Malunya Saya Kalau Berbahasa Melayu


Hakim, peguam sendiri halang guna bahasa Melayu di mahkamah
Sudah sampai masanya bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam proses perundangan dan perbicaraan tanpa mengira hierarki mahkamah itu sendiri, tegas Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Beliau berkata, penggunaan bahasa Melayu di mahkamah dihalang oleh sikap hakim dan peguam, yang mana sebahagian daripada mereka tidak dapat menerima hakikat kedudukan bahasa Melayu di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Menulis dalam Sinar Harian hari ini, Zainul Rijal berkata, ia jelas dilihat apabila prosiding mahkamah masih berterusan menggunakan bahasa Inggeris.

“Kenapakah perkara sebegini masih berlaku? Seolah-olah terdapat penolakan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan di mahkamah. Tidak lain tidak bukan ia disebabkan oleh sikap para hakim dan peguam itu sendiri.

“Ramai yang mengatakan bahawa bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan tepat bagi mentafsirkan sesuatu. Oleh yang demikian ia tidak sesuai dijadikan bahasa pengantara di mahkamah.

“Hujahan ini tidak dapat diterima kerana jika kita tidak memberi ruang dan peluang kepada bahasa Melayu, bagaimanakah laras bahasa Melayu itu akan berkembang? Bahasa Inggeris telah jauh ke hadapan kerana penggunaannya yang meluas,” katanya.

Dalam pada itu, Zainul Rijal tidak menafikan bahawa ada juga hakim di mahkamah atasan yang bertegas mengarahkan perbicaraan dijalankan dalam bahasa Melayu.

Namun, ada juga dalam kalangan peguam dan hakim Melayu yang meminggirkan bahasa ibunda mereka sendiri dan mengagungkan bahasa asing atas pelbagai alasan, katanya.

“Realitinya, buat masa ini di mahkamah-mahkamah atasan, apabila sesuatu prosiding dilakukan dalam bahasa Melayu, seolah-olah peguam tersebut adalah peguam kelas kedua dan tidak dapat mengendalikan perbincangan dengan baik. Persepsi inilah yang harus dikikis daripada kalangan peguam dan hakim.

“Malah, ada juga yang mengatakan oleh kerana mereka belajar undang-undang dalam bahasa Inggeris, agak sukar bagi mereka mengendalikan kes dalam bahasa Melayu. Perkara ini sebenarnya adalah alasan terlalu remeh. Kita akan dapati bahawa ada universiti tempatan yang mengajar undang-undang dalam bahasa selain bahasa Melayu,” katanya.

Lebih dikesali, Zainul Rijal berkata, ada juga peguam yang mengandaikan sekiranya mereka menggunakan bahasa Melayu dalam perbicaraan, akan memprejudiskan hak-hak anak guam mereka daripada mencapai keadilan.

“Sebenarnya ini adalah manifestasi dan pengakuan mereka sendiri yang enggan menggunakan bahasa Melayu.

“Sebagai seorang warganegara Malaysia, sudah pasti tanggungjawab kita memartabatkan bahasa kebangsaan. Pihak kerajaan pernah menukar nama bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia dengan harapan masyarakat bukan Melayu akan lebih terbuka hati mereka menggunakan bahasa tersebut, tetapi tindakan itu ibarat mencurah air ke daun keladi sahaja,” katanya. - https://www.ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/01/malunya-saya-kalau-berbahasa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lemang Toki Bentong Pahang Dan Itik Panggang Kampung Melayu Subang

Lemang Toki Bentong Pahang Dan Itik Panggang Kampung Melayu Subang

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 749 hits
Sengaja ku ajak anak anak makan sedikit jauh dari biasa kali ini dan dah seperti Jalan jalan Cari Makan jadinya dari sarapan pagi hingga ke malam Tersasar dari landasan sedikit je kali ni Lepas sarapan Bentong destinasi pilihan Pertama kali...
Bagi Pas Dan Umno Pru14 Tragedi Buat Melayu Islam

Bagi Pas Dan Umno Pru14 Tragedi Buat Melayu Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 473 hits
PRK CAMERON Malam tadi menandakan kali pertama Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan bergandingan dalam satu pentas ceramah Bertempat di kubu kuat PAS di Felda Sungai Koyan mereka menyifatkan PRU ke 14 yang ...
Evolusi Busana Melayu

Evolusi Busana Melayu

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 835 hits
Bangsa Melayu adalah bangsa yang bertamadun Sejarah tertulis bangsa ini terkenal dengan kerja seni yang halus walaupun terdapat penyangak sejarah cuba memutarbelitkan fakta Busana Melayu telah mengalami perubahan yang begitu menakjubkan ses...
Menteri Melayu Ph Tidak Mampu Sekat Agenda Dap

Menteri Melayu Ph Tidak Mampu Sekat Agenda Dap

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 534 hits
KOMEN dari seorg Akauntan Kerajaan DAP PH sedar bahawa kadar financial literacy di kalangan rakyat Malaysia terutama Bumiputera dan Muslim adalah lemah Malah amat kurang Bumiputera dan Muslim yang betul betul faham erti sebenar sistem perak...
Kedai Greenlite Kedai Elektrik Dan Hardware Milik Melayu Islam

Kedai Greenlite Kedai Elektrik Dan Hardware Milik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 1300 hits
Bukan senang nak cari kedai elektrik dan hardware kepunyaan orang Melayu Islam Atas dasar fardu kifayah ada juga hamba Allah yang buka kedai elektrik dan hardware Ok di area Gombak Selangor ada sebuah kedai Greenlite yang menjual dan membek...
Taktik Zionis Telah Dijalankan Kepada Tanah Melayu Hishamuddin Rais

Taktik Zionis Telah Dijalankan Kepada Tanah Melayu Hishamuddin Rais

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 452 hits
Kisah Hidup Melayu Islam Singapura yang dulu sebahagian Tanah MelayuPada tahun 1948 Tanah Melayu adalah tanah jajahan Inggeris Singapura ada sebahagian dari Tanah Melayu Sebelum Inggeris menjajah melalui Perjanjian Pangkor 1874 majoriti pen...
Kembali Lah Kamu Mengenal Melayu 9069

Kembali Lah Kamu Mengenal Melayu 9069

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 484 hits
Sayangnya Negeri negeri Islam Melayu terus terjajah oleh Bangsa Thai akibat persekongkolan Bangsa Thai dengan Bangsa Inggeris dengan termatrinya Perjanjian Bangkok 1909 dan menggagalkan usaha Negeri negeri tersebut untuk menyertai Persekutu...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Ronaldo Jadi Tumpuan Aksi Separuh Akhir Piala Super Saudi Di Hong Kong

Razor Sharp 5 Cars That Cure The Two Wheel Craving

The Weekend That Brought Us Back To Simple Joy

Pemuda Umno Pahang Jangan Jadi Penonton Bisu

Lima Remaja Didakwa Guna Perkataan Mencela Terhadap Zara Qairina


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Tenang Judika X Andi Rianto

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Terkini Di Sebuah Klinik Pergigian Swasta Di Johor

Cubaan Bunuh Sebabkan Kecederaan Penuntut Warga China Diarah Pemeriksaan Psikiatri

10 Makanan Patut Elak Dimasak Dengan Air Fryer

Penerbit Rancangan Rtm Azizi Harun Meninggal Dunia

Sofia Rahmah Suara Terakhir Zara Qairina Chord