Ucapan Muktamar Pas Hadi Pesongkan Sejarah


 

Besar hati umat Islam mendengar ucapan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang merumuskan bahawa “Islam Menyatukan Ummah” ketika merasmikan Muktamar ke-67 parti itu semalam.
Hadi bercakap mengikut fakta dan keyakinan bahawa Islam mempunyai solusi pada semua masalah manusia, termasuk dalam bidang kepakaran beliau iaitu politik. Hujah-hujah Al-Quran dan hadis yang ditukilnya memang tepat dan sahih.
Nampaknya tidak sia-sialah usaha 46 orang wakil Bahagian Agama Umno pada 21 hingga 23 Februari 1950 di Kelab Melayu Muar, Johor yang diketuai oleh Haji Ahmad Fuad Hassan. Kini, nampaknya, kata Hadi, sudah mula berhasil.Terima kasih Umno.
Mesyuarat yang digelar Persidangan Alim Ulamak itu diadakan dua kali lagi pada tahun berikutnya untuk menukar namanya menjadi Kongres Alim Ulamak dan kemudian Persatuan Ulamak se-Tanah Melayu. Lanjutan inisiatif ini membentuk Parti Islam seMalaysia (PAS).
Cakap Hadi memang benar. PAS sekarang sudah menjadi “king maker” dalam politik Malaysia. Dengan kuasa 18 ahli Dewan Rakyat sahaja, ia boleh menentukan siapa dan parti mana boleh atau tidak boleh memerintah.
Lantas Hadi pun menggariskan ini boleh berlaku berpaksi pada empat prinsip – Adil pada semua; Satu Keluarga; Islam Memimpin, dan, peranan PAS sebagai Pendamai. Hadi juga sempat menyerlahkan “Halatuju kerajaan Perikatan Nasional (PN)” yang dipelopori PAS.
Seraya itu, Hadi juga mengumumkan tawaran PAS kepada sekutu-sekutu PN – membina integriti Negara dan Rakyat bersilangan konsep mahu membina Negara Berkebajikan.
Lebih besar daripada itu PAS menawarkan menyuntik Pendidikan Politik pada anak muda menjelang pelaksanaan konsep Undi 18 dan Penyatuan Ummah di peringkat antarabangsa.
Hujah ucapan Hadi bersandarkan 32 potong ayat Al-Quran dan dua kerat hadis. Memang demikian tonggak pemikiran politik Islam maka hal ini tidak harus dipertikaikan mesejnya.
Namun ketepatan dan kewajarannya ayat-ayat Al-Quran ini di segi kronologi keberlakuan (event) politiknya boleh dipertikaikan. Misalnya, apabila Hadi memaparkan ayat yang kononnya mengizinkan fungsi PAS sebagai “Pendamai” di antara Umno dan Bersatu – ayat 9 Al-Hujurat menyebut:
“Dan jika dua puak daripada orang-orang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh, maka damaikanlah keduanya dengan adil(menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kalian (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”
Umum tahu Bersatu lahir daripada tulang rusuk Umno sama seperti PAS kira-kira 50 tahun lalu. Presiden Bersatu adalah mantan Timbalan Presiden Umno, Mahiaddin Yassin yang dipecat daripada Umno. Tempat beliau diganti oleh Presiden Umno hari ini, Ahmad Zahid Hamidi.
Tidak sukar menduga dendam kesumat politik di antara dua presiden ini. Kronologi politik menunjukkan bahawa dengan bantuan bekas bos Umno dan Pengerusi Bersatu iaitu Dr Mahathir Mohamad, Bersatu menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokrasi (DAP).
Maka buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia Umno jadi pembangkang. Maka tampillah PAS, bak kata Hadi, idea kekalkan kerajaan Melayu-Islam di antara Umno dan PAS dipayungi jenama Muafakat Nasional (MN).
Kemudian Hadi dan konco-konco PAS meluaskan tema kerajaan Melayu dan Islam di bawah slogan Perikatan Nasional (PN) dengan menggabungkan PAS, Umno dan Bersatu dalam kerajaan pimpinan PN.
Umum juga tahu kudis di antara Umno dan Bersatu masih belum betah. Namun PAS kini mahu mengambil kredit sebagai pendamai. Malangnya, masalah Umno dan PAS ini terkait rapat dengan ayat 9 Al-Hujurat yang disebut Hadi dalam ucapannya.
Persoalannya: Siapa menganiaya siapa? Zahid Hamidi berkali-kali mengatakan bahawa Umno dikhianati. Siapakah pengkhianat ini? Adakah ia Bersatu yang mempunyai DNA atau benih Umno? Atau, mungkinkah yang dimaksudkan Umno itu ialah PAS?
Jika demikian tidakkah PAS melanggar prinsip Al-Quran yang dibacakan Hadi itu? Yang memburukkan keadaan ialah PAS kemudian berunding dengan Bersatu tanpa kehadiran Umno menentukan calon-calon PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Kesian Umno.
Tiga puluh ayat Al-Quran lain yang ditukil Hadi dalam pembukaan Muktamar PAS memberi latar belakang dan rasional berpolitik termasuk menjaga solat, taqwa, zakat dan seumpamanya. Itu baik.
Lantas, yang menjadi isu ialah jika Bersatu, Umno dan PAS mengaku parti Islam-Melayu, mana mungkin Bersatu menganiaya Umno tetapi PAS tidak berusaha “menghukum” Bersatu menurut perintah ayat 9 surah Al-Hujurat?
Firman Allah dijadikan hujah politik. Jika ditimbang tawaran PAS kepada Bersatu dan Umno ia kelihatan seolah PAS bukan sahaja memperjuangkan hak kuasa rakyat Melayu-Islam tetapi lebih merapati sifir PAS mahu menjadi nakhoda PN dan bukan sekadar pendamai.
Sehubungan itu, bilakah dan mengapa Hadi tidak menawarkan“kePerikatanan” PAS kepada Parti Amanah Negara (PAN)? Bukankah PAN pun lahir tulang rusuk PAS?
Baik Umno mahupun Bersatu dan PAS, masing-masing ditunjangi ajaran Islam dan kepentingan Melayu. Ketiga-tiga parti berkenaan dipimpin oleh presiden yang mendapat pendedahan Islam. Sewajarnyalah mereka berani dan ikhlas menterjemahkan konsep Satu Keluarga Malaysia dengan jujur.
Usahlah nafsu untuk berkuasa menjadikan mereka bermuafakat dan berPerikatan dalam dosa menyalahgunakan ayat-ayat Quran. Janganlah izinkan diri berperangai seperti orang gila talak.
Umno macam gila mahu kembali berkuasa mutlak; Bersatu (Mahiaddin bersama bekas ahli Umno yang melompat parti) pula mahu berkuasa seperti selepas menjatuhkan kerajaan PH melalui konspirasi Langkah Sheraton.
Langkah pertama doktrin PN sendiri bertentangan dengan Islam kerana bahawasanya kerajaan Melayu-Islam adalah ditiup oleh iblis kerana itu adalah roh assabiyah sempit. Bukankah jika mahu mewujudkan semangat satu Keluarga Malaysia, DAP yang dikatakan cauvinis Cina harus dilibatkan sama?
Tidakkah cara demikian serasi dengan perjuangan dan pendekatan Rasulullah s.a.w yang bersama bukan Islam untuk menandatangani Piagam Madinah? Bukankah pendekatan pernah dicuba dan dan berhasil menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/ucapan-muktamar-pas-hadi-pesongkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Status Quo Pas Muktamar

Status Quo Pas Muktamar

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 208 hits
The results are in for the 67th PAS muktamar held in Kuala Terengganu over the past few days They feature the return of incumbents in senior leadership positions and familiar seasoned faces in the party s central leadership working committe...
Selesai Muktamar Ke Mana Hala Tuju Pas

Selesai Muktamar Ke Mana Hala Tuju Pas

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 115 hits
N Faizal GhazaliTidak ada banyak perkara yang luar biasa terjadi sepanjang Muktamar PAS ke 67 yang berakhir Ahad lalu di Kuala Terengganu Hanya berlaku sedikit perubahan kecil tetapi harus tidak dipandang sebelah mata Ia bersangkut dengan h...
Mana Suara Hadi Awang Lepas Dapat Tan Sri Nama Arak Kekal Timah Hadi Awang Dan Pimpinan Pas Jangan Tidur

Mana Suara Hadi Awang Lepas Dapat Tan Sri Nama Arak Kekal Timah Hadi Awang Dan Pimpinan Pas Jangan Tidur

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 228 hits
Panas Kabinet setuju nama arak Timah kekal Menteri Pas bersubahatNovember 14 2021 Kerajaan bersetuju membenarkan arak keluaran tempatan Timah mengekalkan namanya kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta L...
Hadi Pas To Stay With Perikatan And Muafakat For Ge15 Any Proposals For New Alliances Must Be Nipped In Bud

Hadi Pas To Stay With Perikatan And Muafakat For Ge15 Any Proposals For New Alliances Must Be Nipped In Bud

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 237 hits
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said today the Islamist party will stay with Perikatan Nasional as well as enhancing their ties with Umno through Muafakat Nasional for the 15th general election In his policy speech for PAS 67th Mu...
Hadi Pas Is A Kingmaker Muafakat Not A Closed Charter

Hadi Pas Is A Kingmaker Muafakat Not A Closed Charter

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 234 hits
MUKTAMAR PAS president Abdul Hadi Awang said his party became a kingmaker by joining both Muafakat Nasional and Perikatan Nasional Hadi said this in the opening of his policy speech at the 67th PAS Muktamar in Kuala Terengganu today Let us ...
Abdul Hadi Returned Unopposed As Pas President

Abdul Hadi Returned Unopposed As Pas President

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 210 hits
Datuk Seri Abdul Hadi Awang KUALA TERENGGANU Datuk Seri Abdul Hadi Awang was returned unopposed as PAS president at the 67th PAS Muktamar for the 2021 2023 term PAS secretary general Datuk Seri Takiyuddin Hassan said Da
Selepas 12 Tahun Sakit Hati Ulama Pas Tersenyum Dituduh Berkomplot Lawan Hadi

Selepas 12 Tahun Sakit Hati Ulama Pas Tersenyum Dituduh Berkomplot Lawan Hadi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 279 hits
Oleh FAZLI RADZI November 9 2021 Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Mokhtar Senik memberitahu dia masih mampu tersenyum apabila dikaitkan dengan komplot menyanggahi Presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mokhtar yang juga Ahli Jawatan...
Warganet Sekolahkan Hadi Selepas Veteran Pas Diseru Berjuang

Warganet Sekolahkan Hadi Selepas Veteran Pas Diseru Berjuang

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 191 hits
FAZLI RADZIRata rata warganet mengkritik kepimpinan Pas pada masa ini susulan seruan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar veteran Pas Assabiqun berperanan dalam perjuangan Bagi pengguna Facebook Manaf Selasih Muslim yang baik...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Hadiah Hari Guru

Deep Bowl Glass Pipes A Versatile Choice For Smoking Concentrates

Igaming Games Vendor United Kingdom Adapting To The Evolving Digital Landscape

Pengampunan Najib Mencetus Krisis Perlembagaan



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Adik Wanie Feat Adam Zbp Dudo Sengat Jando Chord

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Suspect Family Kept To Themselves In Commune Say Nearby Residents

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus