Batal Perjalanan 10km Tidak Bantu Kurangkan Covid 19 Patut Perbanyak Saringan Berskala Besar Kata Boon Chye


 
Faiz Zainudin -February 17, 2021 5:30 Langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan kerajaan ialah meningkatkan keupayaan saringan kontak rapat kes positif dalam tempoh 48 jam dan melakukan saringan berskala besar, kata Boon Chye.PETALING JAYA: Tindakan kerajaan menukar pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kepada PKP bersyarat (PKPB), dan PKP pemulihan (PKPP) membabitkan beberapa negeri termasuk membatalkan arahan larangan pergerakan dalam radius 10km bagi semua kawasan itu bukanlah langkah terbaik mengekang penularan wabak Covid-19.
Bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kelonggaran itu akan mendedahkan lagi orang ramai kepada jangkitan Covid-19.
“Saya faham dalam keadaan ini isu ekonomi juga patut dijaga dan dipertimbang,” katanya kepada FMT.
Boon Chye berkata, pelaksanaan PKP dan PKPB ketika ini nampaknya tidak mampu memberi kesan pantas dalam usaha mengekang penularan Covid-19.
Malah langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan kerajaan ialah meningkatkan keupayaan saringan kontak rapat kes positif dalam tempoh 48 jam dan melakukan saringan berskala besar.
“Kalau kita tidak ada kedua-dua keupayaan ini apabila ada jangkitan tinggi kita tak boleh kawal.”
Jelasnya, apa yang dimaksudkan dengan saringan kontak rapat adalah apabila ada kes baharu biasanya ia akan menjangkiti 5 hingga 10 orang. Jika tidak diasingkan mereka ini akan menjangkiti 100 malah 1,000 lagi orang dan seterusnya lebih ramai lagi.
Disebabkan itu, katanya untuk mengekang penularan berterusan perlu ada keupayaan mengasingkan kontak rapat dalam tempoh 48 jam.
“Seterusnya kita perlu ada keupayaan melakukan saringan berskala besar. Kalau ada sahaja kes misalnya dalam komuniti, PKPB atau PKPD boleh dilaksanakan di kawasan tersebut sebagai contoh melakukan saringan besar-besaran di taman perumahan,” katanya.
Beliau turut memberikan beberapa contoh negara luar yang berjaya mengekang penularan semula Covid-19 dengan mengutamakan dua langkah itu antaranya New Zealand dan China.
“Mereka tidak perlu tutup macam kita sampai sekarang tidak habis-habis sejak 13 Jan PKP 2.0 dilaksana hampir lima minggu kes tak selesai,” katanya.
Beliau yakin, Malaysia mampu melakukan pengesanan kontak rapat dengan pantas malah boleh melakukan saringan antara 100,000 sehingga sejuta sehari jika menggunakan kaedah betul.
Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menambah jumlah kakitangan KKM secepat mungkin bagi menampung keupayaan tenaga kerja dalam mengekang penularan Covid-19 khususnya bahagian kesihatan awam tanpa perlu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memakan masa terlalu lama.
“Pengambilan harus serta-merta, ambil mereka yang menganggur, lepasan universiti, bakal-bakal doktor atau jururawat yang belum dapat penempatan, atau ambil mereka yang hilang kerja secara kontrak untuk membuat pengesanan saringan, buat analisis data dan sebagainya,” katanya.
Kerajaan memutuskan untuk membatalkan arahan larangan pergerakan dalam radius 10km bagi semua kawasan di bawah PKP, PKPB dan PKPP. Bagaimanapun larangan rentas negeri dan daerah bagi semua negeri masih dikekalkan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/batal-perjalanan-10km-tidak-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Mohon Kebenaran Kkm Untuk Program Saringan Berskala Besar

Pulau Pinang Mohon Kebenaran Kkm Untuk Program Saringan Berskala Besar

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 405 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap Jabatan Kesihatan akan mempertimbang untuk mempercepat kelulusan berhubung penganjuran programnya bagi mengadakan ujian saringan COVID 19 berskala besar susulan kadar kes positif yang tinggi di negeri i...
Cara Bantu Golongan Terjejas Covid 19 Kita Beli Barang Jualan Mereka Kenyang Perut Pahala Pun Dapat

Cara Bantu Golongan Terjejas Covid 19 Kita Beli Barang Jualan Mereka Kenyang Perut Pahala Pun Dapat

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 443 hits
assalamualaikum salam sejahtera pagi Rabu hari kedua terakhir PKP 2 0 di Melaka dan beberapa negeri lain bermulalah PKPB semula dan hanya Perlis dpt pelepasan PKPP hi hi hi tahniah org Perlis namun kena ingat ye rentas daerah dan rentas neg...
Covid 19 Trizure Sedia Platform Gaya Hidup Digital Untuk Bantu Golongan B40 Dan M40

Covid 19 Trizure Sedia Platform Gaya Hidup Digital Untuk Bantu Golongan B40 Dan M40

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 266 hits
KUANTAN Pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia pada ketika ini mengubah gaya hidup masyarakat daripada secara konvensional kepada digital Banyak perubahan selepas wabak itu melanda dunia sekali gus memaksa budaya kerja diubah ke arah ...
Jangan Tertipu Dengan Penurunan Kes Covid 19 Kata Kumpulan Perubatan

Jangan Tertipu Dengan Penurunan Kes Covid 19 Kata Kumpulan Perubatan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 274 hits
Imran AriffPETALING JAYA Walaupun jumlah kes baharu Covid 19 menurun ke bawah 4 000 daripada jumlah tertinggi pernah dicatatkan sebanyak 5 000 sejak seminggu lalu pakar kesihatan memberi amaran supaya tidak berasa terlalu selamat Mereka ber...
Melaka Catat Kadar Kebolehjangkitan Covid 19 Tertinggi Kata Noor Hisham

Melaka Catat Kadar Kebolehjangkitan Covid 19 Tertinggi Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR Kadar kebolehjangkitan Covid 19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada 0 92 setakat semalam dengan Melaka mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1 07 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik...
Sabah Catat Kes Covid 19 Terendah Sejak September Kata Masidi

Sabah Catat Kes Covid 19 Terendah Sejak September Kata Masidi

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 305 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun menyeru kepada semua supaya terus mematuhi SOP ditetapkan KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata Sabah hari ini mencatat kes harian Covid 19 terendah...
Who Gesa Pengeluaran Vaksin Covid 19 Ditingkatkan Besar Besaran

Who Gesa Pengeluaran Vaksin Covid 19 Ditingkatkan Besar Besaran

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 303 hits
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus Foto AFP GENEVA Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggesa pengeluar vaksin supaya berkongsi teknologi bagi membantu melonjakkan kadar penghasilannya dalam perjuangan memerangi COVID 19 Ketua Pengara...
Suami Isteri Lari Daripada Saringan Selepas Bayi Positif Covid 19 Ditemui

Suami Isteri Lari Daripada Saringan Selepas Bayi Positif Covid 19 Ditemui

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 308 hits
Pasangan Orang Asli itu memberi kerjasama kepada polis dan Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke hospital bagi menjalani ujian saringan Covid 19 dan dikuarantin sehingga keputusan diperolehi KOTA BHARU Pasangan suami isteri Orang Asli yang ...
Kes Covid 19 Turun Sebab Kurang Buat Saringan Najib

Kes Covid 19 Turun Sebab Kurang Buat Saringan Najib

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 244 hits
Kementerian Kesihatan dipersoalkan adakah penurunan ketara kes positif Covid 19 disebabkan pengurangan dalam jumlah ujian saringan yang dibuat Datuk Seri Najib Razak mendakwa mendapat maklumat jumlah saringan Covid 19 setiap hari yang dibua...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara