Mana Lagi Rm70 Juta Mic Gesa Guan Eng Waytha Buka Mulut


B Nantha Kumar  
   
Masyarakat India mungkin kehilangan sebahagian besar dana daripada RM100 juta yang diperuntukkan kepada mereka dalam Bajet 2019 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas hanya RM31.5 juta diagihkan setakat ini.

Senator MIC, S Ananthan berkata kemungkinan besar dana tersebut akan dibekukan atau tidak boleh digunakan sekiranya tidak dibelanjakan sebelum akhir tahun ini.

Sehubungan itu beliau menuntut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy memberi penjelasan atas kelembapan kerajaan PH membelanjakan dana tersebut.

"Kami (MIC) nak Guan Eng dan Waytha perlu 'buka mulut' (menjelaskan) untuk memberitahu apakah kesukaran kerajaan PH untuk mengagihkan dana ini.

"Setakat ini RM31.5 juta sahaja dibelanja. Jadi, soalannya mana baki RM69.5 juta? Kenapa lambat sangat untuk diperuntukkan?" katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jawapan Waythamoorthy di Dewan Negara yang mengesahkan bahawa kerajaan hanya mengagihkan RM31.5 juta melalui Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) untuk program sosio ekonomi.

Isu dana RM100 juta hangat diperkatakan di kalangan masyarakat India selepas beberapa NGO dan sekolah Tamil mendakwa permohonan mereka tidak diluluskan tanpa sebab kukuh.

Pada masa sama, permohonan yang berjaya masih tidak menerima sebarang dana yang dimaksudkan.
Selain, MIC, beberapa pemimpin PH termasuk Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang, P Ramasamy turut menekan Waythamoorthy supaya menjelaskan mengenai peruntukan tersebut

Menjawab soalan lisan Senator MIC T Mohan pada 23 Julai, Waythamoorthy berkata pengurusan dana hanya dilaksanakan oleh unit Mitra sejak Januari 2019.

"Bagi menyelaraskan sistem permohonan yang telus, Sistem Pengurusan Geran (GMS) telah dilancarkan pada 28 Januari 2019. Di bawah fasa pertama, sebanyak 40 program pembangunan sosio ekonomi masyarakat India telah diluluskan dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM 15.7 juta.

"Manakala di bawah fasa yang kedua, sebanyak 60 program dengan jumlah sebanyak RM 15.8 juta telah diluluskan bagi program-program pembangunan sosio ekonomi masyarakat India Malaysia,"kata Waythamoorthy.

Tambahnya, Mitra memberi fokus kepada program-program berimpak tinggi dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan keupayaan masyarakat India secara holistik yang merangkumi aspek pendidikan, ekonomi, sosial dan insaniah.

Kementerian Kewangan perlu jelaskan
Bagaimanapun, Ananthan menyifatkan Waythamoorthy tidak menjawab soalan-soalan dibangkitkan oleh masyarakat India di peringkat akar umbi

"Soalan asas di sini kenapa hanya RM31.5 juta sahaja diluluskan sehingga bulan Julai?" soalnya.

Ananthan yang juga Pengerusi MIC Kedah berkata terdapat aduan bahawa Kementerian Kewangan lembap dalam meluluskan dana tersebut walaupun dimohon berkali-kali oleh Mitra.

"Dakwaan yang saya terima daripada sumber dalaman Mitra adalah kerana kelembapan Kementerian Kewangan meluluskan dana.

"Kita nak Guan Eng menjelaskan berapa peruntukan sudah dikeluarkan Kementerian Kewangan setakat ini. Jadi, kita akan tahu di mana masalah dan siapa yang menipu," katanya lagi.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Lim dan Waythamoorthy bagi mendapatkan ulasan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/mana-lagi-rm70-juta-mic-gesa-guan-eng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lim Guan Eng Buka Mulut Saja Ekspot Bulan Jun Jatuh Merudum

Lim Guan Eng Buka Mulut Saja Ekspot Bulan Jun Jatuh Merudum

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 385 hits
Dua minggu dahulu Menteri Kewayangan membuat kenyataan bahawa kadar pertumbuhan eksport sebanyak 2 5 untuk bulan Mei 2019 adalah di atas jangkaan Dia kata ini bukti ekonomi kita kukuh Tapi dia buka mulut sahaja terus terkeluar laporan untuk...
Mca Gesa Fuziah Minta Guan Eng Mohon Maaf Isu Lynas

Mca Gesa Fuziah Minta Guan Eng Mohon Maaf Isu Lynas

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 441 hits
Presiden MCA Wee Ka Siong menggesa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berhenti berpusing pusing berhubung isu Lynas dan sebaliknya meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat berhubung kenyataan y...
10 Kesan Penipuan Lim Guan Eng Dan Kesan Buruk Kepada Ekonomi Negara

10 Kesan Penipuan Lim Guan Eng Dan Kesan Buruk Kepada Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 562 hits
Sandiwara YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai rompakan dan kehilangan Wang Bayaran Balik Cukai GST berjumlah RM19 4 bilion tidak boleh dipandang enteng Ini bukan kali pertama beliau menipu rakyat Bermula dengan penipuan beliau mengena...
Lim Guan Eng Should Not Exaggerate

Lim Guan Eng Should Not Exaggerate

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 384 hits
QUESTION TIME After Lim Guan Eng became finance minister he has shown a tendency to exaggerate matters to put the previous government in a bad light which has led to considerable uncertainty sometimes affecting even the markets and promotin...
Guan Eng Pembohong

Guan Eng Pembohong

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 252 hits
Dakwaan menteri kewangan mesti dibahas di Dewan Rakyat BANGI Pendedahan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkaitan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan pada tahun lalu adalah satu pembohongan kepada rakyat kata Ahli Parlimen Pasir Mas A...
Dap Mp Guan Eng Apology Doesn T Arise Dr M Used Perompak Too

Dap Mp Guan Eng Apology Doesn T Arise Dr M Used Perompak Too

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 310 hits
DAP s Jelutong MP RSN Rayer said the issue of Finance Minister Lim Guan Eng having to apologise for claiming that GST refunds were robbed did not arise He said this in response to lawyer Haniff Khatri Abdulla who yesterday suggested that Li...
Two Deputy Speakers Also Linked To Guan Eng Says Ph Leader

Two Deputy Speakers Also Linked To Guan Eng Says Ph Leader

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 325 hits
Parliament deputy speakers Mohd Rashid Hasnon and Nga Kor Ming GEORGE TOWN A Pakatan Harapan component party leader today said the two deputy speakers in Parliament could be biased against Lim Guan Eng going by the opposition s view that sp...
Usaha Baik Pulih Bendungan Sungai Melaka Dilaksana Segera Kata Guan Eng

Usaha Baik Pulih Bendungan Sungai Melaka Dilaksana Segera Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 312 hits
Usaha baik pulih bendungan Sungai Melaka dilaksana segera kata Guan Eng Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Jul
Guan Eng Escapes Parliamentary Action Over Gst Refunds

Guan Eng Escapes Parliamentary Action Over Gst Refunds

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 552 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat Speaker Mohamad Ariff Md Yusof says Lim Guan Eng will not be referred to Parliament s Rights and Privileges Committee despite the opposition s push on claims that the finance minister had misled the house over the ...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini