Covid 19 Tertinggi Kata Noor Hisham

Melaka Catat Kadar Kebolehjangkitan Covid 19 Tertinggi Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR Kadar kebolehjangkitan Covid 19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada 0 92 setakat semalam dengan Melaka mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1 07 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik...
Batal Perjalanan 10km Tidak Bantu Kurangkan Covid 19 Patut Perbanyak Saringan Berskala Besar Kata Boon Chye

Batal Perjalanan 10km Tidak Bantu Kurangkan Covid 19 Patut Perbanyak Saringan Berskala Besar Kata Boon Chye

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 175 hits
February 17 2021 5 30 Langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan kerajaan ialah meningkatkan keupayaan saringan kontak rapat kes positif dalam tempoh 48 jam dan melakukan saringan berskala besar kata Boon Chye PETALING JAYA Tindakan kerajaan...
Banyak Kumpulan Gengster Di Johor Beralih Hasil Dadah Ketika Pkp Kata Polis

Banyak Kumpulan Gengster Di Johor Beralih Hasil Dadah Ketika Pkp Kata Polis

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 256 hits
Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar lelaki tempatan dipercayai ketua sindiket yang masih bebas JOHOR BAHRU Polis percaya banyak kumpulan gengster di Johor kini beralih kepada penghasilan dan penjualan dadah berikutan pelaksanaan peri...
Jangan Tertipu Dengan Penurunan Kes Covid 19 Kata Kumpulan Perubatan

Jangan Tertipu Dengan Penurunan Kes Covid 19 Kata Kumpulan Perubatan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 209 hits
Imran AriffPETALING JAYA Walaupun jumlah kes baharu Covid 19 menurun ke bawah 4 000 daripada jumlah tertinggi pernah dicatatkan sebanyak 5 000 sejak seminggu lalu pakar kesihatan memberi amaran supaya tidak berasa terlalu selamat Mereka ber...
Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia Ketika Dalam Tempoh Kuarantin Di Rumah Selepas Positif

Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia Ketika Dalam Tempoh Kuarantin Di Rumah Selepas Positif

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 327 hits
Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan berpangkat sarjan dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah Anggota yang berumur 53 tahun itu difahamkan positif COVID 19 dan telah menjala...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kenapa Murid Malas Ke Sekolah

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama