Mama Menangis Khatan Anak Usia 1 Bulan Mira Filzah Kongsi Pengalaman


Sebak, sedih, terharu, cemas begitulah perasaan yang dirasai oleh seorang ibu apabila anak lelaki akan dikhatankan. Lebih mencemaskan jiwa apabila anak yang bakal dikhatankan masih terlalu kecil.
Begitulah perasaaan yang dirasai oleh selebriti terkenal, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah, 29, ketika menanti cahaya mata sulungnya dikhatankan semalam.


Bercerita tentang pengalaman pertama kali menguruskan anak yang dikhatankan, ternyata ianya bukanlah mudah lagi-lagi cahaya mata sulungnya baru berusia 33 hari namun ianya tetap menjadi memori yang akan diingati sampai bila-bila.

“Papa dan mama sangat berbangga baiknya kamu semasa ‘sunat’/khatan! Mama menangis bila mendengar tangisanmu pada mulanya. Papa tak menangis tetapi ngilu.

“Boleh dikatakan sepanjang proses khatan kamu tenang dan senyap. Senang Dr nak buat kerja. Bak kata Dr Razak “..depan sudah lepas, bawah pun sudah lepas.. you’re a cool baby”. Alhamdulillah, well done son. May you recover swiftly our dearest little champ!” titipnya.
Rata-rata berkongsi pendapat tentang berkhantan seawal usia bayi.
norhasliza.mutalib
Alhamdulillah senang nk jaga sunat masa baby
cyrabubu
Alhamdulillah! inshaAllah 2 hari dah kering! sgt mudah jaga baby boy sunat 😍😍😍 #sunnahrasulullah
adilalmi
Alhamdulillah inshaAllah sunat time baby ni actually lg cpt sembuh. Baby saya sunat time 4bulan. Dlm seminggu je dh sembuh.
aisyaaajasmeen
Sejak ada anak la baru faham macam mana mak kita sayang dan jaga kita dari kecil. Alhamdulillah diberi rezeki merasa menjadi seorang ibu. Penat tapi menghiburkan dan InshaAllah menjadi kenangan indah untuk dikenang sampai bila2. Buat yang belum ada rezeki menjadi ibu, dont worry Allah bagi peluang honeymoon lama & rezeki jaga parents / family dengan ada kelapangan masa dan tenaga ❤️ semoga ada rezeki buat kalian. All the best moms 💪🏼

BILAKAH PALING SESUAI SUNAT ANAK LELAKI?
Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan budak lelaki. Antaranya:
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Kebanyakan ulama pula berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada juga ulama yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.
Jadi terpulanglah kepada ibubapa dan penjaga bila nak khatankan anak selagi tak capai umur baligh.
Di sini dikongsikan beberapa tips sebagai persediaan ibu ayah yang bakal sunat bayi lelaki dalam masa terdekat nanti yang dikongsi oleh terapi cara kerja, Puan Maryam Jamadi.
1. Rancang lokasi nak tukar diaper yang lebih selesa dan praktikal di rumah sebab proses menukar diaper pasti ambil masa lebih lama selepas berkhatan untuk proses mencuci dan letak ubat.
2. Selesaikan kerja-kerja rumah yang tertunggak supaya boleh fokus pada pengurusan anak sekurang-kurangnya 2-3 hari pertama. (Basuh cadar, vacuum, mop, basuh baju, bersihkah habuk ataupun apa-apa yang “menyakitkan” mata).
3. Kemas beg anak untuk ke hospital, bawa:
 Spray air (untuk membersihkan anak sebelum proses berkhatan). Diaper yang saiz besar sedikit daripada biasa (3 keping). Kain bedung yang selesa (digunakan nanti) Sepasang baju tambahan (bawa yang jenis baju berbutang bahagian depan). “Nursing cover”.  Puting tiruan (untuk menenangkan anak semasa dan selepas proses berkhatan). Public Health Malaysia pula berkongsi kelebihan dan cara penjagaan berkhatan semasa bayi seperti berikut;
Kurang risiko jangkitan pundi kencing / ginjal pada umur satu tahun. Cepat sembuh iaitu dalam masa 24 hingga 72 jam, Senang dijaga Tidak banyak kerenah pemakanan
Bila waktu sesuai berkhatan untuk bayi?
Sebelum bayi boleh meniarap sendiri.
Kenapa ia sesuai dilakukan sebelum bayi boleh bergerak atau berpusing?
Jika bayi sudah mula bergerak secara aktif, amat sukar untuk melakukan prosedur khatan dengan ‘local block’ atau bius setempat. Jika mahu melakukannya juga, mungkin perlu menggunakan bius keseluruhan atau General Anaesthesia (GA) dengan menidurkan baby dan KIV masukkan tiub dalam mulut untuk bantuan pernafasan.
Apa kelebihan berkhatan sewaktu bayi?
Senang jaga, luka pun cepat sembuh berbanding sunat sewaktu besar.
Apa perlu ibu bapa buat semasa prosedur berkhatan?
Bedung atau pegang tangan dan kaki bayi sambil memberikan susu sewaktu menangis. Baby selalunya akan menangis sewaktu bius diberikan sahaja. Selepas bius mula berkesan, baby tidak akan menangis. Beri rasa selesa dengan menyusukannya.
Berapa lama prosedur khatan?
15 hingga 20 minit. Luka dijahit pada enam poin menggunakan benang halus ‘absorbable’. Benang tersebut akan hilang tanpa perlu risau untuk membuka benang.
Bagaimana prosedur khatan dilakukan?
Semua peralatan yang digunakan adalah steril. Prosedur kecil ini tidak melibatkan doktor pakar bius dan boleh dilakukan di bilik prosedur.
Lepas khatan, bagaimana penjagaannya?
Senang saahaja, cuci seperti biasa. Guna larutan normal saline dan gauze/tisu kering untuk lap-lap. Item tersebut boleh dibeli dari farmasi. Disarankan untuk melarutkan dua sudu garam ke dalam air. Ia boleh digunakan sebagai pengganti normal saline dan menjimatkan kos. Disamping itu, doktor akan membekalkan krim antibiotik (fusidic cream). Sapu dua kali sehari dan tidak perlu balut dengan dressing.
Kalau tiada dressing, tidak sakitkah apabila bersentuhan dengan lampin?
Beli di farmasi krim vaselin dan sapu untuk mengelakkan geseran antara lampin dan kepala zakar.
Berapa lama luka perlu dijaga?
Tidak sampai seminggu, malah adakalanya kurang daripada itu. Biasanya dalam tempoh 24 hingga 72 jam sahaja.
Tidak risau jika bayi asyik menangis?
Ini kelebihan sunat awal. Kebiasaannya pada waktu umur empat bulan ke bawah, bayi menangis disebabkan ingin susu atau buang air besar. Berikan susu atau tukar lampin, insha-ALLAH mereka tidak lagi menangis.
JIKA BAYI ANDA MASIH MENANGIS, LIHAT LUKA, MUNGKIN ADA ISU ATAU BAYI MENGALAMI KESAKITAN. ANDA BOLEH CUBA MEMBERIKANNYA UBAT PARACETAMOL YANG DIBERIKAN OLEH DOKTOR UNTUK MENAHAN SAKIT. JIKA MASIH LAGI MENANGIS, DISARANKAN BAWA MEREKA BERJUMPA DENGAN DOKTOR.
Apakah komplikasi mungkin berlaku?
Seperti mana-mana prosedur pembedahan, terdapat risiko komplikasi yang perlu diketahui oleh ibu bapa. Meatitis iaitu keradangan pembukaan uretra atau stenosis meatal dan penyempitan pembukaan uretra, risiko untuk dua perkara di atas ini berlaku dikurangkan dengan adanya kulup. Tapi apabila ia dibuang, risiko untuk perkara di atas akan meningkat. Cara untuk nak mengurangkan risiko adalah dengan menukar lampin dengan kerap.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Mama Menangis” Khatan Anak Usia 1 Bulan, Mira Filzah Kongsi Pengalaman appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mama-menangis-khatan-anak-usia-1-bulan-mira-filzah-kongsi-pengalaman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ini Kongsi Step By Step Ajar Anak Pandai Membaca Boleh Mula Seawal Usia Bayi 6 Bulan

Ibu Ini Kongsi Step By Step Ajar Anak Pandai Membaca Boleh Mula Seawal Usia Bayi 6 Bulan

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 174 hits
Kajian menunjukkan masa paling sesuai untuk ajar anak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 ketika lahir 50 ketika berumur 6 bulan 85 ketika berumur 3 tahun dan 95 ketika mencapai umur enam tahun Macam mana nak aj...
Kita Standby Tudung Sarung Je Lah Mira Filzah Kongsi Barang Keperluan Ke Hospital Nak Bersalin

Kita Standby Tudung Sarung Je Lah Mira Filzah Kongsi Barang Keperluan Ke Hospital Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 197 hits
Selepas bergelar mama dan melalui fasa berpantang membuatkan pelakon cantik Mira Filzah banyak berkongsi pengalaman yang dilalui sepanjang hamil melahirkan dan berpantang Baru baru ini bekas pengacara Nona ini membuka ruangan soal jawab di ...
Bapa Ini Kongsi Cara Latih Anak Menangis Boleh Cool Down Sendiri Sejak Bayi

Bapa Ini Kongsi Cara Latih Anak Menangis Boleh Cool Down Sendiri Sejak Bayi

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 209 hits
Tangisan bayi adalah isyarat untuk dia berkomunikasi dan nak beritahu sesuatu Jadi sebagai ibu bapa perlu faham adakah tangisan itu adalah tangisan sebab sakit atau untuk nak perhatian Ada sesetengah pihak berpendapat bila bayi menangis buk...
Seawal Usia 7 Bulan Dah Diajar Pegang Makanan Ibu Ini Guna 5 Tip Latih Anak Makan Sendiri

Seawal Usia 7 Bulan Dah Diajar Pegang Makanan Ibu Ini Guna 5 Tip Latih Anak Makan Sendiri

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 285 hits
Bukan mudah untuk ajar anak suap makan sendiri lebih lebih lagi jika anak masih berusia tiga tahun ke bawah Namun bak kata pepatah Melentur buluh biarlah daripada rebungnya Ini tip berkesan daripada Puan Asnadirah tentang cara ajar anak mak...
Usia Kandungan Cecah 5 Bulan Jeon Hyebin Kongsi Foto Kehamilan

Usia Kandungan Cecah 5 Bulan Jeon Hyebin Kongsi Foto Kehamilan

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 262 hits
Ramai rasanya pelakon wanita Korea yang sedang sarat mengandung kini Terbaru Jeon Hye bin tidak kisah untuk menayangkan perutnya yang kian sarat dek mengandung anak pertama Kandungan sudah pun mencecah usia 5 bulan pelakon wanita itu diliha...
Dia Ada Kerja Je Sedih Mira Filzah Seronok Pantang Tiap Hari Belajar Benda Baru

Dia Ada Kerja Je Sedih Mira Filzah Seronok Pantang Tiap Hari Belajar Benda Baru

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 149 hits
Buah hati kesayangan ramai Mira Filzah yang kini sedang berpantang mengakui momen berpantangnya adalah hari hari yang banyak membuatkan dirinya belajar tentang banyak perkara Lebih lebih lagi mengenal bayinya dan menguruskan semua perkara M...
Anak Usia 6 Tahun Perlu Berhenti Tidur Siang Ini Tempoh Nap Yang Ideal Untuk Si Kecil

Anak Usia 6 Tahun Perlu Berhenti Tidur Siang Ini Tempoh Nap Yang Ideal Untuk Si Kecil

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 184 hits
Tidur siang hari adalah sama pentingnya dengan melelapkan mata pada waktu malam Ia membantu memastikan anak mendapatkan waktu rehat yang diperlukan setiap hari Jom ketahui lebih lanjut mengenai manfaat tidur siang untuk anak Manfaat tidur s...
Han Jihye Kongsi Foto Suami Anak Sulung Mereka

Han Jihye Kongsi Foto Suami Anak Sulung Mereka

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 182 hits
Biasanya artis Korea lebih senang menyembunyikan perihal peribadi daripada pengetahuan umum ARTIKEL BERKAITAN Namun pelakon Han Ji hye kelihatan selesa berkongsi gambar keluarganya baru baru ini Bahkan wanita itu turut mendedahkan foto anak...
Ibu Ini Kongsi Resepi Makanan Yang Tinggi Kalori Sesuai Untuk Tambah Berat Anak Kecil

Ibu Ini Kongsi Resepi Makanan Yang Tinggi Kalori Sesuai Untuk Tambah Berat Anak Kecil

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 287 hits
Ibu bapa mana yang tak risau bila tengok berat badan anak tak meningkat kan Jangan risau kerana ada beberapa jenis makanan sesuai yang tinggi kalori buat si manja MAKANAN YANG TINGGI KALORI SESUAI UNTUK ANAK KECIL 1 kekacang kekacang mmg ti...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni