Mangsa Ribut Terima Bantuan Tunai Rm1 300 Kata Mb Perak


 
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Mohd Zolkafly Harun (kiri) melawat sebuah rumah yang musnah dipukul ribut di Kampung Tawas, di Ipoh hari ini. (Gambar Bernama)IPOH: Penduduk yang mengalami kerosakan rumah akibat ribut dan puting beliung yang melanda beberapa kawasan di sini petang semalam akan menerima bantuan kewangan RM1,300.
Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, setakat ini sebanyak 219 rumah di beberapa kawasan, iaitu di Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya di sini didapati terkesan dengan kejadian ribut yang berlaku pada kira-kira 6 petang, semalam.
“Kerajaan Negeri akan memberi wang ehsan sebanyak RM300 setiap rumah terlebih dahulu pada hari ini dan kontraktor yang efisien juga akan dilantik segera untuk membaiki rumah mereka kerana atap rumah yang diterbangkan angin perlu diganti segera bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk sekiranya hujan.
“Ia perlu diselesaikan secepat mungkin kerana dibimbangi jika hujan turun, maka air hujan menimbulkan kerosakan lebih teruk dalam kawasan rumah. Jadi kita sedang sedaya upaya selesaikan masalah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa melakukan lawatan ke kawasan terjejas yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mastura Mohd Yazid dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Mohd Zolkafly Harun.
Saarani berkata, bantuan wang ihsan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM1,000 akan turut diberikan kepada mangsa dalam masa terdekat.
Sementara itu, Mastura berkata, pihaknya sedang menunggu senarai mangsa dan kediaman yang terbabit daripada Pejabat Daerah Kinta untuk menyalurkan bantuan wang ihsan NADMA dengan segera.
“Pada hari ini, NADMA juga menyampaikan kotak makanan kepada penduduk yang memerlukan bagi mengurangkan bebanan mereka,” katanya.
Kejadian pada kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang dan kerosakan rumah penduduk serta tiang elektrik, namun tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.
Dalam pada itu, Mohd Zolkafly berkata, pemotongan bekalan elektrik telah dilaksanakan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan keselamatan orang ramai dan mengelak perkara yang tidak diingini berikutan tiang elektrik tumbang serta kabel elektrik yang berselirat.
“Bekalan elektrik akan disambung semula di kawasan perumahan dan kampung terbabit apabila kerja baik pulih selesai dijalankan dan penduduk diharap dapat bersabar,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/mangsa-ribut-terima-bantuan-tunai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Terima Lebih 300 Laporan Mangsa Ribut Puting Beliung Di Ipoh

Polis Terima Lebih 300 Laporan Mangsa Ribut Puting Beliung Di Ipoh

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 186 hits
Tiada kecurian harta benda dilaporkan dan pasukan keselamatan berjaya mengawal keadaan susulan kejadian ribut dan puting beliung di Ipoh Perak pada Ahad lepas menurut polis IPOH Polis menasihatkan mangsa kejadian ribut dan puting beliung se...
Sebulan Selepas Banjir Mangsa Di Klang Masih Tunggu Bantuan

Sebulan Selepas Banjir Mangsa Di Klang Masih Tunggu Bantuan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 148 hits
Taman Klang Utama ditenggelami air pada 18 Dis tahun lepas PETALING JAYA Mangsa banjir Loganathan Asaithandy masih menunggu bantuan kerajaan walaupun sudah hampir sebulan air banjir di Taman Klang Utama yang didiaminya surut Hujan yang turu...
Ustaz Ebit Lew Pesan Zink Dari Kl Demi Mangsa Ribut Di Ipoh

Ustaz Ebit Lew Pesan Zink Dari Kl Demi Mangsa Ribut Di Ipoh

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 117 hits
EBIT Lew ketika misi membantu mangsa ribut di Ipoh hari ini IPOH Pendakwah popular Ustaz Ebit Lew memesan zink dari Kuala Lumpur untuk mangsa ribut menggantikan atap rumah mereka yang rosak akibat ribut di beberapa kawasan di sini semalam P...
Pascabanjir Bsmm Akan Agih Dana Bantuan Rm1 2 Juta Dari Geneva

Pascabanjir Bsmm Akan Agih Dana Bantuan Rm1 2 Juta Dari Geneva

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 215 hits
Bulan Sabit Merah Malaysia akan mengagihkan dana bantuan dalam bentuk baucar tunai bernilai kira kira 300 000 Swiss Francs yang dijangka memanfaatkan lebih 2 000 keluarga yang terkesan banjir di negara ini baru baru ini SUBSCR
Ribut Petir Hujan Di Beberapa Kawasan Hingga 6 Feb Kata Metmalaysia

Ribut Petir Hujan Di Beberapa Kawasan Hingga 6 Feb Kata Metmalaysia

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 151 hits
Angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan dalam tempoh 2 hingga 6 Feb menurut MetMalaysia PETALING JAYA Beberapa kawasan sekitar Semenanjung Sarawak dan Sabah dijangka mengalami ribut petir serta ...
Terima Kasih Sukarelawan Bantuan Banjir Vits

Terima Kasih Sukarelawan Bantuan Banjir Vits

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 162 hits
Bencana alam seperti banjir besar yang melanda beberapa negeri sehingga meragut hampir 50 nyawa mengakhiri 2021 yang turut menyaksikan rakyat bersatu hati serta bangkit untuk saling membantu terhadap keluarga mangsa banjir Kesannya ibarat d...
Isu Bantuan Wang Ihsan Ramai Mangsa Banjir Beratur Panjang Kecewa Di Arah Tunggu Sms

Isu Bantuan Wang Ihsan Ramai Mangsa Banjir Beratur Panjang Kecewa Di Arah Tunggu Sms

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 212 hits
KUANTAN Rata rata mangsa banjir yang ditemui di pusat agihan Bantuan Wang Ihsan dekat sini kecewa dengan sistem agihan yang tidak sistematikApa tidaknya agihan bantuan yang sepatutnya berjalan lancar itu masih lagi dicemari dengan insiden i...
Tahun Baharu 2 Hari Lagi Rumah Pula Rosak Mangsa Ribut

Tahun Baharu 2 Hari Lagi Rumah Pula Rosak Mangsa Ribut

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 142 hits
Keadaan rumah yang rosak selepas dilanda ribut sekitar Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai di Ipoh hari ini Foto Bernama Ipoh Ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan termasuk sekitar Kampu...
Mof Maklumkan 97 Peratus Telah Terima Bantuan Banjir

Mof Maklumkan 97 Peratus Telah Terima Bantuan Banjir

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 145 hits
Setakat 19 Januari 2022 97 peratus mangsa banjir gelombang pertama dikenal pasti sudah menerima Bantuan Wang Ihsan yang merupakan sebahagian daripada Pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bernilai hampir RM2 bilion Menteri Kewangan Tengku ...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Ringgit Opens Lower Ahead Of Bnm S Opr Release

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Lirik Lagu Seribu Setia Siti Nordiana

Selamat Jalan Pak Jokpin

Drama Bawah Payung Awan

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Farel Prayoga Feat Fila Delfia Selendang Biru Chord

Jawaban Untuk Frans Donald Dan Buya Syakur Dari Dr Haji M Rakib S H