Buat Urutan Ini Pada Bayi Boleh Merangsang Sistem Saraf Perkembangan Motor Mereka


Ibu-ibu pernah tak mengurut bayi? Tahu tak, sebenarnya ada banyak kebaikan urutan untuk si manja. Teruskan membaca perkongsian artikel dari Hello Doktor ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Galakkan untuk mengurut bayi Walaupun pada dasarnya masih banyak penyelidikan lebih lanjut diperlukan, namun hasil dalam beberapa kajian menunjukkan terdapat kebaikan urutan kepada bayi. Bahkan, ia dikatakan membantu dalam proses tumbesaran yang sihat.
Mengurut bayi menawarkan pelbagai manfaat. Dengan setiap sentuhan lembut, bayi akan berasa disayangi dan dikasihi. Sudah tentu ia secara tidak langsung akan mengukuhkan hubungan antara ibu dan anak.
Anda ingin cuba melakukan urutan kepada si manja tetapi tidak pasti di mana harus bermula? Ini caranya.
Kebaikan urutan kepada bayi Sebelum mengetahui cara mengurut bayi, jom fahami terlebih dahulu manfaat bagi setiap urutan dan sentuhan yang dilakukan.
Antara kebaikan urutan adalah seperti:
1. Ketenangan otot dan singkirkan tekanan Urutan yang dilakukan kepada bayi dapat melegakan tekanan mereka dengan merangsang pembebasan oksitosin, neurohormon yang baik dan menurunkan kadar kortisol – hormon stres.
Ia mengendurkan otot, merangsang tumbesaran dan sangat bagus untuk bayi kolik – keadaan di mana bayi akan menangis untuk jangka masa yang panjang.
2. Merangsang sistem saraf Mengurut bayi mendatangkan manfaat kepada sistem saraf bayi kerana ia dapat meningkatkan perkembangan kemahiran motorik mereka.
3. Tidur lebih baik Bayi yang diurut juga akan tidur dengan baik. Kelebihan ini memberikan faedah dalam proses tumbesaran otot yang lebih cepat hingga kepada peningkatan tindak balas imun.
Urutan juga membolehkan lebih banyak hormon melatonin terhasil – hormon yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mempercepatkan tidur.

4. Memperbaiki kualiti kehidupan bayi Kebaikan urutan adalah ia boleh menjadi cara untuk menenangkan bayi dengan sindrom Down atau cerebral palsy.
Bayi pramatang juga akan menunjukkan perkembangan motor yang lebih baik apabila diurut secara berkala. Malahan, mereka juga akan menambah berat badan lebih cepat berbanding bayi pramatang yang tidak pernah diurut.
5. Meningkatkan peredaran darah Mengurut bayi anda juga akan dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan juga menurunkan rasa ketidakselesaan yang berpunca oleh gas atau keasidan, kembung perut mahupun pertumbuhan gigi.
Urutan akan merangsang saraf yang melalui saluran usus sehingga memberikan manfaat kepada sistem pencernaan.
6. Perkembangan psikologi dan sosial Berdasarkan laporan daripada Asian Nursing Research Journal, rangsangan sentuhan semasa urutan akan memberikan kesan positif terhadap perkembangan psikologi dan sosial bayi di samping memperkuatkan ikatan bayi dengan ibu bapa.
7. Mengatasi kemurungan selepas bersalin Dikatakan mengurut adalah berkesan untuk mengatasi kemurungan selepas bersalin atau dalam bahasa mudahnya, meroyan, dalam kalangan ibu-ibu.
Umumnya, ibu yang tertekan menunjukkan mood dan tingkah laku yang lebih baik ketika mereka mengurut bayi mereka secara berkala.
Tip mengurut bayi Sebelum melakukan urutan, ada beberapa teknik yang perlu ibu (atau bapa) ketahui, antaranya:
Masa  Waktu terbaik untuk memulakan urutan bayi adalah ketika mereka terjaga dan dalam keadaan tenang.
Pilih masa antara 2 sesi penyusuan. Jarakkan tempoh masa lebih kurang 45 minit daripada sesi penyusuan terakhir si manja. Anda juga disarankan untuk menunggu 15 minit selepas mengurut sebelum menyusukan bayi.
Persekitaran Urut bayi anda di tempat yang tenang dan memberikan keselesaan buat kalian berdua.
Baringkan si manja di atas tuala agar mereka berasa selesa. Sesi urutan juga boleh dilakukan di atas meja menukar lampin atau di atas katil anda.
Teruskan berbual Sentiasa berkomunikasi semasa anda mengurut bayi.
Anda boleh mengulangi nama mereka dan perkataan ‘santai’ untuk menolong mereka berasa tenang, selain daripada bercerita atau menyanyikan lagu kanak-kanak kegemaran si manja.

Penggunaan minyak Sekiranya menggunakan minyak, pilih produk tanpa wangian dan selamat kerana bayi mungkin memasukkan jari ke dalam mulut mereka.
Jenis urutan bayi Urutan kaki Genggam sebelah kaki si manja dengan lembut dan lakukan urutan lembut daripada bahagian paha ke pergelangan kaki.
Ulang teknik mengurut bayi ini beberapa kali sebelum melakukannya ke kaki sebelah.
Urutan perut Letakkan tapak tangan pada bahagian tengah perut si manja. Menggunakan hujung jari, lakukan gerakan urutan perlahan dan lembut mengikut arah jam.
Ulangi urutan ini beberapa kali.
Urutan lengan Lakukan gerakan perlahan pada lengan si manja. Bermula dengan bahunya dan bergerak ke bahagian pergelangan tangan.
Ulangi 2 hingga 3 kali sebelum beralih ke lengan yang sebelah lagi.
Urutan leher Berikan sokongan bahagian badan atas dan kepala si manja menggunakan sebelah tangan.
Letakkan ibu jari tangan sebelah ke satu sisi leher bayi dan 2 jari di sisi bertentangan. Kemudian gunakan hujung jari lakukan usapan lembut dengan gerakan membulat.
Ulangi gerakan tersebut untuk beberapa kali.

Urutan melegakan kolik Pertama sekali, berikan bayi urutan pada bahagian perut.
Kemudian bengkokkan lutut ke perutnya dan tahan selama 30 saat sebelum melepaskannya. Ulangi kaedah mengurut bayi ini beberapa kali.
Letakkan sebelah tapak tangan pada perut bayi. Lurutkan tangan dengan lembut daripada perut ke bahagian bawah, ia membantu melepaskan gas yang tersimpan. Ulangi gerakan ini jika perlu.
Memberikan ketenangan Urutan bayi adalah terapi menenangkan untuk mereka dan mengeratkan ikatan antara anda dan si manja. Namun, tidak semua bayi suka apabila diurut.
Jika ia tidak berjaya pada kali pertama, mungkin anda boleh mencubanya beberapa kali sebelum mendapatkan teknik urutan yang betul dan bersesuaian dengan bayi.
The post Buat Urutan Ini Pada Bayi, Boleh Merangsang Sistem Saraf & Perkembangan Motor Mereka appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/buat-urutan-ini-pada-bayi-boleh-merangsang-sistem-saraf-perkembangan-motor-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejak Lahir Dah Boleh Rangsang Percakapan Bayi Pakar Kongsi Guna Kaedah Ikut Usia Umur Mereka

Sejak Lahir Dah Boleh Rangsang Percakapan Bayi Pakar Kongsi Guna Kaedah Ikut Usia Umur Mereka

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 232 hits
Ramai yang beranggapan bahawa nak mengajar bayi bahasa hanyalah apabila dia masuk usia 6 bulan Namun sebenarnya mama papa boleh merangsang bayi untuk bercakap sejak dia lahir lagi Tapi bagaimana Ikuti perkongsian pakar tentang bagaimana car...
Nyawa Bayi Boleh Melayang Kalau Ibu Hamil Tetap Buat Urutan Naikkan Uri Pendarahan Boleh Berlaku

Nyawa Bayi Boleh Melayang Kalau Ibu Hamil Tetap Buat Urutan Naikkan Uri Pendarahan Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 340 hits
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat Bahan bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh d...
Mata Bayi Asyik Meliar Ini Cara Mak Ayah Nak Tahu Perkembangan Penglihatan Si Manja

Mata Bayi Asyik Meliar Ini Cara Mak Ayah Nak Tahu Perkembangan Penglihatan Si Manja

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 347 hits
Dalam tahun pertama kehidupan penglihatan bayi berkembang dengan cepat Namun perkembangan bayi ini berbeza daripada apa yang dilihat oleh ibu bapa Baca Perkembangan penglihatan bayi Semasa dilahirkan bayi tidak dapat melihat seperti kanak k...
Mereka Yang Sudah Beli Tiket Penerbangan Bas Ekspres Boleh Pulang Mkn

Mereka Yang Sudah Beli Tiket Penerbangan Bas Ekspres Boleh Pulang Mkn

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 231 hits
37 total views 37 views today Umum mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan akan dikuatkuasa bermula 12 01 tengah malam ini bagi mengatasi lonjakan kes Covid 19 yang semakin membimbangkan Pelaksanaan itu melibatkan enam buah negeri iaitu Sela...
Chimpanzee Boleh Bercakap Tetapi Mereka Terlalu Malas Nak Belajar Saintis

Chimpanzee Boleh Bercakap Tetapi Mereka Terlalu Malas Nak Belajar Saintis

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 205 hits
Haiwan primat sebenarnya berpotensi untuk bercakap namun mereka terlalu malas untuk belajar menurut para saintis nbsp Satu kajian mendakwa sekiranya gorila dan chimpanzee berusaha lebih keras mereka mampu untuk bercakap nbsp Ahli Biologi St...
Ibu Hamil Bukan Semua Ikan Boleh Makan Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan

Ibu Hamil Bukan Semua Ikan Boleh Makan Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 304 hits
Ibu janganlah makan sembarangan ikut nafsu mengidam Kelak saya yang tanggung akibatnya Bayangkan jika anda dapat dengar keluhan bayi anda pasti anda tidak sampai hati kan Diet ibu hamil memang penuh dengan pantang larang kerana makanan diam...
Periksa Primitive Reflexes Bayi Baru Lahir Kalau Tiada Itu Tanda Red Flags Masalah Perkembangan

Periksa Primitive Reflexes Bayi Baru Lahir Kalau Tiada Itu Tanda Red Flags Masalah Perkembangan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 285 hits
Saat saat kehamilan dan melahirkan anak adalah detik yang sangat istimewa buat semua ibu ayah namun tidak dapat dinafikan ianya adalah satu proses yang memenatkan Namun begitu kepayahan dan kesusahan tersebut seakan hilang dalam sekelip mat...
Mana Mainan Awak Bayi Mungkin Belum Faham Tapi Kerap Berbual Boleh Jadikan Dia Bijak

Mana Mainan Awak Bayi Mungkin Belum Faham Tapi Kerap Berbual Boleh Jadikan Dia Bijak

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 316 hits
Si kecil mungkin tidak dapat memahami apa yang anda katakan namun ia tidak bermakna anda tidak boleh berbual dengan anak Jom semak 7 perkara yang boleh anda katakan kepada si comel Perlu ke berbual dengan anak Siapa cakap tidak perlu untuk ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri