Mana Datangnya 2 3 Sokongan Kepada Langkah Meroyan Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Tan Sri  Muhyiddin Yassin tumbang selepas memperolehi majoriti kukuh untuk  membentuk kerajaan.
“Saya telah mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan daripada ahli  parlimen untuk saya persembahan kepada Yang di-Pertuan Agong. Dan ingin  saya menyatakan di sini majoriti dan sokongan itu dalam kalangan Melayu  dan Islam,” katanya
Jelasnya lagi, Anwar sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada semalam jam  11 pagi.
Namun pertemuan tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan baginda yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
“Sokongan itu adalah kukuh dan meyakinkan, lebih daripada majoriti  kecil 5, 10. Mengapa saya tak nak sebut sekarang? sebab saya letakkan  penghormatan kepada Agong yang sepatutnya perkara terperinci perlu  dimaklumkan kepada Agong terlebih dulu.
Rancangan pembentukan kerajaan baharu di bawah kepemimpinan Datuk  Seri Anwar Ibrahim dilanda masalah apabila UMNO dan DAP secara jelas  menolak untuk bekerjasama dalam gabungan tersebut. Meskipun Anwar tidak menjelaskan senarai nama ahli Parlimen UMNO  secara khusus yang menyokongnya, Presiden PKR itu berkata dalam gabungan  baharu tersebut ia melibatkan UMNO yang merupakan parti orang Melayu.
Bagaimanapun, ahli Parlimen UMNO yang nama mereka tersebar kerana dikatakan bersama Anwar seorang demi seorang menafikannya. 
Setakat  ini 15 dari 19 Ahli Parlimen UMNO yang diwar-warkan menyokong Anwar menyatakan tidak akan menyokong Anwar sama sekali. 
Sebelum itu PAS dan GPS dengan tegas dan jelas menyatakan akan terus bersama-sama dengan PN dan menyokong TSMY sebagai PM.
Warisan dan DAP memberitahu, tidak akan bekerjasama dengan UMNO. 
DAP pula secara tegas menjelaskan tidak akan bekerjasama dengan  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apatah lagi bersama UMNO dalam  gabungan baharu yang bakal dibentuk Anwar.
Ia dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dengan  menegaskan, walaupun kesemua 43 ahli Parlimen DAP sebelum ini menyatakan  sokongan penuh terhadap kerajaan baharu Anwar, namun ia berubah apabila  mendapat tahu ia mempunyai kerjasama dengan UMNO.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Setiausaha Agung Barisan  Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Guan Eng supaya  bertenang dan tidak perlu sakit kepala memikirkan ‘kerjasama’ UMNO  dengan Anwar.
Katanya, parti itu juga memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan  sekali-kali bekerjasama dengan mana-mana pakatan parti yang di dalamnya  ada DAP.
Sangat kesian kepada penyokong PH terutama PKR yang begitu bersemangat kononnya kerajaan PN akan tumbang. Katanya takkan Anwar nak bermain dengan Agong. Tapi kalau orang kenal Anwar secara mendalam memang dia boleh buat apa sahaja kerana dia ada bukan 2 wajah, malah lebih daripada itu. Wajah warak, wajah dajal..
Cybertropper bodoh mula menyerang dan kebanyakkan kepada lebai PAS kononnya PAS akan hilang kedudukan apabila kerajaan tumbang. Ini pun kesian juga, sudahlah makan gaji haram dengan membuat fitnah dan auta... tapi bodoh pula dalam emmahami isu.
Kita masih tertanya-tanya datang mana 2/3 sokongan kepada langkah meroyan Anwar ini? Adakah ini penamat kepada politik Anwar setelah 20 tahun menanti jawatan PM?
MR :    Anwar patut dilantik Pengerusi ABIM semula!
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/09/mana-datangnya-23-sokongan-kepada.html