Menteri Kesihatan Berucap 55 Minit Tidak Ada Penghargaan Kepada Doktor Kontrak


 



Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba seharusnya mengucapkan penghargaan dari kerajaan Perikatan Nasional terhadap sumbangan doktor kontrak sebagai barisan hadapan menangani Covid 19.






Namun kata Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, tidak ada satu pun ucapan yang menyentuh doktor kontrak demi memperbaiki kedudukan mereka dalam skim jawatan kerajaan.






"Saya kena nyatakan bahawa doktor di luar mengunggu bila menteri beri penerangan, beri sedikit pengiktirafan apa yang doktor muda buat selama ini. Malangnya, masa yang diberikan selama 55 minit langsung tidak disebut oleh Menteri Kesihatan (jasa doktor kontrak). Yang mana kalau kita lihat dari segi kekuatan, doktor yang bertugas dalam negara sekitar 71,000 orang.






"Dari jumlah tersebut 52,000 berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Masalahnya doktor kontrak ini berjumlah 23,000. Maksudnya lebih 40% yang berkhidmat atas dasar kontrak.






"Walau diberi nasihat jangan buat hartal semalam, ternyata anak-anak muda profesional yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa (dan melakukan hartal) langsung tidak diambil peduli oleh kerajaan," katanya dalam mencelah sesi perbahasan Ketua Pembangkang mengenai ucapan Menteri Kesihatan di Dewan Rakyat, tengah hari tadi.






Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pula menimbulkan isu masalah doktor kontrak yang telah pun disebut oleh Pengarah Kesihatan sendiri dalam tertekan dengan keadaan kerja mereka tetapi tidak diselesaikan oleh kerajaan.






"Ada antara hujah bila menyebut masalah dokor kontrak ini, kita mengatakan terlalu ramai graduan perubatan. Tetapi kalau kita memetik ciapan underfunded, understaff, underpaid, overworks, overcrowded, bukan daripada orang lain tetapi Ketua Pengarah Kesihatan kita sendiri pada beberapa tahun yang lepas.






"Ini menunjukkan betapa kurangnya peruntukan untuk sektor kesihatan. Jadi itu sepatutnya menjadi tumpuan dalam sektor kesihatan dalam menangani masalah doktor kontrak ini," katanya.






Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid pula, isu doktor kontrak sepatutnya telah lama diselesaikan dan tidak lagi menjadi perbincangan pada waktu pendemik ini.






"Saya meneliti perkembangan terkini, doktor kontrak dan jururawat kontrak yang telah berlarutan bertahun-tahun. Melihat perkembangan ini dalam undang-undang, ada tempoh percubaan.






"Tetapi kerajaan hari ini bukan saja dilayan (tidak sepatutnya kepada) mereka yang menjadi barisan hadapan, berkorban jiwa dan keluarga mereka. Tetapi mereka diambil tindakan disiplin. Ini (hartal) bukan (soal) disiplin, ini hak mereka.






"Satu lagi, elaun kritikal. Elaun ini telah pun ada tetapi mesti dikaji semula (amaunnya) kerana pengorbanan mereka dalam pandemik Covid 19," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/menteri-kesihatan-berucap-55-minit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Tindakan Disiplin Doktor Mogok Kata Menteri Kesihatan

Tiada Tindakan Disiplin Doktor Mogok Kata Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 412 hits
AGENDA DAILY Beberapa doktor dan pegawai kesihatan kontrak mengadakan mogok di seluruh negara semalam tetapi kurang mendapat sambutan Kerajaan memberi jaminan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana mana doktor atau pegawai ke...
Hartal Doktor Kontrak Kronologi Lantikan Pegawai Perubatan Kontrak

Hartal Doktor Kontrak Kronologi Lantikan Pegawai Perubatan Kontrak

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 395 hits
Hartal Doktor Kontrak memastikan ada doktor ganti yang bertugas sebelum mereka bergerak keluar selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan Gambar ASTRO AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Semalam sektor perubatan negara menjadi tumpuan s...
Umno Seru Serap Doktor Kontrak Buat Buat Lupa Ke Mat Hassan

Umno Seru Serap Doktor Kontrak Buat Buat Lupa Ke Mat Hassan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 377 hits
Mengulas mengenai hartal Doktor Kontrak Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan menganggapnya sebagai hak doktor doktor kontrak terbabit untuk bersuara dan menunjuk rasa Tapi bila dia berkata Tetapi semasa negara menghadapi krisis kesihatan in...
Pengambilan Doktor Kontrak Ketika Najib Jadi Pm

Pengambilan Doktor Kontrak Ketika Najib Jadi Pm

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 365 hits
Pengambilan doktor kontrak ketika Najib jadi PMSource https malaysiagazette com 2021 07 26 pengambilan doktor kontrak ketika najib jadi pm comments Pengambilan doktor kontrak ketikaNajib jadiPM
Tidak Ada Pengiktirafan Kepada Doktor Kontrak Dalam Ucapan Adham Baba

Tidak Ada Pengiktirafan Kepada Doktor Kontrak Dalam Ucapan Adham Baba

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 484 hits
Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba seharusnya mengucapkan penghargaan dari kerajaan Perikatan Nasional terhadap sumbangan doktor kontrak sebagai barisan hadapan menangani Covid 19 Namun kata Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir tidak ...
Pakar Ingatkan Jangan Berbohong Tindas Doktor Kontrak

Pakar Ingatkan Jangan Berbohong Tindas Doktor Kontrak

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 360 hits
FAZLI RADZIPakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya Dr Rafidah Abdullah mengingatkan agar hak doktor kontrak dibela Menerusi Twitternya beliau mengulangi peringatan supaya doktor kanan menjunjung tinggi profesionalis...
10 000 Doktor Kontrak Diserap Kejawatan Tetap Semasa Ph Bohong Sikit Sikit Dah La Bro

10 000 Doktor Kontrak Diserap Kejawatan Tetap Semasa Ph Bohong Sikit Sikit Dah La Bro

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 568 hits
ISU doktor kontrak bukan masalah besar waktu Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri kerana ramai diberi jawatan tetap div Perdana Menteri dua kali itu yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata perkara itu juga tidak menjadi masalah sema...
Hartal Doktor Kontrak Supporters Organise Silent Demonstration At Raja Permaisuri Bainun Hospital

Hartal Doktor Kontrak Supporters Organise Silent Demonstration At Raja Permaisuri Bainun Hospital

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 410 hits
IPOH A group of 30 people believed to be doctors stood at the main entrance of the Raja Permaisuri Bainun Hospital Dressed in black the group were believed to be part of the nationwide strike by a group of contract doctors called Hartal Dok...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus

Along Kemalangan 11 12 2025

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

2 Girls Die In Motorcycle Accident Near Seremban

Lelaki Cedera Ditarik Gajah Ke Dalam Gaung

Ultimate Beef Zharkoye Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Semuanya Pinjaman Pesakit Endometriosis

Cannondale Caad10

55 Ucapan Selamat Natal Dan Tahun Baru Inspirasi Terindah Penuh Berkat Sukacita Damai Sejahtera Dan Harapan Baru

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Dating Berdua Dengan Dania Di Nasken Coffee Dataran Centrio Seremban 2