Mana Menteri Rina Radzi Keselamatan Kanak Kanak Terabai



Kenyataan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Sungai Buluh yang menjelaskan kes gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak sebelum ini telah diklasifikasikan sebagai NFA (no further action) atau tiada tindakan susulan amat membimbangkan.
Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek, keadaan tersebut selain menegaskan perlunya akta khusus gangguan seksual yang sepatutnya dibentangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), juga menekankan kepada perlunya keprihatinan Kementerian Pendidikan dalam menyemak kod pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
“Saya merujuk kepada laporan media bahawa seorang kanak-kanak berhadapan dengan tindakan undang-undang terkait dengan pernyataan fitnah. Dilaporkan ia adalah berkaitan aduan beliau tentang gangguan seksual dan advokasi beliau yang terkait rapat dengan isu gangguan seksual di sekolah.
“Secara prinsipnya, saya menegaskan bahawa pihak autoriti yang harus bertanggungjawab dalam isu ini adalah menteri KPWKM iaitu Rina Harun dan Menteri Pendidikan, Radzi Jidin yang sepatutnya tampil menjelaskan kepada masyarakat berkaitan isu perlindungan dan proses siasatan berkaitan aduan awal kanak-kanak tersebut.
“Malah dalam aduan kes gangguan seksual, kanak-kanak sebagai pemandiri, sepatutnya diberikan jaminan keselamatan dan perlindungan.
“Malangnya baik Rina Harun mahupun Radzi Jidin telah gagal memastikan perlindungan ke atas kanak-kanak ini malah gagal memberikan komitmen untuk memastikan sekolah terus menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Fadhlina, sikap berdiam diri Menteri Pendidikan juga amat tidak membantu malah menyebabkan rakyat tertanya-tanya adalah kementerian beliau telah menjalankan siasatan.
“Sehingga kini tiada sebarang makluman berkaitan proses siasatan di peringkat Kementerian Pendidikan dimaklumkan kepada awam berkaitan aduan kanak-kanak tersebut dan tiada sebarang respon daripada KPWKM berkaitan menyegerakan RUU Akta Gangguan Seksual di Parlimen.
“Kanak-kanak adalah masa depan negara. Komitmen untuk melindungi mereka adalah komitmen kerajaan dan silang kementerian yang mesti mengutamakan hak kanak-kanak dalam semua keadaan.
“Rina Harun dan Radzi Jidin telah gagal menyediakan ekosistem selamat untuk melindungi kehormatan dan mempertahankan maruah seorang kanak-kanak yang sepatutnya berasa selamat dalam tempoh persekolahannya,” kata beliau lagi.
Semalam, Ketua Polis Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan tiada tindakan susulan dalam kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pelajar sebelum ini. Beliau berkata keputusan itu dibuat pada 8 Jun lalu.
Kes itu mendapat perhatian selepas pelajar berusia 17 tahun, Ain Husniza Saiful Nizam membuat dakwaan berlaku gangguan seksual dalam kelasnya di media sosial pada April lalu.
Selain itu, guru yang didakwa ‘dirugikan’ dengan pendedahan dilaporkan telah membuat tuntutan RM1 juta terhadap Ain, sebagai ganti rugi atas kenyataan tersebut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32749

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Bila Menteri Undang Undang Dari Pas Berdusta Dalam Parlimen

Apa Bila Menteri Undang Undang Dari Pas Berdusta Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 164 hits
Pagi pagi lagi MP Pembangkang dah tanya pada Menteri Undang Undang adakah Agung dah perkenan pembatalan 6 Ordinan Darurat Dia boleh jawab hanya hari Isnin pada 1 August baru nak jawab Sedangkan 1 August ni adalah tarikh Darurat sepatutnya t...
Menteri Kata Doktor Berhak Berhartal Tetapi Polis Rakam Keterangan Fahmi

Menteri Kata Doktor Berhak Berhartal Tetapi Polis Rakam Keterangan Fahmi

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 229 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba semalam bahawa doktor kontrak yang melakukan hartal pada hari Isnin lalu tidak diambil tindakanMenurut Fahmi laporan media semalam men...
Menteri Kesihatan Berucap 55 Minit Tidak Ada Penghargaan Kepada Doktor Kontrak

Menteri Kesihatan Berucap 55 Minit Tidak Ada Penghargaan Kepada Doktor Kontrak

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 174 hits
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba seharusnya mengucapkan penghargaan dari kerajaan Perikatan Nasional terhadap sumbangan doktor kontrak sebagai barisan hadapan menangani Covid 19 Namun kata Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir tid...
Tiada Tindakan Disiplin Doktor Mogok Kata Menteri Kesihatan

Tiada Tindakan Disiplin Doktor Mogok Kata Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 284 hits
AGENDA DAILY Beberapa doktor dan pegawai kesihatan kontrak mengadakan mogok di seluruh negara semalam tetapi kurang mendapat sambutan Kerajaan memberi jaminan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana mana doktor atau pegawai ke...
Menteri Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Siasat Doktor Di Maeps

Menteri Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Siasat Doktor Di Maeps

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 302 hits
Semalam 27 Julai 2021 ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi jaminan bahawa tiada tindakan bakal diambil terhadap doktor kontrak yang menyertai hartal p...
Langkah Covid Siapakah Perdana Menteri

Langkah Covid Siapakah Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 185 hits
DR SHAHNOR BASRISewenang wenangnya Parlimen ditangguhkan tiga kali hari ini 15 minit 2 30 petang kemudian 3 30 petang 5 30 petang dan akhirnya ditangguh kehari Isnin 2hb Ogos 2021 Walaubagaimanapun kelibat para Menteri Timbalan Menteri ahli...
Ivermectin Pembangkang Akan Salah Guna Kuasa Menteri Jika Jadi Kerajaan

Ivermectin Pembangkang Akan Salah Guna Kuasa Menteri Jika Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 229 hits
agendadaily com29 7 2021Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad HashimCadangan supaya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menggunakan kuasanya untuk meluluskan penggunaan ubat antiparasit haiwan Ivermectin bagi...
Antara Pembentangan Menteri Kesihatan Dan Perbahasan Dr Dzulkefly Netizen Kata Bagai Langit Dengan Bumi

Antara Pembentangan Menteri Kesihatan Dan Perbahasan Dr Dzulkefly Netizen Kata Bagai Langit Dengan Bumi

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 188 hits
July 28 2021 Hari ini giliran YB Menteri Kesihatan untuk membentangkan perancangan kerajaan terkait dengan kesihatan awam khususnya pandemik Covid 19 Selepas pembentangan tersebut Ketua Pembangkang memberikan peluang kepada MP Kuala Selango...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte