Pemain Manchester United meraikan kejayaan muncul juara Piala FA selepas membenam Manchester City 2-1 di Stadium Wembley.
( 📸 ©Reuters)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
United julang Piala FA, layak ke Eropah
WEMBLEY: Manchester United memilih detik terbaik untuk menyelamatkan musim buruk mereka apabila mengejutkan Manchester City 2-1 untuk menjulang Piala FA buat kali pertama sejak 2016 di Stadium Wembley, sebentar tadi.
Pemain Manchester United meraikan jaringan Kobbie Mainoo pada aksi final Piala FA.
(📸 ©REUTERS)
Kemenangan ke atas juara Liga Perdana Inggeris itu membolehkan Red Devils turut menempah tiket ke Liga Europa musim depan selepas sekadar menamatkan kempen liga di tangga kelapan - kedudukan terburuk sejak 1990.
Pemain Manchester United, Lisandro Martinez dan pengurus pasukan, Erik ten Hag meraikan kejayaan United memenangi Piala FA.
(📸 ©REUTERS)
Lebih manis, anak buah Erik Ten Hag juga berjaya menghalang musuh tetangga itu daripada melakar sejarah menjadi pasukan pertama memenangi liga dan Piala FA dua musim berturut-turut.
Reaksi kecewa pemain Manchester City, Erling Braut Haaland selepas pasukannya tewas pada aksi final.
(📸 ©REUTERS)
Malah, mereka mengejutkan City apabila mendahului pada minit ke-30 menerusi Alejandro Garnacho yang memanfaatkan kesilapan pertahanan, Josko Gvardiol dan penjaga gol, Stefan Ortega.
Salah faham antara pertahanan Manchester City, Josko Gvardiol dan penjaga gol, Stefan Ortega membolehkan Alejandro Garnacho menjaringkan gol pertama United.
(📸 ©REUTERS)
Sembilan minit kemudian, gawang City bolos lagi apabila pemain muda, Kobbie Mainoo menjaringkan gol kedua dengan gerakan menarik untuk mengukuhkan kedudukan United.
Pemain Manchester United, Kobbie Mainoo menjaringkan gol kedua pasukannya.
(📸 ©REUTERS)
Walaupun pemain gantian, Jeremy Doku merapatkan jurang buat City pada minit ke-87 dengan rembatan dari luar kotak penalti, jaringan itu bagaimanapun sudah terlewat untuk anak buah Pep Guardiola mengheret aksi ke masa tambahan sekali gus membolehkan United tidak menamatkan musim ini dengan tangan kosong. - AGENSI
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |