Menteri Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Siasat Doktor Di Maeps
Semalam 27 Julai 2021 ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas,Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi jaminan bahawa tiada tindakan bakal diambil terhadap doktor kontrak yang menyertai hartal pada Isnin.
Keputusan itu disokong beberapa Ahli Parlimen termasuk bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.
"Insya-Allah tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka walaupun semalam mereka keluar demonstrasi,” katanya.
Kenyataan beliau mendapat respons positif daripada Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang.
Begitupun, mereka menegaskan isu tersebut harus diselesaikan terus dengan memenuhi permintaan daripada doktor kontrak.
Tetapi lain pula jadinya pada sebelah malam..
Peguam Asheeq Ali yang mewakili kumpulan Doktor-doktor yang menyertai mogok tersebut mendakwa Polis hadir ke MAEPS pada jam 12.15 pagi untuk mengambil keterangan dari Jururawat dan juga Doktor.
Ciapnya "Saya difahamkan SEKARANG @PolisDirajaMsia sedang mengambil keterangan nurse dan doktor di MAEPS Serdang untuk #HartalDoktorKontrak. Ini kerja gila! PDRM perlu henti ambil keterangan segera! IT IS 12.15 AM!!"
"Jam 2.05 pagi,Siasatan masih sedang berjalan. Saya sedang menunggu untuk berjumpa dengan IO."
"Siasatan bermula jam 11.45 pm, selesai jam 3.50 pagi. Seramai 12 Doktor yang menyertai #HartalDoktorKontrak telah diambil keterangan. PDRM akan sambung esok untuk Dr. yang tidak bertugas malam ni"
"Siasatan berhubung kehadiran media di MAEPS yg dikatakan hadir tanpa kebenaran"
"Saya dimaklumkan siasatan dilakukan oleh kerana laporan polis yang dibuat oleh pegawai KKM iaitu Pengarah Pusst Rawatan MAEPS berkenaan kehadiran media"
"Walau apa pun, nak ambil keterangan awal pagi macam ni selama 4 jam di waktu mereka bertugas menyelamatkan negara adalah satu intimidasi yang tidak boleh dikompromi"
"IT IS COMPLETELY UNCALLED FOR!" tambahnya.
Dan Malaysiakini melaporkan..
Doktor, jururawat dan petugas perubatan lain di pusat kuarantin Covid-19 di Maeps Serdang disoal siasat oleh polis malam tadi, kata peguam Asheeq Ali yang mewakili kumpulan itu.
Ini selepas tindakan perusahaan Hartal Doktor Kontrak (HDK) serentak di seluruh negara pada jam 11 pagi hari Isnin di sekitar 20 hospital.
Ini perkembangan di luar jangkaan kerana tidak seperti kakitangan di hospital lain, petugas di Maeps tidak terlibat dalam Hartal Doktor Kontrak susulan ancaman tindakan tatatertib jika terbabit "perhimpunan haram."
Asheeq pertama kali berkongsi hal ini pada ciapan tengah malam tadi apabila dia diberitahu pegawai polis sedang dalam proses merakam kenyataan dari jururawat dan doktor di Maeps mengenai mogok kerja Hartal Doktor Kontrak.
"Ini kerja gila! PDRM perlu henti ambil keterangan segera! Sudah jam 12.15 tengah malam," ciapnya.
Asheeq kemudian memberitahu Malaysiakini polis mengambil pernyataan penuh mengenai keseluruhan kejadian dan menemubual kakitangan secara individu.
Asheeq sendiri kemudian pergi ke Maeps untuk menemani doktor berkenaan dan soal siasat selesai hampir jam empat pagi tadi.
Bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad pagi ini mengulang semula hantaran gerakan Hartal Doktor Kontrak yang menyoal mengapa doktor berkenaan disoal kerana mogok di Maeps dibatalkan.
"Setelah (Menteri Kesihatan) Dr Adham Baba beri jaminan tidak akan ambil apa-apa tindakan, saya harap beliau pastikan Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) serta kabinetnya akan bertindak mengikut janji yang diucapkan.
"Tolonglah keyakinan terhadap kerajaan PN kini sangat terhakis, jika masih ada yang tersisa," kata kata Dzulkefly.
Laporan penuh bacalah di SINI
Kenapa ya jadi begini?.. Menteri jamin tiada tindakan akan diambil, tetapi pihak Polis mengambil tindakan.
Rasanyalah.. mungkin Menteri Kesihatan telah memberikan jaminan akan tiada tindakan akan diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan terhadap Doktor-doktor yang menyertai mogok itu.
Dia tak jamin pun yang Polis tidak akan ambil tindakan.. lagipun Polis bukannya terletak di bawah Kementerian Kesihatan jadi ianya di luar bidang kuasa Dr Adham.
Mungkin laaa..
lagipun.. cakap Ahli-ahli politik ni kena dengar betul-betul.. bukannya semua lurus.. berbelit-belit dan membelit.
Tapi.. memang tak patutlah pihak Polis mengambil keterangan dari Doktor-doktor yang menyertai hartal tersebut tengah-tengah malam buta ketika Doktor-doktor itu sedang bertugas.
Boleh kot kalau ditunggu hingga Doktor-doktor itu habis bertugas..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/menteri-jamin-tiada-tindakan-tapi-polis.html