Kwsp Dalam Proses Mansuh Syarat Mohon I Sinar


KWSP Dalam Proses Mansuh Syarat Mohon i-Sinar  : Korang dah semak iSinar tak! Mulai 08 Februari 2021 hari ini pemohon boleh menyemak status kelulusan masing-masing. 
Bagi pemohon yang lulus bagi kategori 1, anda akan menerima bayaran mulai 08 Januari 2021 akan datang. Bayaran akan dikreditkan ke akaun pemohon secara berperingkat.
Semak pada 08 Februari 2021 ini, adalah bagi Kategori 2. Semalam KWSP memohon maaf kerana terdapat masalah teknikal pada status i-sinar Online.
Oleh yang demikian anda disarankan untuk menyemak status anda bermula hari 8.00 pagi pada 08 Februari 2021.
Terbaru, KWSP dalam proses memansuhkan syarat bagi permohonan i-Sinar. Dah langkah ini dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran paramedik Covid-19.
Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP membuat pengeluaran daripada Simpanan 1. Tertakluk kepada baki dalam akaun masing-masing.
KWSP akan membuat pengumuman tidak lama lagi. 
KWSP juga mengekalkan jumlah pengeluaran yang sama iaitu sebanyak RM10,000. Bagi mereka yang mempunyai baki akaun 1 yang melebih 100,000, mereka layak untuk membuat pengeluaran sebanyak 10% dari jumlah simpanan. Jadual boleh rujuk di bawah. 






Kategori 2 boleh menyemak menerusi link  di bawah.


Untuk semakan kelulusan, pemohon boleh melayari 👉👉👉https://isinar.kwsp.gov.my/




Tarikh Bayaran iSinar Kategori 1 Pada Pertengahan Januari 2021 & Kategori 2 Pada Hujung Bulan Febuari 2021 - Seperti yang kita sedia maklum, inilah yang amat dinantikan oleh rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta mahupun sebagai suri rumah yang pernah mencarum KWSP. 


Semalam telah diumumkan perincian tentang pengeluaran bagi akaun 1. Pengeluaran akaun 1 ini terbahagi kepads dua kategori. Boleh rujuk kenyataan daripada KWSP di bawah.


Untuk makluman, permohonan dibuat atas talian. Klik link untuk membuat permohonan [ https://isinar.kwsp.gov.my/ ] 

 
 

Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020
 KUALA LUMPUR, 2 Disember 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:


Tiada dokumen sokongan diperlukan;Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; danNotis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2021/02/kwsp-dalam-proses-mansuh-syarat-mohon-i.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kwsp Mansuh Syarat I Sinar Permudahkan Pengeluaran Akaun 1

Kwsp Mansuh Syarat I Sinar Permudahkan Pengeluaran Akaun 1

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 299 hits
137 total views 63 views today Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut setelah mengam...
Syarat I Sinar Di Mansuh Ahli Kwsp Kurang 55 Tahun Di Benar Keluar Simpanan Akaun 1

Syarat I Sinar Di Mansuh Ahli Kwsp Kurang 55 Tahun Di Benar Keluar Simpanan Akaun 1

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 283 hits
PUTRAJAYA Mana mana ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berumur kurang daripada 55 tahun kini dibenarkan membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki sedia ada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku ...
Kwsp I Sinar Lulus Tanpa Syarat

Kwsp I Sinar Lulus Tanpa Syarat

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 290 hits
Setelah ramai yang kecoh di media social tentang KWSP yang sangat berkira nak luluskan i Sinar ni akhirnya Kementerian Kewangan Malaysia dah keluarkan kenyataanAlhamdulillah KWSP I Sinar boleh lulus tanpa syarat Sebenarnya memang kesian gol...
5 Isu Utama Dibangkitkan Rakyat Mengenai I Sinar Kwsp Tanpa Syarat

5 Isu Utama Dibangkitkan Rakyat Mengenai I Sinar Kwsp Tanpa Syarat

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 299 hits
Sejak dua hari ini talian hotline i Sinar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kembali hangat dengan menerima tidak kurang daripada 400 500 mesej aduan sehari berkenaan isu pengeluaran i Sinar ini Rata rata maklum balas yang diterima berikutan p...
Sampai Hati Kwsp Buat Macam Ni Ramai Kecewa Status I Sinar Lulus Bertukar Dalam Proses

Sampai Hati Kwsp Buat Macam Ni Ramai Kecewa Status I Sinar Lulus Bertukar Dalam Proses

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 302 hits
SEMALAM kecoh di laman sosial berkenaan status permohonan pengeluaran i Sinar Kategori 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Tinjauan di media sosial memaparkan rata rata pencarum yang memohon pengeluaran mendapat keputusan lulus apabila membuat...
Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat I Sinar Kwsp Akan Mengambil Sedikit Masa

Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat I Sinar Kwsp Akan Mengambil Sedikit Masa

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 240 hits
PUTRAJAYA Butiran lanjut mengenai pemansuhan syarat i Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi mempermudahkan ahli membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1 akan mengambil sedikit masa Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku A...
Mansuh Syarat Pembelian Pin Upu Terutama Ketika Covid 19 Kata Pendidik

Mansuh Syarat Pembelian Pin Upu Terutama Ketika Covid 19 Kata Pendidik

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 241 hits
Pengerusi Guru Muda Johor Mohamad Faris Jasma berkata pemansuhkan syarat pembelian nombor PIN untuk permohonan kemasukan ke universiti dapat menjimatkan masa dan mengurangkan ketidakpatuhan terhadap SOP JOHOR BAHRU Sebilangan warga pendidik...
I Sinar Kwsp Betulkah Semua Permohonan Lulus

I Sinar Kwsp Betulkah Semua Permohonan Lulus

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 323 hits
Lewat petang kelmarin huru hara sekejap social media dek kerana ramai yang gembira bila buat semakan Permohonan i Sinar KWSP yang rata rata telah bertukar dari biru kepada hijau bermaksud telah LULUS i Sinar Tapi dalam kegembiraan itu ramai...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu