Mama Stres Ketika Menyusu Bayi Turut Merasainya Gembira Ketika Menyusukan Anak Kenyang Susu Pun Meriah


Susu ibu dihasilkan mengikut konsep Demand and Supply, selagi penyusuan kerap dari anak mahupun rangsangan kerap akan dapat menggalakkan penghasilan susu. Bukan sahaja perlu cukup rehat, ibu yang menyusukan anak harus mengikut jadual pemakanan yang betul dan perlu berada dalam persekitaran positif untuk merangsang penghasilan susu.
Salah satu cara untuk membuatkan ibu tenang adalah dengan menyusukan anak terus dari badan. Jika terbeban dengan tekanan melampau, eloklah ibu mengambil inisiatif untuk berehat dan bertenang kembali. Minta bantuan dari suami atau keluarga untuk menguruskan anak sementara anda ambil masa untuk diri sendiri. Ikuti perkongsian tentang isu ini oleh kaunselor penyusuan bertauliah, Nur Azafirah Binti Azrani.
Faktor Yang Membuatkan Ibu Stres
Banyak faktor yang menyebabkan ibu menyusu stres. Di awal kelahiran biasanya ibu rasa kekok dengan kelahiran baru. Bayi yang baru dilahirkan biasanya akan menyusu sekurang-kurangnya lapan ke 12 kali atau lebih dalam sehari. Berikut faktor yang membuatkan ibu stres:
Letih membuatkan ibu rasa tertekan kerana di awal kelahiran digalakkan untuk menyusukan anak di payudara setiap 1 jam. Ibu yang baru melahirkan perlu tenang dan menganggap proses ini ada lah fitrah semulajadi seorang bayi, hisapan membuatkan bayi lebih tenang.
Tiada sokongan dari suami atau keluarga. Faktor ini selalu membuatkan ibu rasa keseorangan dalam memperjuangkan susu ibu. Kajian menunjukkan jika seorang ibu dapat sokongan dari suami dalam penyusuan susu ibu, tinggi peluang untuk ibu terbabit berjaya dalam penyusuannya.
Luka di payudara juga membuatkan ibu rasa tertekan untuk meneruskan penyusuan. Luka akibat penyusuan selalunya terjadi apabila lekapan pada payudara tidak betul seterusnya membuatkan ibu trauma untuk menyusukan anak. Ada juga yang disebabkan penggunaan pam yang salah ataupun infeksi pada payudara. Tongue tie pada bayi juga adakala menyebabkan lekapan tidak baik dan luka pada puting payudara.
Ketika ibu mengepam pada awal kelahiran, susu tidak akan memancut kerana kolestrum sifat semulajadinya memang pekat dan likat. Kolestrum ini akan terbazir kerana ia melekat pada corong semasa ibu mengepam. Keadaan ini membuatkan ibu tertekan kerana menyangka dia tiada susu kerana susu tidak memancut atau keluar banyak.
Tangisan bayi turut membuatkan ibu tertekan kerana tidak faham dengan maksudnya. Ramai yang menyangka tiap kali bayi menangis ianya tanda bayi tidak cukup susu. Ibu boleh belajar cara menangani tangisan bayi yang baru melahirkan. Tangisan adalah komunikasi bayi.  Lapar, sejuk, takut dengan dunia baru, panas, tak selesa, kembung dan bermacam lagi punca bayi menangis.
Apa Boleh Buat Untuk Kurangkan Stres?
Ibu yang mengalami tekanan boleh berkongsi dengan suami, keluarga atau rakan-rakan tentang masalah yang anda hadapi. Jika boleh, berkongsi ilmu dan pengalaman bersama rakan yang turut memperjuangkan usaha menyusukan anak serta boleh memberi nasihat secara positif. Lebih mudah jika anda menyertai grup penyusuan. Oleh itu anda akan dapat belajar dan mendapatkan nasihat daripada para ibu yang berjaya menyusukan anak mereka.
Selain itu, anda boleh menghubungi kaunselor penyusuan atau bertanyakan kepada jururawat tentang ilmu penyusuan. Pilihlah untuk menghadiri konsultasi secara berdepan kerana masalah penyusuan tidak boleh selesai dengan hanya pembacaan atas talian. Ajak suami untuk sama-sama ke kelas penyusuan agar dia tahu peranannya untuk membantu usaha anda.
Ibu yang stres juga boleh mencuba untuk kekal positif dengan berada dalam persekitaran positif. Anda boleh mencuba teknik tarik nafas dalam sebanyak 3 kali sebelum menyusukan atau mengepam. Kemudian, minumlah segelas air suam.
The post Mama Stres Ketika Menyusu, Bayi Turut Merasainya. Gembira Ketika Menyusukan, Anak Kenyang & Susu Pun Meriah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mama-stres-ketika-menyusu-bayi-turut-merasainya-gembira-ketika-menyusukan-anak-kenyang-susu-pun-meriah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu Dan Anak Bayi

Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu Dan Anak Bayi

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 1439 hits
Dewasa ini membuat persediaan bagi menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang menggembirakan serta membuat anda menjadi lebih sibuk Sebelum mengambil sebarang keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda pertimbangkan mengenai penyus...
Detik Gembira Sambut Anak Lelaki Yang Lama Ditunggu Bertukar Sayu Isteri Koma Bayi Alami Kerosakan Otak

Detik Gembira Sambut Anak Lelaki Yang Lama Ditunggu Bertukar Sayu Isteri Koma Bayi Alami Kerosakan Otak

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 267 hits
Sebaik mengetahui jantina anak dalam kandungan isterinya Sapawi Mat Din 44 adalah orang paling gembira kerana penantiannya untuk memiliki anak lelaki selepas mempunyai tiga anak perempuan akhirnya tercapai Namun tarikh 27 Disember lalu yang...
Bolehkah Saya Menyusu Anak Ketika Saya Tidak Sihat Anda Perlu Tahu Bila Waktu Sesuai Untuk Menyusu

Bolehkah Saya Menyusu Anak Ketika Saya Tidak Sihat Anda Perlu Tahu Bila Waktu Sesuai Untuk Menyusu

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 319 hits
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan Namun yang demikian percaya atau tidak menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda bahkan boleh jadi bermanfaat ke...
Guna Walker Ganggu Stimulasi Lambatkan Anak Berjalan Risiko Bayi Tercekik Cedera Kepala Otak Tinggi

Guna Walker Ganggu Stimulasi Lambatkan Anak Berjalan Risiko Bayi Tercekik Cedera Kepala Otak Tinggi

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 306 hits
Penggunaan walker perlu difikirkan semula Kalau niatnya nak latih anak berjalan ibu ayah perlu fahami risiko risiko ini Ramai ibu bapa yang mempunyai bayi sudah tidak sabar untuk melihat perkembangan si kecil Apatah lagi untuk membantu pros...
Anak Yang Tak Hisap Botol Susu Pun Boleh Kena Karies Gigi Karies Botol Susu Hanya Pada Nama

Anak Yang Tak Hisap Botol Susu Pun Boleh Kena Karies Gigi Karies Botol Susu Hanya Pada Nama

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 429 hits
Karies botol susu hanya pada nama kerana anak yang tak guna botol pun masih boleh dijangkiti Kenapa boleh berlaku Ikuti perkongsian daripada juruterapi pergigian KARIES BOTOL SUSU hanya pada nama Kalau tak hisap botol pun still boleh jadi J...
Bapa Ditembak Bertubi Tubi Pada Tubuh Untuk Lindungi Anak Kecil Ketika Serangan Pengganas Di Masjid

Bapa Ditembak Bertubi Tubi Pada Tubuh Untuk Lindungi Anak Kecil Ketika Serangan Pengganas Di Masjid

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 270 hits
Seluruh dunia digemparkan dengan kejadian tembakan rambang oleh pengganas yang dilakukan di dua buah masjid di New Zealand ketika umat islam ingin menunaikan solat jumaat Wajah Pengganas Pengganas tersebut menyasarkan umat islam sebagai sas...
Rm76 Untuk Mama Makan Reaksi Spontan Anak Menyentuh Hati Bertuahnya Dari Kecil Dah Memahami

Rm76 Untuk Mama Makan Reaksi Spontan Anak Menyentuh Hati Bertuahnya Dari Kecil Dah Memahami

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 536 hits
Dengan hanya usikan tidak disangka sangka si anak menyerahkan sejumlah wang untuk ibu tanpa berfikir panjang Ya Allah bertuahnya ibu ini mempunyai anak yang prihatin EQ si anak tinggi Gambar hiasan Perkongsian daripada ibu yang enggan diken...
Dah Berbulan Bulan Cuba Beri Anak Botol Susu Tetapi Gagal Akhirnya Ibu Ini Berjaya Dengan Menggunakan Botol Picit

Dah Berbulan Bulan Cuba Beri Anak Botol Susu Tetapi Gagal Akhirnya Ibu Ini Berjaya Dengan Menggunakan Botol Picit

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 303 hits
Bukan senang untuk ibu ibu membiasakan anak menyusu menggunakan botol susu apabila mereka sudah lama menyusu secara terus dari ibunya Masalah ini biasanya terjadi pada ibu ibu yang bekerjaya yang perlu menyediakan botol susu untuk anak Puan...
Anak Dibawa Bersama Ketika Mengedar Dadah

Anak Dibawa Bersama Ketika Mengedar Dadah

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 296 hits
BAWA anak untuk mengedar dadah Itu dilakukan suami bersama bekas isterinya yang dicekup bersama dua lagi rakan mereka ketika menunggu pelanggan membeli dadah di tepi jalan Tingkat Teluk Kumbar Balik Pulau Isnin lalu Serbuan yang dilakukan B...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan