Manakah Yang Afdhal Menjaga Wuduk Atau Mengambil Wuduk Baru Untuk Solat Seterusnya


SOALAN
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya yang manakah lebih baik sama ada saya menjaga wuduk sehingga ke solat fardhu seterusnya, contohnya wuduk Zohor dijaga sehingga solat Asar atau afdhal saya mengambil wuduk yang baharu untuk solat berikutnya?
Mohon penjelasan. Terima kasih.
RINGKASAN JAWAPAN
Kesimpulannya, menjaga wuduk dan sentiasa dalam keadaan berwuduk ialah satu perbuatan yang terpuji kerana kita dapat bersedia dan lebih mudah untuk menunaikan ibadah sama ada ibadah fardhu atau sunat. Jika kita menjaga wuduk sehingga ke solat fardhu seterusnya, memadai untuk kita menggunakan wuduk yang sama untuk solat tersebut. Walau bagaimanapun, disunatkan untuk kita memperbaharui wuduk walaupun kita masih lagi dalam keadaan berwuduk kerana ia merupakan sunnah dan kebiasaan yang diamalkan Rasulullah SAW.
Oleh itu, mengambil wuduk baharu bagi solat fardhu adalah lebih afdhal dan lebih baik kerana perbuatan tersebut termasuk dalam kelebihan orang yang banyak berwuduk di dalam hadith. Selain itu, kaedah fiqh menyebutkan bahawa sesiapa yang lebih banyak perbuatan ibadahnya, maka lebih kelebihan dan pahalanya.
WaAllahu a’lam.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Perbuatan memperbaharui wuduk pada setiap kali solat ialah satu perbuatan sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan dila. Di dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada Saidina Anas Bin Malik, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ، قلت: كيف كنتم تصنعون؟ قال: يجزئ أحدنا الوضوء ما لم يحدث
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW berwuduk pada setiap kali solat. Aku bertanya: Bagaimanakah kalian (para sahabat) lakukan? Beliau (Anas RA) menjawab: Pada kami cukup hanya satu wuduk sahaja jika tidak berhadas.
Riwayat al-Bukhari (214) dan al-Baihaqi (761)
Para ulama’ mazhab al-Syafie berbeza pandangan tentang syarat-syarat bagi seseorang untuk disunatkan memperbaharui wuduk. Berkaitan ini Imam al-Nawawi berkata:
قَالَ أَصْحَابُنَا وَيُسْتَحَبُّ تَجْدِيدُ الْوُضُوءِ وَهُوَ أَنْ يَكُونَ عَلَى طَهَارَةٍ ثُمَّ يَتَطَهَّرَ ثَانِيًا مِنْ غَيْرِ حَدَثٍ وَفِي شَرْطِ اسْتِحْبَابِ التَّجْدِيدِ أَوْجُهٌ أَحَدُهَا أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ لِمَنْ صَلَّى بِهِ صَلَاةً سَوَاءٌ كَانَتْ فَرِيضَةً أَوْ نَافِلَةً وَالثَّانِي لَا يُسْتَحَبُّ إِلَّا لِمَنْ صَلَّى فَرِيضَةً وَالثَّالِثُ يُسْتَحَبُّ لِمَنْ فَعَلَ بِهِ مَا لَا يَجُوزُ إِلَّا بِطَهَارَةٍ كَمَسِّ الْمُصْحَفِ وَسُجُودِ التِّلَاوَةِ وَالرَّابِعُ يُسْتَحَبُّ وَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ بِهِ شَيْئًا أَصْلًا بِشَرْطِ أَنْ يَتَخَلَّلَ بَيْنَ التَّجْدِيدِ وَالْوُضُوءِ زَمَنٌ يَقَعُ بِمِثْلِهِ تَفْرِيقٌ
Maksudnya: Para ulama’ mazhab kami (al-Syafie) berpandangan disunatkan untuk memperbaharui (tajdid) wuduk iaitu seseorang yang sudah berada dalam keadaan suci (daripada hadas) kemudian dia berwuduk buat kali kedua tanpa sebab hadas. Terdapat beberapa pandangan tentang syarat-syarat memperbaharui wuduk: Pertama, disunatkan (tajdid wuduk) bagi sesiapa yang telah mendirikan satu solat sama ada solat yang fardhu atau sunat. Kedua, tidak disunatkan kecuali bagi sesiapa yang mendirikan solat fardhu sahaja. Ketiga, disunatkan bagi sesiapa yang ingin melakukan sesuatu perbuatan yang tidak sah kecuali dengan bersuci seperti memegang mushaf al-Quran dan sujud tilawah. Keempat, disunat walaupun tidak melakukan apa-apa (ibadah yang memerlukan wuduk) dengan syarat hendaklah disenggangkan waktu antara berwuduk dan perbuatan memperbaharui wuduk itu dengan satu kadar waktu yang sama dengan perbuatan mengambil wuduk sebagai satu pemisah. [1] (Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 3:177)
Manakala di dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, beliau menyebut pandangan yang sahih di dalam mazhab al-Syafie dengan berkata:
اتَّفَقَ أَصْحَابُنَا عَلَى اسْتِحْبَابِ تَجْدِيدِ الْوُضُوءِ وَهُوَ أَنْ يَكُونَ عَلَى وُضُوءٍ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يُحْدِثَ وَمَتَى يُسْتَحَبُّ: فِيهِ خَمْسَةُ أَوْجُهٍ أَصَحُّهَا إنْ صَلَّى بالوضوء الاول فرضا أو نفلا استحب والا فلا وَبِهِ قَطَعَ الْبَغَوِيّ
Maksudnya: Para ulama mazhab kami (al-Syafie) bersepakat tentang sunat untuk memperbaharui wuduk iaitu seseorang yang sudah berwuduk kemudian dia berwuduk sekali lagi tanpa disebabkan oleh hadas. Bilakah ia disunat? Terdapat lima pandangan. Pandangan yang paling sahih ialah jika sekiranya dia solat dengan wuduk yang pertama sama ada solat fardhu atau sunat, maka disunatkan (memperbaharui wuduk). Jika tidak (solat fardhu atau sunat), maka tidak disunatkan.[2] (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 1:469)
Berdasarkan nas di atas, memperbaharui wuduk bukanlah satu perkara yang wajib, bahkan sunat sahaja. Oleh itu, memadai dengan menggunakan wuduk yang sama untuk solat yang berikut dan begitulah seterusnya selagimana wuduk tersebut tidak batal. Kita dituntut untuk menjaga wuduk supaya dapat bersedia dan lebih mudah untuk melaksanakan ibadah sama ada ibadah fardhu atau sunat.
Namun begitu, jika kita masih dalam keadaan berwuduk pada solat yang seterusnya, kita disunatkan untuk memperbaharui wuduk bagi solat tersebut. Walau bagaimanapun, perbuatan memperbaharui yang disunatkan pada perkara yang tidak membawa kepada memberat-beratkan seperti berwuduk setiap kali solat fardhu dan solat sunat yang hampir waktunya.
Sesungguhnya perbuatan sentiasa memperbaharui wuduk ini merupakan sunnah Rasulullah SAW. Baginda SAW berwuduk setiap kali solat walaupun Baginda SAW berada dalam berwuduk dan suci dari hadas sebelumnya. Baginda SAW juga banyak menyebutkan tentang kelebihan-kelebihan orang yang sentiasa berwuduk, antaranya ialah sabda Baginda SAW:
إِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ أَوْ الْمُؤْمِنُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَ مِنْ يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنْ الذُّنُوبِ
Maksudnya: Apabila seseorang muslim atau mukmin mengambil wuduk, lalu dia membasuh wajahnya, maka keluarlah daripada wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua tangannya, maka keluarlah daripada kedua-dua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh tangannya itu bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua belah kakinya, maka keluarlah daripada kedua-dua kakinya itu setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir, sehinggalah dia selesai berwuduk dalam keadaan bersih daripada dosa-dosa.
Riwayat Muslim: 360
Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kesimpulannya perbuatan mengambil wuduk yang baharu adalah lebih afdhal dan lebih baik kerana seseorang akan melakukan perbuatan mengambil wuduk dengan lebih banyak. Hal ini kerana sesiapa yang lebih banyak perbuatan ibadahnya, maka lebihnya kelebihan dan pahalanya berdasarkan kepada kaedah fiqh menyebutkan:
مَا كَانَ أَكْثَرَ فِعْلًا أَكْثَرَ فَضْلًا
Maksudnya: Sesuatu yang lebih banyak perbuatannya, maka lebih banyak kelebihannya.
WaAllahu a’lam.
RUJUKAN
[1] Al-Nawawi, Yahya Ibn Syaraf, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Dar al-Ihya’ al-Turath, Beirut, jld. 3, hlmn. 177.
[2] Al-Nawawi, Yahya Ibn Syarah, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Dar al-Fikr, jld. 1, hlmn. 469
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Manakah yang Afdhal, Menjaga Wuduk atau Mengambil Wuduk Baru untuk Solat Seterusnya? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/manakah-yang-afdhal-menjaga-wuduk-atau-mengambil-wuduk-baru-untuk-solat-seterusnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Normal Kalau Bayi Baru Lahir Gayat Atau Dipanggil Refleks Moro Tapi Kalau Lebih 6 Bulan Kena Jumpa Doktor

Normal Kalau Bayi Baru Lahir Gayat Atau Dipanggil Refleks Moro Tapi Kalau Lebih 6 Bulan Kena Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 291 hits
Bagi ibu bapa yang baru menimang anak kecil pasti anda sering risau dan peka akan setiap pergerakan dan tingkah laku si manja anda Kadangkala anda semestinya bingung melihat bayi menggigil tersentak ketika tidur dan sebagainya Usah bingung ...
Cara Kira Mula Puasa Atau Solat Selepas Haid

Cara Kira Mula Puasa Atau Solat Selepas Haid

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 3679 hits
Cara Kira Mula Puasa Atau Solat Selepas Haid Ini topik yang menarik mudah difahami dan amat bermanfaat buat kita semua Diharap kita semua dapat membuat rujukan terhadap apa yang dikongsikan dan memperbaiki diri menjadi lebih baik dari sebel...
Hiburan Dia Nampak Je Bodoh Bodoh Tapi Pu Rahmat Dedah Atu Zero Seorang Yang Sangat Menjaga Solat

Hiburan Dia Nampak Je Bodoh Bodoh Tapi Pu Rahmat Dedah Atu Zero Seorang Yang Sangat Menjaga Solat

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 280 hits
Pencetus Ummah Rahmat menerusi satu hantaran di Instagramnya mendedahkan mengenai sikap pelawak Atu Zero yang sangat baik dan perlu diambil iktibar View this post on InstagramAdvertisementMenurut PU Rahmat Atu atau nama sebenarnya Sharid Ku...
Kekuningan Atau Jaundice Pada Bayi Baru Lahir

Kekuningan Atau Jaundice Pada Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 486 hits
Assalamualaikum semua Apa itu jaundice Jaundice adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah Jaundice pada bayi adalah jaundice yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi ...
Unggulkan Akses Transportasi Grand Wisata Hadir Sebagai Kota Baru Di Timur Jakarta

Unggulkan Akses Transportasi Grand Wisata Hadir Sebagai Kota Baru Di Timur Jakarta

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 313 hits
Sinar Mas Land tengah menjadikan kota mandiri Grand Wisata Bekasi layaknya kota mandiri BSD
Dah Melantak Separuh Pinggan Baru Perasan Tersilap Majlis Kahwin

Dah Melantak Separuh Pinggan Baru Perasan Tersilap Majlis Kahwin

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 226 hits
MAJLIS sosial seperti majlis perkahwinan kini dibenarkan untuk diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard Antara kita selalunya dijemput untuk menghadiri dan menyaksikan kenalan mahupun saudara mara bergelar Raja Sehari termasuk ya...
Ketayap Ataih Kepala Pun Dok Putaq Cakap Putaq Kepala Baru Hang Tau

Ketayap Ataih Kepala Pun Dok Putaq Cakap Putaq Kepala Baru Hang Tau

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 183 hits
Pelaburan masuk ke Kedah RM68 billion adalah berita palsu Nurul Amin perlu disiasatMarch 17 2021 Ada yg bertanya betul ke angka pelaburan yg masuk ke kedah sebesar 68bilion Angka itu disebut oleh Nurul Amin Hamid Sy jengok fb beliau memang ...
Susah Jadi Pembersih Ni Baru Setahun Dah Pandai Gelagat Anak Yatt Hamzah Buat Wargamaya Terhibur

Susah Jadi Pembersih Ni Baru Setahun Dah Pandai Gelagat Anak Yatt Hamzah Buat Wargamaya Terhibur

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 290 hits
Bukan setakat mengikut arahan bahkan anak kita bila dia mula faham tentang satu satu perkara dia akan menjadikannya sebagai rutin dengan kerap Hal yang sama turut dilalui oleh pelakon Yatt Hamzah yang berkongsi kisah anak kecilnya yang amat...
Hiburan Kau Hado Baru Sambutan Geli Geli Ds Vida Rai Hari Jadi Kacak Di Butik Mewah

Hiburan Kau Hado Baru Sambutan Geli Geli Ds Vida Rai Hari Jadi Kacak Di Butik Mewah

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 286 hits
Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida baru baru ini ada membuat kecoh di sebuah butik mewah yang terletak di Pavillion Kuala Lumpur ternyata telah menarik perhatian warga net Manakan tidaknya DSV dilaporkan telah membuat sebuah kejutan...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach