Umno Bukan Talian Hayat Untuk Selamatkan Mana Mana Parti Atau Individu


Pada 6 Mac 2019, Wan Saiful Wan Jan, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata bahawa gabungan Umno-PAS tidak akan kekal.
Beliau berkata “penyatuan Umno dan PAS juga tidak nampak keupayaannya untuk kekal kerana asas perjuangan yang tidak kukuh disebabkan bermain isu agama dan bangsa yang tidak baik untuk negara.”
Semalam, Wan Saiful bersuara lagi. Kini, beliau menyeru pula kononnya Umno mestilah bersedia berkorban demi mengukuhkan Perikatan Nasional (PN).
Seruan ini tidak lain kerana beliau tahu hanya Umno dan PAS yang boleh menyelamatkan Bersatu.
Demikianlah pentas politik Malaysia yang dibanjiri mereka yang pelbagai ragam, karakter dan perspektif. Malangnya, bukan dengan cara yang menguntungkan.
Politik Malaysia sangat memerlukan mereka yang berpandangan jauh, tidak gelojoh dengan kuasa, menjaga lisan dan selalu mengutamakan misi yang lebih besar. Bukan ‘amatur’ yang pendirian dan pandangannya sentiasa berubah-ubah mengikut laras kuasa dan bukannya perjuangan.
Malah, pendirian dan prinsip mereka bertukar dan berubah lebih pantas daripada Covid-19 merebak.
Benar, Umno adalah parti yang sedia berkorban untuk rakan politiknya. Telah puluhan kali Umno berkorban memperkuatkan rakan dalam BN. Memberikan mereka ruang bertanding di kawasan yang paling boleh dimenangi oleh Umno.
Malah, dalam banyak keadaan, Umno adalah parti yang sentiasa berkongsi sumber, tenaga dan kepimpinan untuk memastikan keluarga besar BN bertahan.
Bersatu yang kena berkorban
Tetapi setelah tewas dalam PRU14, Umno dewasa dengan pengalaman. Umno kenal benar siapa lawan dan siapa kawan. Umno tahu siapa yang bersetia dengannya dan siapa yang sekadar mencari kehidupan dan keuntungan sahaja daripada Umno.
Umno sekarang memilih hanya untuk berkorban demi agama, bangsa Melayu dan tanah air. Ini satu-satunya misi Umno. Jika Umno mengabaikan misi ini, orang Melayu dan rakyat Malaysia akan menolaknya. Jadi, Umno tidak akan membiarkan dirinya dihukum sekali lagi.
Yang pasti, Umno bukan talian hayat untuk menyelamatkan mana-mana parti, atau mana-mana ahli politik, atau mana-mana pemimpin. Umno adalah talian hayat untuk orang Melayu.
Jadi, Bersatu itu yang harus berkorban dan bekerja untuk membangunkan kekuatannya sendiri terlebih dahulu sebelum PN boleh dikuatkan. Bukan menuntut pengorbanan daripada Umno.
Wan Saiful Wan Jan
Untuk menjadi rakan strategik Umno, Bersatu mesti mempunyai kekuatan tersendiri yang akan menghasilkan manfaat menang-menang kepada Umno.
Umno tidak akan berkorban untuk memberi nyawa kepada mereka yang meninggalkan Umno semasa parti ini tewas dan terjatuh parah. Kepada mereka ini, Umno mungkin memaafkan tetapi tidak akan melupakan.
Adalah lebih baik bagi Umno menumpukan kekuatan dan tenaganya untuk meyakinkan lebih ramai orang Melayu menyertai misinya daripada memikirkan hal mereka yang pernah mencemuh, mencaci dan membenci Umno.
Umno bukan untuk sesetengah elit atau mereka yang berasa koridor kuasa adalah milik mutlaknya. Umno adalah untuk orang Melayu dan negara Malaysia yang lebih baik. Tanpa mereka ini, Umno akan terus hidup. Tetapi, tanpa Umno kita tidak pasti apa masa depan mereka.
Umno sedar dan insaf, kelangsungannya adalah pada undi orang Melayu dan bukan Melayu. Bukan pada kerjasama politik yang bersifat sementara di peringkat yang tidak pun mewakili keseluruhan parti.
Umno membuka ruang kepada Bersatu untuk menyertai misi besarnya. Ini ajakan yang ikhlas dan tulus.
Mungkin sudah tiba masanya Bersatu yang perlu berkorban demi orang Melayu dengan menyertai Umno dan bersama-sama menguatkan BN.
Pilihannya jelas. Terpulanglah.
MOHAMED KHALED NORDIN.
The post Umno bukan talian hayat untuk selamatkan mana-mana parti atau individu appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/15/umno-bukan-talian-hayat-untuk-selamatkan-mana-mana-parti-atau-individu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=umno-bukan-talian-hayat-untuk-selamatkan-mana-ma

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Penyokong Tun Sudah Tarik Diri Atau Bersembunyi

Mana Penyokong Tun Sudah Tarik Diri Atau Bersembunyi

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 403 hits
UMNO kini semakin sedar semakin boleh terima kenyataan bahawa yang membawanya masih relevan dalam politik Malaysia adalah Muhyiddin dan PAS Tetapi di depan penyokongnya pemimpin UMNO masih cuba lakon tunjuk kuasa Mana surat Zahid kepada Muh...
Talian Hayat Dap Ph Pada Tun M

Talian Hayat Dap Ph Pada Tun M

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 580 hits
DAP dan Pakatan Harapan perlu bergantung kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memastikan kesepakatan pembangkang tidak berpecah Malah mereka juga dikatakan perlu bergantung kepada gandingan Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar untuk memberi teka...
Selamatkan Ekonomi Negara Kata Pemimpin Umno

Selamatkan Ekonomi Negara Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 320 hits
Maka Kerajaan PAKATAN HARAPAN dahulu lebih fokus kepada pertanian dan perdagangan antarabangsa berbanding sekarang walaupun tidak sempurna Cuma silapnya Kerajaan PAKATAN HARAPAN memberi Azmin Ali terlalu banyak kuasa ekonomi yang beliau gag...
Umno Pekan Puji Ppbm Tak Letak Calon Bukti Parti Melayu Kembali Bersatu

Umno Pekan Puji Ppbm Tak Letak Calon Bukti Parti Melayu Kembali Bersatu

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 318 hits
PETALING JAYA Umno Pekan hari ini memuji keputusan PPBM tidak bertanding pilihan raya kecil DUN Chini pada 4 Julai Setiausaha Ahmad Aazmey Abu Talib berkata ini membuktikan parti Melayu kembali bersatu perkembangan yang boleh membantu jente...
Umno Perlukan Bersatu Atau Bersatu Perlukan Umno

Umno Perlukan Bersatu Atau Bersatu Perlukan Umno

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 309 hits
Pada 5 Jun 2020 Dr Mohd Puad Zarkashi ahli Majlis Tertinggi Umno telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas Umno menolak pendaftaran Perikatan Nasional sebagai badan formal Kata beliau Bersatu sahaja yang sedang berusaha untuk formal...
Terima Kasih Nizar Umno Bukan Parti Milik Keluarga

Terima Kasih Nizar Umno Bukan Parti Milik Keluarga

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 377 hits
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada anaknya Mohd Nizar kerana bersabar tidak menjadi calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini Menurutnya Nizar sebagai ketua pemu...
Adun Pkr Selangor Keluar Pkr Nak Join Parti Mana

Adun Pkr Selangor Keluar Pkr Nak Join Parti Mana

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 458 hits
Seorang pemimpin pusat PKR yang turut mempunyai kedudukan dalam kerajaan Selangor dijangka meletak jawatan dan meninggalkan parti itu hari ini Sumber memberitahu pemimpin itu yang juga seorang Adun Selangor kecewa dengan kepimpinan Anwar Ib...
Ppbm Akan Kembali Ke Pangkuan Umno Atau Ahli Baru Muafakat Nasional

Ppbm Akan Kembali Ke Pangkuan Umno Atau Ahli Baru Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 477 hits
Bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat Apa yang dapat kita tafsirkan dari gambar di atas 8 Jun yang lalu Setiausaha Agung PAS Dato Takiyuddin Hassan telah memberikan gambaran akan ada satu bentuk kerjasama di antara Muafakat...
Sekejap 129 Sekejap 107 Mana Yang Betul Kena Tanya Anwar Umno Fokus Bantu Kerajaan Dan Rakyat Shahril

Sekejap 129 Sekejap 107 Mana Yang Betul Kena Tanya Anwar Umno Fokus Bantu Kerajaan Dan Rakyat Shahril

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 401 hits
Mula mula 129 kemudiannya sekarang 107 Ahli Parlimen jadi kena tanyalah angka apa yang sebenarnya beliau ada demikian reaksi spontan Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa P...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba