Mangsa Letupan Gas Di Paya Terubong Meninggal Dunia


Keadaan rumah mangsa yang rosak teruk akibat berlaku letupan pada Ahad lalu.
GEORGETOWN - Mangsa kejadian letupan gas yang berlaku di sebuah rumah di Pangsapuri Desa Green di Paya Terubong dalam kejadian Ahad lalu meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan anak mendiang, Lee Chye Soon, 38 yang memaklumkan ayahnya, Lee Kok Eang, 62 meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 2.30 pagi.

Menurutnya, walaupun sedih dengan kehilangan bapa tersayang, namun mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini doktor yang merawat memberitahu peluang bapanya untuk hidup sangat tipis.

"Selepas dikejarkan ke hospital Ahad lalu, doktor memaklumkan bapa hanya mempunyai peluang satu peratus sahaja untuk hidup berikutan kecederaan dialaminya sangat teruk.

"Keadaannya sangat lemah dan mungkin kerana faktor usia membuatkan bapa tidak mampu untuk melawan kesakitan yang ditanggung," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang warga emas cedera selepas berlaku letupan di rumahnya di Tingkat 20, Desa Green, Jalan Paya Terubong pada Ahad lalu.

Dalam kejadian pada jam 8.10 pagi itu, lelaki berusia 62 tahun itu mengalami kecederaan 80 peratus pada anggota badannya.

Dipercayai kejadian berlaku akibat kebocoran gas memasak yang mana ketika itu, mangsa dikatakan sedang menyalakan api untuk menghisap rokok.

Difahamkan, percikan daripada pemetik api itu menyebabkan ia menyambar gas yang bocor hingga berlakunya letupan kuat.

Chye Soon berkata, sementara waktu dia bersama keluarganya terpaksa menumpang di rumah ibu mentuanya yang tinggal berhampiran kerana rumah didiami sejak 15 tahun lalu itu masih belum dibaiki.

Dia yang bekerja sebagai penjual kereta berharap ada mana-mana pihak yang tampil untuk membantu memperbaiki rumahnya yang rosak teruk akibat kejadian itu.

"Saya berharap ada yang sudi menghulurkan bantuan bagi mempercepatkan pembinaan semula rumah untuk kami duduk selepas ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang ketika dihubungi Sinar Harian berkata. punca kematian mangsa disebabkan kecederaan akibat kebakaran.

Katanya, mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga untuk proses pengebumian.

Kredit Sinar Harian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/08/mangsa-letupan-gas-di-paya-terubong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penuntut Malaysia Di Amerika Meninggal Dunia Selepas Hilang 10 Hari Di Hutan Ohio

Penuntut Malaysia Di Amerika Meninggal Dunia Selepas Hilang 10 Hari Di Hutan Ohio

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 466 hits
The ReporterPenuntut Malaysia di Ohio Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang selama 10 hari ketika mendaki dan berkhemah di kawasan hutan seorang diri dilaporkan meninggal dunia Afifi Hakimi Hussen 23 dikatakan pergi ke hutan tersebut seor...
Mantan Panglima Laskar Jihad Jafar Umar Thalib Meninggal Dunia

Mantan Panglima Laskar Jihad Jafar Umar Thalib Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 497 hits
Ustaz Jafar Umar Thalib pimpinan pesantren Ihyaul Sunnah di Provinsi Papua yang juga mantan panglima Laskar Jihad pernah divonis lima bulan penjara dan enam santrinya divonis enam bulan penjara kasus perusakan barang di kediaman Henock Niki...
Warga Riau Terkena Serpihan Peluru Perwira Polisi Akhirnya Meninggal Dunia

Warga Riau Terkena Serpihan Peluru Perwira Polisi Akhirnya Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 429 hits
Firdaus meninggal dunia akibat perut terkena serpihan dari pistol Kanit Reskrim Polsek Keritang Ipda Hendrizal Ketika itu Hendrizal hendak menangkap Hendri yang mengancam Firdaus dengan pisau
Ingatkan Meninggal Dunia Rupanya Mabuk

Ingatkan Meninggal Dunia Rupanya Mabuk

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 338 hits
AFIQ AL HAFIZ MAT YUSOF 18 Ogos 2019 5 09 PM KUALA LUMPUR Tindakan seorang lelaki memarkir kereta di bahu jalan sebelum berada dalam keadaan tidak sedarkan diri aki
Lelaki Meninggal Dunia Selepas Kejar Teman Wanitanya Yang Lari Kerana Bertengkar

Lelaki Meninggal Dunia Selepas Kejar Teman Wanitanya Yang Lari Kerana Bertengkar

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 338 hits
Lelaki berusia 34 tahun dari Sibu Sarawak Yung Fei Kong dilaporkan bertengkar dengan teman wanita berusia 27 tahun yang kemudian melarikan diri Yung cuba mengejar teman wanitanya yang berkaki ayam itu dari Central Market Sibu ke rumah kedai...
Ipda Erwin Polisi Dibakar Saat Demo Mahasiswa Di Cianjur Meninggal Dunia

Ipda Erwin Polisi Dibakar Saat Demo Mahasiswa Di Cianjur Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 315 hits
Kabar duka datang dari Polri Ipda Erwin Yudha Wildani polisi yang mengamankan aksi unjuk rasa di depan Pendopo Pemkab Cianjur mengembuskan napas terakhir akibat luka bakar yang dideritanya
Bayi Berusia 18 Bulan Meninggal Dunia Setelah Ditimpa Cermin Di Sebuah Kedai Di Lapangan Terbang Jewel Changi

Bayi Berusia 18 Bulan Meninggal Dunia Setelah Ditimpa Cermin Di Sebuah Kedai Di Lapangan Terbang Jewel Changi

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 434 hits
Seorang bayi berusia 18 bulan dilaporkan meninggal dunia setelah ditimpa cermin di sebuah kedai di Lapangan Terbang Jewel Changi menurut polis Dalam satu kenyataan polis mengatakan mereka mendapat panggilan bantuan di di Lapangan Terbang 78...
Seorang Wanita Melecur 50 Peratus Dalam Letupan Tong Gas

Seorang Wanita Melecur 50 Peratus Dalam Letupan Tong Gas

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 302 hits
KUANTAN Seorang wanita berusia 21 tahun melecur 50 peratus dalam letupan tong gas di sebuah rumah di Kota Sultan Ahmad Shah di sini hari ini Dalam kejadian kira kira jam 9 pagi itu wanita tersebut tidak sempat menyelamatkan diri apabila ton...
Sebuah Unit Pangsapuri Di Paya Terubong Meletup

Sebuah Unit Pangsapuri Di Paya Terubong Meletup

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 504 hits
WANITA cedera akibat letupan yang berlaku dalam rumahnya di tingkat 20 Pangsapuri Desa Green Jalan Paya Terubong di Georgetown hari ini Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata pihaknya menerima panggilan 8 16 pagi berhubung k...
Petronas In Talks To Sell Rio Oil Field Stake For Us 1bil

Cuktech Raikan Merdeka 2025 Dengan Inovasi Terkini

Pegawai Polis Terima Rasuah Daripada Warga Asing Ditahan Sprm

Naszkenyang Fardtinted Feat Rushdanwafa Taknak Tahu Chord

United Newcastle Berebut Sesko Harian Metro

Lirik Lagu Biarkan Wani Kayrie

Kebaikan Daun Bidara Rahsia Alam Semula Jadi Yang Ramai Terlepas Pandang

Top Commentators Of July Tahniah Blogger Mohamad Taufik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Air Kelapa Pandan

Pos Malaysia Run 2025 Kembali Jom Laju For Fun Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir Rm10 000

Best Recipe Ground Beef Macaroni Tomato Casserole

I Think I M Too Hard On Myself

A Voice They Should Have Feared

Tak Tahu Nak Gelak Ke Apa