Sokongan Dap Pada Anwar Berbunyi Cukup Kelusi Wa Sokong Tarak Cukup Kalu Wa Lambong
Secara tiba-tiba Anwar buat satu kejutan yang sekali lagi akan mengheret seluruh negara kepada kemelut politik.
Dalam satu kenyataan akhbar yang diadakan Anwar laki bini serta disertai oleh Saifuddin Nasution, Anwar mendakwa sudah mempunyai kerusi yang cukup untuk menubuhkan sebuah kerajaan.
Malah dengan nada angkuh, Anwar mengumumkan, dengan sokongan yang beliau telah perolehi, maka Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin sudah tumbang.
Admin tidak mahu mengambil pendapat sama ada dari orang politik atau netizen yang banyak membuat komen-komen panas dalam media sosial, bukannya tujuan admin memperlekehkan pandangan dan komen-komen tersebut, tetap[i bagi admin, isu pembubaran parlimen, pertukaran Perdana Menteri bukanlah isu yang kecil
Ia adalah isu yang melibatkan perlembagaan negara, jadi biarlah pakar yang bersuara dalam isu-isu sebegini
Salah seorang pakar perlembagaan negara yang tersohor ialah Profesor Madya Dr. Shamrahayu Aziz, seorang pensyarah dan Profesor Madya di Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ciapan yang cukup padat dan ringkas dari Profesor Madya Dr. Shamrahayu ialah apakah seorang Ahli Parlimen biasa mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk mengumumkan kejatuhan sebuah kerajaan yang memerintah
Seperti yang disarankan oleh Profesor Madya Dr Shamrahayu Aziz, Perkara 43(4) secara jelas menyatakan, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kesimpulannya, mengikut perlembagaan, Anwar tidak boleh mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri yang baharu atau membentuk sebuah kerajaan yang baharu atau mengumumkan kerajaan yang ada sekarang sudah tumbang
Sekiranya benar Anwar mempunyai bilangan majoriti yang mencukupi di dalam Dewan Rakyat, ianya terpulang kepada Muhyiddin Yassin sama ada untuk meletak jawatan atau menasihatkan SPB YDP Agong untuk membubarkan parlimen bagi tujuan mendapatkan mandat baru dari rakyat melalui PRU 15
Sebenarnya bukan tujuan admin untuk mengulas kemelut politik terbaru yang dicetuskan Anwar sebab sudah ramai yang mengulasnya, tetapi kerana ada permintaan dari rakan-rakan yang masih keliru, maka admin jelaskan secara ringkas
Apa yang menarik perhatian admin di dalam kemelut politik terbaru ini ialah sikap setiakawan DAP terhadap PKR, khususnya terhadap Anwar Ibrahim
"Kami mengambil maklum pengumuman tadi bahawa beliau mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan".
"Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan", kata Lim Guan Eng.
Ada 2 perkara yang ingin admin ulas berdasarkan kenyataan dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Pertama, ternyata DAP ialah sebuah parti parasit yang akan menempel kepada mana-mana parti yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka.
Sikap ini sebenarnya adalah sikap semulajadi ahli politik DAP.
Waktu berlaku perpecahan dalam UMNO akibat dari krisis antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, DAP melihat Anwar mampu untuk menarik sebahagian besar dari undi Barisan Nasional, maka dengan pantas DAP berpura-pura menjalinkan hubungan baik dan kerjasama dengan Anwar Ibrahim, maka wujudlah PKR.
Begitu juga sebelum itu, ketika wujud pakatan parti politik di dalam Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat, DAP melihat PAS sebuah parti yang mempunyai potensi untuk memecah belahkan undi masyarakat Melayu dan menggugat kekuatan sokongan terhadap UMNO, maka DAP mengambil sikap untuk berbaik-baik dengan PAS.
Dan ketika meletus krisis antara Dr Mahathir dan DS Najib, DAP merasa yakin Dr Mahathir mampu menarik undi masyarakat Melayu, maka wujudlah PPBM yang akhirnya menyertai Pakatan Harapan.
Demi kuasa, walau pun DAP tahu tidak mungkin Dr Mahathir akan menunaikan janji beliau, namun DAP sanggup mengenepikan Anwar Ibrahim dari dinamakan sebagai Perdana Menteri ke 7 dan bersetuju untuk mengikut syarat yang dikenakan oleh Dr Mahathir untuk melantik beliau sebagai Perdana Menteri ke 7 dan selepas 2 tahun, peralihan kuasa kepada Anwar akan dilakukan.
Dan kini, setelah terlanjur menyetujui dengan cadangan Dr Mahathir untuk menamakan Shafie Apdal sebagai calun Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan kembali memerintah, DAP mengambil sikap tunggu dan lihat.
Apatah lagi DAP secara terbuka pernah meminta Anwar supaya memberi laluan kepada Shafie Apdal sebagai calun Perdana Menteri dari Pakatan Harapan.
Sekiranya benar Anwar memiliki kerusi yang mencukupi, maka DAP akan menyertai Anwar dan meninggalkan Dr Mahathir tetapi sekiranya Anwar tidak memiliki kerusi yang mencukupi, maka DAP akan bersikap mesra dengan Dr Mahathir.
Dalam lain perkataan, sama ada apa yang Anwar dakwa adalah benar atau tidak, DAP tidak akan rugi apa-apa.
Perkara kedua yang mahu admin ulas ialah sikap penipu DAP yang memang tersohor dari dulu, kini dan selamanya.
Admin petik kata-kata Lim Guan Eng :
"Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan"
Hello DAP, parti politik yang ada di dalam Pakatan Harapan atau Pakatan Harapan 2.0 sekarang ini cuma 3 sahaja, PKR, DAP dan PAN.
Dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, Presiden sudah pasti akan memberikan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim.
Presiden PAN pula sudah menyatakan sokongan 11 Ahli Parlimen PAN kepada Anwar.
PPBM bukan lagi gabungan Pakatan Harapan, manakala parti baharu Dr Mahathir, Pejuang, juga bukan ahli gabungan Pakatan Harapan.
Jadi cuma yang belum menyatakan pendirian cuma DAP sahaja.
Kenapa Lim Guan Eng keluarkan kenyataan begitu?
Sekiranya apa-apa berlaku, DAP tidak mahu dipersalahkan, yang akan dipersalahkan ialah Majlis Presiden Pakatan Harapan dan alasan keputusan yang dibuat adalah dalam bentuk konsensus di dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Itulah sikap dan wajah sebenar DAP, yang peliknya, masih ramai yang tidak sedar!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2020/09/sokongan-dap-pada-anwar-berbunyi-cukup.html