Mangsa Bahan Kimia Meningkat 207 Sehingga Jam 11 Malam Tadi


ISMA WEB SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih ditutup semula

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa pencemaran ekoran pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim, Khamis lalu, meningkat mendadak kepada 207 orang setakat jam 11 malam tadi, susulan gelombang kedua tengah hari tadi.
Pada masa sama, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih, ditutup semula selepas kejadian tengah hari semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, gelombang kedua itu membabitkan majoriti kes pelajar SK dan SMK Taman Pasir Putih.
Beliau berkata, setakat jam 11 malam tadi, 29 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan, manakala 77 mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan 35 daripada mereka ditahan di wad untuk rawatan lanjut.
“Daripada jumlah 35 mangsa ditahan itu, empat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Selepas 16 pesakit daripada gelombang pertama telah dibenar pulang, jumlah terkini yang masih berada di HSI adalah 44 orang (enam di ICU dan 38 orang di wad HSI),” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.


Beliau berkata, daripada jumlah 44 orang di HSI, 11 adalah orang dewasa dan 33 adalah murid sekolah.
Mangsa pencemaran dilaporkan mengalami pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas.
Kedua-dua SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih kini telah ditutup semula.
Khamis lalu, kedua-dua sekolah itu diarahkan tutup berikutan pencemaran udara ekoran pembuangan sisa kimia ke Sungai Kim Kim yang berhampiran oleh pihak tidak bertanggungjawab, dan ia dibuka semula pagi tadi, selepas disahkan selamat, namun pada tengah harinya kejadian sama berulang.
Kira-kira lima jam selepas sesi sekolah bermula ramai pelajar dan guru dari dua sekolah berkenaan mengadu mengalami simptom seperti muntah, loya dan sakit kepala sehingga menyebabkan 61 orang dirawat di HSI sehingga jam 5.30 petang tadi.
Dr Selahuddin menasihati murid dan penduduk tempatan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas dan disyaki terhidu dan terdedah kepada bahan kimia tersebut.
Selain itu, orang ramai diminta menggunakan air terawat untuk aktiviti harian.


“Kerap mandi dan pakaian yang digunakan hendaklah dibasuh berasingan setiap kali keluar dari rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa toksik terkena di anggota badan,” katanya.
Selain itu, beliau meminta orang ramai jangan mendekati atau melakukan aktiviti riadah berdekatan kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
Sementara itu, tiga lelaki termasuk dua pemilik kilang ditahan kerana disyaki membuang sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim, Khamis lepas.
Mereka yang ditahan terdiri daripada pemilik kilang memproses bahan kimia berusia dalam lingkungan 50-an dan pemilik kilang memproses bahan lusuh berusia 40-an bersama pekerjanya berusia 50-an.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Mohammad Ezzani Mat Salleh berkata pemilik kilang memproses bahan kimia itu ditahan petang semalam manakala dua yang lain ditahan pukul 12.30 tengah hari ini.
“Kami tangkap dan serah kepada polis untuk siasatan mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar kilang memproses bahan lusuh yang terletak 500 meter dari lokasi pembuangan sisa itu.


Khamis lalu media melaporkan 1,400 pelajar sekolah SK dan SMK Taman Pasir Putih diarah mengosongkan kawasan sekolah apabila beberapa pelajar mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan selepas terhidu gas dipercayai daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim.
Mohammad Ezzani berkata, pemilik kilang memproses bahan kimia ditahan berdasarkan analisis kimia yang dilakukan JAS manakala seorang lagi pemilik kilang ditahan bersama bahan kimia yang serupa atau sepadan dengan yang dibuang ke sungai itu.
Beliau berkata, kilang memproses bahan kimia di Kulai adalah berdaftar dan pernah disita sebelum ini berikutan pencemaran manakala bagi kilang memproses bahan lusuh di sini, pihak berkuasa tempatan masih dalam proses untuk mendapatkan pengesahan pendaftaran kilang itu.
“Kedua-dua kilang kini disita dari beroperasi…kami akan ambil tindakan, buka kertas siasatan dan pendakwaan di mahkamah. Kalau boleh dalam minggu ni juga…bergantung kepada keputusan Timbalan Pendakwa Raya dan siasatan polis,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di kilang memproses bahan lusuh hari ini mendapati tiada pekerja lain kelihatan manakala keadaan sekeliling terbiar dengan pelbagai barang buangan dijumpai sekeliling syarikat itu. – Bernama

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/mangsa-bahan-kimia-meningkat-207.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahan Kimia Boleh Tersebar Ke Mangsa Ke2 Dr Dzulkefly

Bahan Kimia Boleh Tersebar Ke Mangsa Ke2 Dr Dzulkefly

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 246 hits
Angin kuat yang membawa gas kimia itu ke kawasan awam yang menjejaskan manusia berdekatan Foto BERNAMAPASIR GUDANG Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan kepada semua penduduk Pasir Gudang terutamanya yang berada berhampira...
35 Mangsa Daripada Dua Buah Sekolah Sesak Nafas Pengsan Hidu Bahan Kimia

35 Mangsa Daripada Dua Buah Sekolah Sesak Nafas Pengsan Hidu Bahan Kimia

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 961 hits
Imej via UtusanPASIR GUDANG 7 Mac Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih di sini gempar apabila 35 mangsa terhidu sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim berhampiran sekolah itu h...
Pnbrk Td Membantu Mangsa Dalam Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang

Pnbrk Td Membantu Mangsa Dalam Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 880 hits
CBRNC Nuclear Biological Radiological Chemical Army Centre ataupunPNBRK TD Pusat Nuklear Biologi Radiologi Kimia Tentera Darat di bawah Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja yang berpangkalan di Markas 3 Divisyen Kem Terendak Melaka telah diatu...
Sungguh Pilu Ini 10 Kronologi Trajedi Pencemaran Sisa Buangan Bahan Kimia Pasir Gudang

Sungguh Pilu Ini 10 Kronologi Trajedi Pencemaran Sisa Buangan Bahan Kimia Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 543 hits
Berikut adalah kronologi kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menyebabkan sehingga kini 13 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim Khamis lalu 7 Mac Khamis Pihak pengurus...
Pencemaran Bahan Kimia Lima Lagi Sekolah Ditutup Serta Merta

Pencemaran Bahan Kimia Lima Lagi Sekolah Ditutup Serta Merta

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 354 hits
Astro Awani Kesemua mangsa dibawa ke Dewan Komuniti Pasir Putih untuk menerima rawatan Gambar fail PASIR GUDANG Lagi lima buah sekolah diarah tutup pagi ini susulan terdapat pelajar yang mengalami simptom loya muntah muntah dan pening diper...
Bilangan Mangsa Pencemaran Pasir Gudang Terus Meningkat Setiap Hari

Bilangan Mangsa Pencemaran Pasir Gudang Terus Meningkat Setiap Hari

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 371 hits
PASIR GUDANG Jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan berikutan pencemaran udara akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim di sini meningkat lebih 742 orang sehingga jam 12 tengah hari tadi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sek...
Pencemaran Jas Kesan Empat Bahan Kimia Dalam Sampel Air Sungai Kim Kim

Pencemaran Jas Kesan Empat Bahan Kimia Dalam Sampel Air Sungai Kim Kim

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 668 hits
MOHD IZUAN ROSELI 13 Mac 2019 4 25 PM JOHOR BAHRU Bahan kimia daripada proses penguraian tayar iaitu D Limonene merupakan antara bahan utama yang dikenal pasti ter
Mangsa Pejalan Kaki Wanita Terbabit Kemalangan Di Bukit Padang Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

Mangsa Pejalan Kaki Wanita Terbabit Kemalangan Di Bukit Padang Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 1130 hits
Pejalan kaki wanita meninggal dunia awal pagi tadi akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan di bulatan Tun Fuad Bukit Padang kelmarin Gambar Ihsan BombaKOTA KINABALU Pejalan kaki yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya melibatkan l...
Pencemaran 506 Mangsa Sisa Kimia Direkodkan Hari Ini

Pencemaran 506 Mangsa Sisa Kimia Direkodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 321 hits
13 Mac 2019 9 38 PM JOHOR BAHRU Seramai 506 orang mangsa direkodkan hari ini sahaja berikutan pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir Khamis
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons