Drama Bad Cop

Nantikan siri Astro Originals terbaharu bertajuk 'Bad Cop' adaptasi daripada siri popular Jerman tahun 2017. Drama terbitan Astro Shaw ini diarahkan oleh Jason Chong dan Kavivarmen Vigneswaran. Menampilkan gandingan Aiman Hakim Ridza dan Siti Saleha dalam dunia kepolisan.
Bad CopEpisod: 8Tarikh Tayangan: 13 Disember 2025Rangkaian: Astro Ria / Astro GO / sookaPengarah: Jason Chong & Kavivarmen VigneswaranProduksi: Telltale Studios & Astro Shaw
Watak PelakonAiman Hakim Ridza sebagai Emir Khalid / ImarSiti Saleha sebagai Siti HanaHarvinth Skin sebagai Abhi SelvamRazib SaliminTony EusoffMelissa CampbellSadiq M. JamilJasper SupayahMustaqim BahadonAlvin WongYusmal GhazaliWhulandary Herman
Sinopsis Bad CopMengisahkan Emir Khalid, seorang penjenayah yang menjadi buruan mafia dadah, Tony Redza. Pada malam serbuan dadah, Emir bertembung secara tidak sengaja dengan kembarnya yang telah lama terpisah, Imar seorang inspektor polis. Pertemuan penuh kejutan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Imar ditembak ketika pergelutan dengan ketua pengedar dadah. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Imar menyerahkan kad kuasanya kepada Emir dan meminta Emir menunaikan satu janji: lindungi keluarganya
Dalam usaha melarikan diri dan menunaikan janji tersebut, Emir terpaksa mengambil alih identiti abangnya sebagai seorang polis. Namun, dia segera menyedari bahawa kehidupan Imar tidak semudah yang disangka berdepan keluarga yang porak-peranda dan perkahwinan yang di ambang kehancuran, lebih mencabar apabila isterinya sendiri, Hana, merupakan Ketua Polis yang lantang dan berdisiplin
Setiap episod Bad Cop mengetengahkan satu kes baharu yang mencabar, menguji keberanian Emir yang terpaksa berpura-pura sebagai pegawai polis sambil mengelak kecurigaan daripada rakan setugas. Dalam tekanan yang semakin memuncak, Emir bukan sahaja belajar memahami dunia yang selama ini cuba dielakkannya, malah menemui potensi sebenar dalam dirinya sebagai anggota polis dan sebagai seorang insan yang lebih baik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myinfotaip.com/2025/11/bad-cop.html