Mana Susu Kotak 1malaysia Untuk Murid Miskin


Anne MuhammadDiterbitkan 8 Nov 2018, 5:03 petang

Semasa Belanjawan 2018 dibentangkan kerajaan BN memperuntukkan RM299 juta untuk pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang di dalamnya ada Program Susu 1Malaysia (PS1M).

Bagaimanapun, setahun berlalu namun skim PS1M yang sepatutnya berjalan sejak Jan lalu - kerana mempunyai peruntukan di bawah Belanjawan 2018 dibentangkan BN - tidak diketahui kedudukannya.

Setakat ini belum ada susu kotak di bawah skim berkenaan kelihatan untuk dibekalkan kepada murid miskin pada tahun ini.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock berkata sepatutnya selepas ia diumumkan dalam Belanjawan 2018 susu tersebut dibekalkan kepada pihak sekolah mulai awal tahun ini.

Bagaimanapun, kata Tan, apabila disemak skim PS1M itu beliau tidak dapat memastikan status sebenar skim berkenaan.

“Dan kami sangat terkejut kenapa program yang baik dihentikan tanpa apa-apa maklumat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Menurut penolong kanan hal ehwal murid dan hal ehwal pelajar (di sekolah-sekolah) mereka difahamkan memang (bekalan) tak ada (sejak awal tahun)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Ibu bapa isi borang

Menurut Tan lazimnya Belanjawan 2018 yang dibentangkan BN dulu, memang sudah ada dana khusus yang diperuntukkan bagi melaksanakan skim berkenaan.

“Kalau ikut logiknya, begitulah,” katanya.

PS1M yang dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah (PSS) dimulakan sejak 1983.

Ia merupakan sebahagian daripada RMT yang bertujuan untuk menggalakkan amalan meminum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah.

Dalam Bajet 2018 dibentangkan Datuk Seri Najib Razak kerajaannya mengeluarkan peruntukan sebanyak RM299 juta untuk RMT tersebut.

Untuk rekod, program RMT bagi tahun ini tetap diteruskan namun susu di bawah skim PS1M tidak diedarkan.
Tan Huat HockMenurut Tan lagi, susu berkenaan seharusnya diedarkan ke sekolah melalui dua fasa iaitu pada Mac dan Jun bagi memenuhi keperluan murid dalam tempoh setahun

“Mengikut prosedur, guru-guru kena beri borang kepada ibu bapa untuk meminta persetujuan pada awal tahun dan susu diedarkan pada Mac.

"Bagaimanapun sejak awal tahun ini sekolah tidak menerima susu kotak tersebut. Memang ia tidak ada sebelum 9 Mei lagi," katanya merujuk kepada tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Menurut Tan murid yang menerima bantuan susu kotak itu terdiri daripada mereka yang daif dan biasanya kekurangan khasiat.

“Saya pun hairan, jadi saya minta kementerian periksa ada di mana susu anak-anak daif ini,” katanya.

Lewat atau sudah henti

Pada Okt 2017 media melaporkan timbalan menteri pendidikan era BN Datuk P Kamalanathan berkata, kementeriannya membelanjakan RM49.3 juta untuk tempoh Julai hingga Disember bagi menjayakan PS1M yang memanfaatkan 757,439 murid tahun satu hingga tahun enam di 7,780 sekolah rendah seluruh negara.

Malah, katanya, kementerian itu juga turut menilai untuk memperluaskan program berkenaan kepada pelajar sekolah menengah.

Sementara itu, Tan berkata beliau dimaklumkan ada syarikat pengedar susu terkemuka menawarkan jualan susu di sekolah-sekolah.

Malangnya kata Tan ia perlu dibeli sendiri oleh murid dan harganya lebih tinggi berbanding harga pasaran.

“Dan mereka (pihak sekolah) dapati harga yang diberikan lebih tinggi dari harga pasaran, jadi sekolah tak usahakan (menerima tawaran jualan tersebut),” katanya.

Justeru NUTP menggesa pihak berwajib memberi maklum balas segera berhubung perkara berkenaan kerana ia melibatkan isu nutrisi di kalangan murid-murid.

“NUTP pun nak tahu kenapa ia program yang baik tapi susu tak diedarkan.

"Kita nak tahu adakah ia lewat, dihentikan atau bagaimana?

"Apa sebabnya kerana guru-guru, ibu bapa ada membangkitkan isu ini kepada NUTP juga," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi Kementerian Pendidikan yang kini diketuai Dr Maszlee Malik dan sedang menunggu maklum balas daripadanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/mana-susu-kotak-1malaysia-untuk-murid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1malaysia 2018 Rm100 Kepada Setiap Murid Yang Layak

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1malaysia 2018 Rm100 Kepada Setiap Murid Yang Layak

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 356 hits
BKAP1M membabitkan bantuan RM100 yang akan dimanfaatkan oleh 3 2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima Pemberian BKAP1M walau bagaimanapun hanya layak untuk isi rumah berpendapatan RM3 000 ke bawah sahaja BKAP1M bertujuan meringankan ...
Teh Susu Antara Nikmat Dan Khasiat Mana Yang Anda Pilih

Teh Susu Antara Nikmat Dan Khasiat Mana Yang Anda Pilih

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 471 hits
Salam jumpa kembali sobat online NinixNews semua semoga kalian tetap sehat dan bersemangat menghadapi hari Cukup lama blog ini tidak admin update karena beberapa kesibukan di dunia nyata yang cukup menyita waktu dan alhamdulillah kali ini m...
Salah Bancuh Susu Cuci Simpan Botol Susu Anak Boleh Jatuh Sakit 10 Tips Ini Sangat Penting

Salah Bancuh Susu Cuci Simpan Botol Susu Anak Boleh Jatuh Sakit 10 Tips Ini Sangat Penting

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 543 hits
Botol susu adalah peralatan yang sering digunakan untuk bayi dan kanak kanak kecil menikmati susu sama ada susu ibu perahan atau susu formula Ibu bapa perlu peka pengendalian botol susu dan cara bancuh susu yang salah boleh mengundang mudar...
Berbagai Barang Yang Harus Ada Di Kotak P3k Anda

Berbagai Barang Yang Harus Ada Di Kotak P3k Anda

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 271 hits
Saat berada di rumah atau di kendaraa kotak p3k merupakan salah satu hal yang wajib hadir Karena barang barang yang ada di kotak tersebut dapat membantu Anda untuk mengatasi kondisi darurat seperti luka atau penyakit lainnya Tapi apa sajaka...
Mulakan Pagi Dengan Susu Dutch Lady Strongstart Breakfast Challenge

Mulakan Pagi Dengan Susu Dutch Lady Strongstart Breakfast Challenge

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 689 hits
Assalamulaikum hi korang Pagi tadi breakfast makan apa je Tepuk tangan sikit bagi anda yang tak lupa makan sarapan pagi Btw minggu ni ada minum susu tak waktu breakfast Ke dah lama tak minum susu Tahu tak sebenarnya banyak kebaikan yang bol...
5 Mitos Tentang Penyusuan Susu Ibu Yang Anda Perlu Tahu

5 Mitos Tentang Penyusuan Susu Ibu Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 309 hits
Kita semua tahu bahawa penyusuan susu ibu adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk melindungi dan meningkatkan kadar kesihatan dan kelangsungan hidup kanak kanak Di samping menjadi satu sumber pemakanan susu ibu juga memainkan pera...
Minum Susu 10 Botol Sehari Lebih 20 Kali Buang Air Besar Hingga Berdarah Ibu Trauma Usus Anak Luka

Minum Susu 10 Botol Sehari Lebih 20 Kali Buang Air Besar Hingga Berdarah Ibu Trauma Usus Anak Luka

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 815 hits
Biasanya ramai ibu ibu kalau anak minum banyak susu tak makan pun tak kisah Ini antara tanggapan yang salah sama sekali Perlu diingatkan bila anak dah mula boleh makan seimbangkan pemakanan anak dengan minum susu Paling penting anak umur 2 ...
Bersarapan Pagi Bersama Susu No 1 Dutch Lady Purefarm Yang Kaya Dengan Protein

Bersarapan Pagi Bersama Susu No 1 Dutch Lady Purefarm Yang Kaya Dengan Protein

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 613 hits
Setiap pagi pastinya kita akan bersarapan bukan Agak agaknya apakah sarapan uoll pagi ni ataupun tak amik sarapan pagi langsung Kalau Seri Wangi sarapan pagi itu perlu agar perut tidak kosong lebih lebih lagi kalau uoll seorang yang bekerja...
Selepas Mereka Berjaya Jumpa Kotak Hitam Lion Air Tiba Tiba Mereka Ternampak 1 Objek Yang Besar Dan Bulat

Selepas Mereka Berjaya Jumpa Kotak Hitam Lion Air Tiba Tiba Mereka Ternampak 1 Objek Yang Besar Dan Bulat

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1002 hits
Selepas Mereka Berjaya Jumpa Kotak Hitam Lion Air Tiba Tiba Mereka Ternampak 1 Objek Yang Besar Dan BulatSelepas Mereka Berjaya Jumpa Kotak Hitam Lion Air Tiba Tiba Mereka Ternampak 1 Objek Yang Besar Dan Bulat
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Kempen Ramadan Dan Raya 2024 Kuskop Mari Beli Lokal Kembali Lagi

Sustainable And Ethical Practices

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024

Aktiviti Majlis Perasmian Richiamo Mart Dan Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo 2024 Ppim 05 05 2024

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Ditahan Direman Hari Ini

Kita Berada Di Dalam Kubur Lebih Lama Daripada Hidup Di Atas Dunia