Tip Elak Anak Sentiasa Nak Berdukung Mak Ayah Boleh Cara Ini


Tip elak anak sentiasa nak berdukung, mak ayah boleh cara ini. Bayi atau anak kecil yang sentiasa mahu berdukung adalah perkara biasa dan merupakan sebahagian daripada proses perkembangan mereka.
Tip Elak Anak Sentiasa Nak Berdukung
ANAK SAYA 24 JAM NAK BERDUKUNG
Situasi anak yang sentiasa mahu didukung adalah masalah yang sering dihadapi oleh ramai ibu bapa. Anak akan menangis setiap kali diletakkan dan hanya tenang apabila didukung. Adakah kita patut biarkan sahaja anak menangis atau ikut sahaja kehendaknya?
Fahami Kenapa Bayi Suka Didukung
Secara fitrahnya, bayi memang suka didukung kerana apabila didukung, mereka akan dipeluk dan terasa dibuai, seolah-olah kembali ke dalam rahim ibu.
Ini berkaitan dengan Pyramid of Learning (Williams & Shellenberger), yang mempunyai tiga deria asas:
Tactile (Deria Sentuhan)
Vestibular (Deria Keseimbangan)
Proprioception (Deria Sendi)
Sejak lahir, bayi memerlukan ketiga-tiga deria ini untuk perkembangan otak mereka. Sebab itu, bayi suka dibelai, dipeluk, dan didukung. Keperluan sensori setiap bayi berbeza, jadi tidak perlu membandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Tugas kita adalah memenuhi semua keperluan deria ini, bukan hanya dengan mendukung.

Berikut adalah beberapa cara untuk memenuhi keperluan sensori bayi tanpa perlu membeli apa-apa:
TACTILE (Deria Sentuhan)
Pakaikan losyen pada bayi sambil membelai seluruh badannya.
Semasa minum susu, usap-usap kepala bayi.
Baringkan bayi di atas baju yang belum dilipat; pelbagai jenis kain akan memberikan rangsangan tekstur.
Biarkan bayi menggenggam jari kita.
Usap tangan dan jari jemari bayi.
Beri bayi mainan dengan pelbagai tekstur dan bentuk.
VESTIBULAR (Deria Keseimbangan)
Letakkan bayi dalam buaian atau bouncer semasa dia sedar. (Penjelasan lebih lanjut dalam post lain)
PROPRIOCEPTION (Deria Sendi)
Urut bayi selepas mandi. Sangat penting, terutama untuk bayi baru lahir.
Pakaikan bedung kepada bayi baru lahir.
Lakukan “tummy time” seawal baru lahir.
Peluk bayi.
Separation Anxiety
Bayi juga suka didukung kerana mengalami Separation Anxiety (resah bila berpisah). Ini adalah normal dalam proses perkembangan emosi mereka. Bila kita hilang dari pandangan, bayi akan rasa kita hilang selamanya.
Biasanya ini bermula seawal 6-7 bulan dan mencapai puncaknya sekitar 10-18 bulan, mungkin berterusan sehingga umur 2 tahun. Jangan risau, ini akan hilang mengikut masa. Setiap bayi berbeza, jadi nikmatilah masa anak mahu berkepit dengan kita.
Namun, berdukung 24 jam mungkin menimbulkan masalah lain jika bayi kurang “tummy time”, meniarap, atau merangkak. Jadi ibu bapa perlu lakukan sesuatu supaya bayi belajar kita tidak “hilang”.

Cara Mengatasi:
Ajar Konsep “Bye-Bye”
Bila hendak ke mana-mana, cakap “bye, ibu pergi toilet/dapur ni”. Mula-mula dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap sahaja dan bermain cak-cak dengannya. Lama-lama dia akan faham konsep “bye”.
Selalu Bercakap dengan Bayi
Beritahu bayi setiap kali kita hendak ke toilet, makan, atau ke mana-mana. Lama-lama bayi akan faham.
Bawa Mainan yang Biasa Dimain
Bila pergi ke tempat baru, bawa mainan yang biasa dimain untuk bayi rasa selamat.
Alihkan Perhatian dengan Barang Selamat
Jika bayi bosan, beri dia barang baru yang selamat untuk dialih perhatian.
Main Kejar-Kejar
Bila bayi datang nak didukung, kita lari sambil gelak-gelak.
Biarkan Menangis Seketika
Jika bayi minta didukung tapi kita ada kerja, biarkan dia menangis. Selepas siap kerja, barulah kita pergi kepadanya. Semakin lama, jarakkan masa pergi kepadanya. Lama-lama bayi akan faham kita tidak abaikan dia.
Emosi Ibu Bapa
Yang paling penting adalah emosi kita semasa menangani masalah anak yang suka didukung. Kena relaks, senyum dan jangan berkerut. Jangan rasa bersalah kerana bayi boleh mengesan emosi dan reaksi kita.
Perkongsian ini adalah hasil penulisan dari Maryam Jamadi, Occupational Therapist di laman Facebooknya.
Sumber: Maryam Jamadi
Baca artikel lain juga: Jangan Dukung Bayi Menangis, Nanti Manja. Betul Ke Macam Ni?
Anak Asyik Minta Dukung, Bila Letak Merengek, Bukan Manja Tapi Ada Sebab Mama Papa Kena Faham
Tak Dukung Selalu, Biar Main Sendiri. Tip Dr Sheikh Muszaphar Latih Anak Berdikari!
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Tip Elak Anak Sentiasa Nak Berdukung, Mak Ayah Boleh Cara Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tip-elak-anak-sentiasa-nak-berdukung-mak-ayah-boleh-cara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Bayi Perempuan Pakai Headband Ini Tip Mak Ayah Perlu Tahu Kalau Nak Pakaikan Juga

Bahaya Bayi Perempuan Pakai Headband Ini Tip Mak Ayah Perlu Tahu Kalau Nak Pakaikan Juga

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 179 hits
Bahaya bayi perempuan pakai ini tip mak ayah perlu tahu kalau nak pakaikan juga Memakaikan bayi perempuan dengan aksesori kepala memang menarik Nampak comel Tapi tahukah anda yang bayi boleh berisiko mengalami keadaan leher terjerut dan lem...
Anak Mengadu Sakit Tekak Ini Mak Ayah Perlu Buat Nak Kurangkan Sakit Anak

Anak Mengadu Sakit Tekak Ini Mak Ayah Perlu Buat Nak Kurangkan Sakit Anak

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 194 hits
Sama seperti kita anak kecil kita juga pernah berdepan dengan masalah sakit tekak yang memeritkan Apa nak buat bila anak mengadu sakit tekak Menurut perkongsian jangan dibiarkan lama lama kerana anak boleh diserang masalah lain seperti peny...
Anak Cirit Birit Apa Nak Buat Makanan Ni Patut Mak Ayah Elakkan

Anak Cirit Birit Apa Nak Buat Makanan Ni Patut Mak Ayah Elakkan

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 141 hits
Setiap kali anak cirit birit mak ayah mulakan cemas kerana kasihankan anak yang tidak lalu makan malah kekurangan banyak air Apa nak buat jika anak cirit birit Apa jenis pemakanan sesuai untuk anak yang mengalami masalah cirit birit ini Ini...
Papa Memang Tak Guna Anak Anak Sukan Pun Tak Boleh Nak Tengok Datuk Red

Papa Memang Tak Guna Anak Anak Sukan Pun Tak Boleh Nak Tengok Datuk Red

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 128 hits
Baru baru ini penyanyi dan usahawan Adira Suhaimi kelihatan menghadirkan diri ke majlis hari sukan sekolah anak anaknya biarpun sibuk menguruskan perniagaan Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan penyanyi tersebut menyiapkan anak anak s...
Tip Nak Tahu Anak Umur 1 2 Tahun On Track Ke Tak Semak Panduan Ini

Tip Nak Tahu Anak Umur 1 2 Tahun On Track Ke Tak Semak Panduan Ini

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 190 hits
Tip nak tahu on track ke tak semak panduan ini Percaya tak ramai ibu bapa kadang kadang rasa cepat sangat anak mereka membesar Kejap saja mereka sudah boleh meniarap merangkak dan berjalan Tip Nak Tahu Anak Umur 1 2 Tahun On Track Ke Tak Ma...
Kenali Bantu Anak Autisme Di Forum Anak Syurga Al Khauthar Dekati Jiwa Mak Ayah

Kenali Bantu Anak Autisme Di Forum Anak Syurga Al Khauthar Dekati Jiwa Mak Ayah

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 181 hits
Tidak ramai diantara kita yang begitu memahami anak anak istimewa dan berkeperluan khas namun Al Khauthar dengan kerjasama Majalah Mingguan Wanita dan Majalah Nona baru baru ini menganjurkan forum khas bagi mendekati anak anak istimewa ini ...
Kerana Ustaz Mak Ayah Buang Aku Sampai Tak Mengaku Aku Anak Dia Lepas Je Tingkatan 5 Aku Tak Pernah Jumpa Mak Ayah

Kerana Ustaz Mak Ayah Buang Aku Sampai Tak Mengaku Aku Anak Dia Lepas Je Tingkatan 5 Aku Tak Pernah Jumpa Mak Ayah

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 215 hits
Mak ayah langsung tak nak terima penjelasan aku dan mak tak mengaku aku ni anak dia Mak ayah buang aku Lepas je tingkatan 5 aku tak pernah jumpa mak ayah Sampai ayah meninggal pun aku tak tahu Sekarang dah 13 tahun berlalu aku nak lawan ber...
Cara Menulis Novel Dengan Tepat Tulis Novel Anda Pun Boleh

Cara Menulis Novel Dengan Tepat Tulis Novel Anda Pun Boleh

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 215 hits
Saya faham sekarang memang trend menulis novel Tapi nak menulis novel tidak boleh sembarangan Jika tiada ilmu dengan cara menulis novel betul cerita akan mendatar serta membosankan pembaca Silap hari bulan memang tidak laku novel korang ata...
Akibat Cerita Fitnah Mak Adik Beradik Hilang Hormat Kat Aku Depan Anak Dan Isteri Aku Dihina

Akibat Cerita Fitnah Mak Adik Beradik Hilang Hormat Kat Aku Depan Anak Dan Isteri Aku Dihina

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 226 hits
Akibat cerita rekaan mak adik beradik jadi tak hormat saya Depan anak anak dan isteri saya adik angkat dan Iambung saya ke tanah Tapi mak datang peIuk anak kesayangan dia Itulah kali terakhir saya balik rumah 2 tahun lepas Kisah yang dikong...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri