Mana Silapnya Tak Sanggup Dengar Anak 6 Tahun Menangis Sambil Panggil Mama B


Bergetar hati ini saat mendengar panggilan anak kecil pada ibunya. Bukan apa perkataan yang tak patut disebut itu keluar dengan mudah sekali dalam keadaan anak itu menangis.
“Mama babi!”
Telinga ini menangkap suara itu. Cepat-cepat aku kucup dahi dan peluk erat anak lelaki bongsuku.
“Cepat masuk Ihsaan, nanti cikgu marah”
Aku memberi arahan segera. Risau aku dia akan menyoal apa yang telah dia dengar tadi.
“Mama anjing! Mama babi sangat!”

Terus aku palingkan muka melihat siapakah pemilik suara comel itu. Seorang budak lelaki sama usianya dengan anak aku, Ihsaan.
Budak lelaki enam tahun yang aku perhatikan setiap hari menangis apabila ibunya meninggalkannya di sekolah.
Dia akan menangis sambil memaki hamun ibunya di balik pagar sekolah.
“Awak kata apa tadi? Cakap benda tak elok ye?” tegur guru pra sekolah tersebut.
“Masuk!” arah guru tersebut.
Tangisan anak kecil itu makin kuat kedengaran, tetapi masih tidak berganjak. Aku hanyunkan langkah kaki, melintas di hadapan anak tersebut. Aku hadiahkan senyuman.
“Nak mama!” Aku merendahkan tubuh.
“Masuk dulu, nanti mama datang ambil ye. Jangan macam ni, jangan cakap macam tu kat mama”
Anak ini masih berdegil. Aku perhatikan, pintu pagar sekolah sudah di tutup. Gurunya pula sudah mula masuk ke dalam kelas.
Aku tinggalkan anak itu sendirian. Aku kira lama mana anak begini mahu tunjuk kedegilannya, dia pasti akan masuk ke dalam kelas juga.

Dalam perjalanan pulang, aku sempat memikirkan bagaimana anak yang baru berusia enam tahun boleh mengeluarkan perkataan begitu.
Arghh, buat hairan pula. Aku tersenyum. Lantas, kenangan zaman kecilku pula berlegar di dalam fikiran.
“Hah, rasa kan. Pedaih kan? Padan muka hang!” Segengam cili api di tangan mak tadi sudah masuk ke dalam mulut. Pijarnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku menepuk-nepuk mulut yang kepedasan.
“Ha, cakaplah lagi! Aku nak dengaq!” tangannya di cekakkan di pinggang.
“Tak mau dah. Along tak kata dah!” Aku menggogoi. Bibir yang tadi sedap melafazkan perkataan BODOH kepada emak kini sudah menerima akibatnya.
Itulah kali pertama dan terakhir perkataan itu ditujukan kepada emak. Masih terasa pijarnya cili api kampung yang kecil dan bewarna hijau itu di bibirku.

Itu baru perkataan bodoh. Bukan perkataan mencarut yang lain. Huh. Tak dapat dibayangkan.
Kenangan itu beralih kepada gambaran wajah anak yang menangis di sekolah tadi. Perkataan yang aku kira sangat tidak patut diucapkan oleh seorang anak terhadap ibunya.
Anak kecil begini mereka sebenarnya tidak tahu pun apa yang mereka cakap. Kadang mereka hanya mengikut apa yang telah mereka dengar dari perbualan seharian dirumah atau di sekitar mereka.
Jadi, sebagai ibu bapa kita merupakan contoh terdekat untuk anak-anak. Jangan sesekali menggunakan perkataan yang tidak baik dihadapan anak-anak.

Kedua, anak-anak perlu diajar mana perkataan yang baik dan mana perkataan yang buruk serta salah dan membawa kepada dosa. Tegaskan apa yang mereka cakap itu adalah berdosa.
Jika tidak diajar bahawa mencarut adalah perbuatan yang salah sejak dari kecil, bimbang jika bila anak-anak telah meningkat remaja, mencarut menjadi zikir harian di bibir.
Ketiga, jangan bertoleransi dengan anak-anak yang mencarut. Kenakan hukuman agar mereka tahu itu adalah akibat dari apa yang mereka lakukan. Rotan, hadkan perbelanjaan harian, hadkan masa bermain atau sebagainya yang boleh menyedarkan mereka. Jangan ambil remeh anak yang suka mencarut.
Bukankah anak-anak ini saham akhirat kita? Didiklah sebaik mungkin. Mereka juga penentu kita samaada kita di syurga atau neraka. Sama-sama kita berdoa agar anak-anak kita menjadi asbab kita di tempatkan dikalangan orang yang beriman. In shaa Allah.
Kredit: Munirah Mohd Shalleh

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Mana Silapnya? Tak Sanggup Dengar, Anak 6 Tahun Menangis Sambil Panggil Mama B*** appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mana-silapnya-tak-sanggup-dengar-anak-6-tahun-menangis-sambil-panggil-mama-b/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dah Masuk Usia 3 Tahun Boleh Cuba Aktiviti Ini Bagus Untuk Asah Motor Halusnya

Anak Dah Masuk Usia 3 Tahun Boleh Cuba Aktiviti Ini Bagus Untuk Asah Motor Halusnya

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 452 hits
Kemahiran motor halus kena asah sejak anak usia tiga tahun lagi atau seawal mungkin melalui aktiviti aktiviti playtime supaya anak terus lupa gajet Malah tak perlu tunggu anak usia enam tahun untuk asah motor halusnya takut nanti jejas pemb...
Jangan Cepat Tengking Naik Tangan Bila Anak Tak Dengar Cakap Takut Anak Simpan Dalam Hati

Jangan Cepat Tengking Naik Tangan Bila Anak Tak Dengar Cakap Takut Anak Simpan Dalam Hati

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 359 hits
Sama seperti kita orang dewasa anak anak kecil juga seperti kita punya emosi dan perasaannya sendiri Ada waktunya dia marah sedih dan gembira Biarkan anak mencorakkan emosinya sendiri tanpa dipengaruhi elemen negatif Salah satunya adalah ke...
Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 433 hits
Biarlah saya suap anak makan asalkan dia tak main dengan makanan dan tak bersepah akhirnya anak tak pandai gunakan tangan untuk menyuap makanan lebih sedih tak tahu fungsi tangan untuk menyuap makanan memegang sudu kerana terbiasa makan ber...
Anak Sulung Tak Ada Masalah Anak Ke 2 Selalu Buat Mama Nak Marah Kenalilah Setiap Perangai Anak Anda

Anak Sulung Tak Ada Masalah Anak Ke 2 Selalu Buat Mama Nak Marah Kenalilah Setiap Perangai Anak Anda

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 418 hits
Dilema bagi ibu ayah untuk berlaku adil dan memberikan kasih sayang yang sama rata antara anak anak Kadang kadang sikap ibu ayah yang terlalu fokus kepada seorang anak sahaja menyebabkan anak kedua rasa terpinggir Sebab itulah wujudnya sind...
Patutlah Menangis Tak Berhenti Ruam Lampin Buat Anak Terdedah Jangkitan Kulat Ini Saranan Doktor

Patutlah Menangis Tak Berhenti Ruam Lampin Buat Anak Terdedah Jangkitan Kulat Ini Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 229 hits
Anak menangis tak berhenti pasti ada sebabnya Salah satu hal yang kita jarang perhatikan adalah tangisan anak yang disebabkan rasa tidak selesanya kepada lampin pakai buang yang dipakainya Disebabkan jarang memeriksa lampin anak adakalanya ...
Siang Aktif Masa Tidur Anak Menangis Mengigau Jangan Terus Kejut Tenangkannya Dulu

Siang Aktif Masa Tidur Anak Menangis Mengigau Jangan Terus Kejut Tenangkannya Dulu

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 294 hits
Perasan tak kalau anak anak kita siang harinya bukan main aktif seronok sampai tergelak bila waktu tidur malam mulalah sekejap kejap menangis terkejut Orang tua tua kata mengigau Sama ada kerap atau tak bergantung pada anak itu Bagaimanapun...
Assalamualaikum Anak Solehku 10 Tahun Tunggu Irwansyah Isteri Dapat Bayi Lelaki

Assalamualaikum Anak Solehku 10 Tahun Tunggu Irwansyah Isteri Dapat Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 400 hits
Penantian selama 10 tahun untuk memeluk zuriat sendiri berakhir setelah pasangan selebriti Indonesia Irwansyah dan Zaskia Sungkar telah selamat menimang cahaya mata lelaki hari ini Zaskia selamat melahirkan anak sulungnya di Hospital Bunda ...
Tahniah Nad Zainal Selamat Bersalin Anak Kedua Akui Gementar 5 Tahun Tak Ada Baby

Tahniah Nad Zainal Selamat Bersalin Anak Kedua Akui Gementar 5 Tahun Tak Ada Baby

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 311 hits
Setelah 5 tahun melahirkan anak pertama pelakon berbakat besar Nad Zainal selamat menimang anak kedua pada hari Selasa lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur Difahamkan bayi kedua pelakon ini dilahirkan pada jam 2 50 petang seberat ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik