Kembali Lah Kamu Mengenal Melayu 9069



Sayangnya Negeri-negeri Islam Melayu terus terjajah oleh Bangsa Thai akibat persekongkolan Bangsa Thai dengan Bangsa Inggeris dengan termatrinya Perjanjian Bangkok 1909 dan menggagalkan usaha Negeri-negeri tersebut untuk menyertai Persekutuan Tanah Melayu sebelum kemerdekaan 31 Ogos 1957. Singapura dan Pulau Batu Putih Islam dijajah oleh Bangsa China yang sebelumnya kaum pendatang yang diberi kerakyatan secara percuma. Pengorbanan terbesar Melayu Islam untuk Buddha? 

Alam Melayu
Nota Sejarah Melayu berkongsi pautan.3 jam ·50223145_2055566444482160_8734016283625914368_o.jpg
Dokumentasi Warkah Sultan Kedah Diiktiraf UnescoBy Safwan A'seri 18/07/2017Sumber: Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid TH 1306-1307, TM 1880-1889, koleksi peribadi penulis yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah.

Selain Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dianggap sebagai sebuah karya kebangsaan yang terhasil daripada pemikiran Melayu yang berdaya intelektual tinggi dan diakui oleh UNESCO sebagai penulisan agung dalam khazanah Melayu. Di Malaysia terdapat sebuah lagi koleksi penulisan yang turut mendapat pengiktirafan dunia yang tidak ramai menyedarinya. 

Koleksi yang dimaksudkan tersebut adalah Surat-Surat Sultan Abdul Hamid, Kedah. Secara umum, surat-menyurat Melayu antara warisan bangsa yang memiliki nilai yang tinggi. Intipati dan lenggok bahasa surat yang indah di mana ia menggabungkan segala unsur dalam aspek kebudayaan, ketamadunan serta cita rasa Melayu itu sendiri. Keindahan hiasan khat unik, kepelbagaian motif ukiran flora dan simetri di sekeliling surat digabung dengan luahan spiritual penulis menerusi kehalusan laras bahasa, kertertiban ukiran cap mohor menonjolkan lagi keunikan yang termuat dalam surat-surat berkenaan. 

Koleksi surat-menyurat ini menjadi bahan rujukan utama para penyelidik dari pelbagai cabang ilmu seperti kesusasteraan, politik, ekonomi, sejarah dan sebagainya.

Koleksi Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Kedah merupakan koleksi kumpulan surat pada zaman DYMM Sultan Kedah yang ke-26 (1882-1943). Koleksi Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah diiktiraf sebagai sebuah koleksi agung yang disenaraikan di bawah Memory of the World Register oleh UNESCO. 

Pemilihan koleksi ini sebagai salah satu khazanah dunia dipengaruhi oleh kedudukannya sebagai satu-satunya kumpulan surat-menyurat manuskrip Melayu yang begitu bernilai dan tersusun berbanding dengan himpunan warkah kerajaan lain di gugusan kepulauan Melayu.

Oleh kerana keistimewaan yang dipunyai oleh koleksi ini membolehkan pada 4 September 2001, kumpulan surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah tercalon sebagai koleksi warisan dunia. 

Menurut kajian-kajian sebelum ini seperti Dato Haji Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Prof Datin Dr Mahani Musa, Mohd Isa Othman, Afifuddin Haji Omar, Sharom Ahmat dan Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, menyatakan terdapat kira-kira 2,951 halaman Koleksi Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid yang berbentuk tulisan tangan dengan tulisan jawi di dalam 14 jilid buku yang membabitkan tempoh masa selama 61 tahun (1882-1943) bersamaan 1300 hingga 1362 Hijrah. Himpunan warkah-warkah dibahagikan seperti berikut;


Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 1 (1882 – 1886)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 2 (1886 – 1887)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 3 (1888 – 1889)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 4 (1889 – 1892)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 5 (1890 – 1895)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 6 (1896 – 1899)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 7 (1897 – 1899)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 8 (1897 – 1912)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 9 (1900)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 10 (1905 – 1907)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 11 (1916)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 12 (1918)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 13 (1919)Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 14 (1919-1920)Kini koleksi ini tersimpan dan dipelihara oleh Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah dan Perlis yang terbuka dan dirujuk oleh para penggemar sejarah. Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, koleksi ini merupakan sebahagian daripada kumpulan salinan surat-menyurat pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian koleksi ini telah hilang pada zaman pendudukan Jepun (1942-1945), malah ketika proses perpindahan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) dan Majlis Mesyuarat Negeri berlaku keciciran menyebabkan sebahagian surat-surat tersebut tidak dapat dikesan. Selain itu, kehilangan tersebut adalah disebabkan oleh kematian para pegawai yang bertanggungjawab terhadap penjagaan dan penyimpanan himpunan warkah ni. Hakikat ini turut disokong oleh Dato Zakiah Hanum binti Abdul Hamid (bekas Pengarah Arkib Negara Malaysia) dalam konvensyen Sejarah Negeri Kedah di Alor Setar pada tahun 1981.

Koleksi surat-menyurat ini dapat dikategorikan kepada lima kumpulan utama dan kebanyakan warkah tersebut merupakan kiriman daripada Sultan Abdul Hamid Halim Shah sendiri. Manakala surat kiriman yang lain pula adalah daripada pembesar negeri Kedah seperti Raja Muda Kedah Tunku Abdul Aziz, Che Muhammad Ariffin dan Perdana Menteri Wan Muhammad Saman. 

Secara umum, surat ini menyentuh mengenai surat perjanjian pajakan hasil mahsul negeri, penyata kewangan negeri Kedah, ketetapan Majlis Negeri antara 1905 hingga 1943, diari istana yang menceritakan tentang lawatan Raja Chulalongkorn ke Langkawi, Alor Setar dan Kulim pada tahun 1890. Melalui sumber ini, kita dapat mengetahui gambaran atau situasi ekonomi, politik dan sosiobudaya termasuk etika penggunaan bahasa yang menjangkaui zaman penjajahan kuasa-kuasa besar Timur dan Barat seperti British, Siam dan Jepun.

RUJUKAN

Siti Amirah Abdullah dan Mohd Kasturi Nor Abdul Aziz, Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah, Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS): Kuala Lumpur, 2015.

Wan Shamsuddin Mohd Yusuf., ‘Surat-Menyurat Zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Kedah (1882-1943)’, kertas kerja Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu anjuran bahagian kesusasteraan tradisional jabatan sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Akdemik Pengajian Melayu, 2 – 5 Julai 2001.

Zakiah Hanum Abdul Hamid, ‘Bahan-Bahan Mengenai Sejarah Kedah di Arkib Negara’ dalam Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Pertama, 28  November – 1 Disember 1981.

Correspondence of the late Sultan of Kedah (1882-1943), 2001., http://www.unesco.org /new/en/communication-and-information/memory-of-the-world/register/full-list-of registered-heritage/registered-heritage-page-2/correspondence-of-the-late-sultan-of-kedah-1882-1943/.

Nota Sejarah Melayu - Halaman Utama
https://www.kiblat.net/2019/01/19/gudang-amunisi-hts-jadi-sasaran-bom-mobil/
Min Ming Kembali lah kamu mengenal Melayu ___

Bangsa Melayu kuat Bukan kerna harta __
Lihat lah sejarah hilang nya perbendaharaan gunung emas Melaka

Bangsa Melayu kuat Bukan kerna Kekuatan Metarial
Lihat sejarah hilang nya kekuatan Besi ( al hadid ) basi gunung tunggal (jerai) Hilang bisa besi melayu ( keris,pedang,rela rentaka) Melayu

Bangsa Melayu akan bangkit kerna ilmu nya ...
Kerna bijaksana nya ...
Sumber kekuatan Melayu akan bangkit melalui hikmah ...

____
Kembali kepada maksud Melayu yg tercatit Di perlembagaan
Apa itu Melayu apa itu Islam ???
Apa hikmah ( dua kekuatan apa bila dua faktor Di satukan faktor kaum+ islam)

Kembali kepada Perlembagaan ___
Datok Moyang kita tinggalkan Islam yg tercatit dalam perlembagaan supaya di tafsir Oleh anak cucu nya Di kemudian hari

Besar nya usaha itu moga2 Allah memberi ke untungan kepada usaha mereka yg meletakkan Islam dlm perlembagaan

Mereka tahun anak cucu mereka akan bangkit dengan kekuatan ilmu
__ Bukan dengan harta(emas) dan kekuatan metarial( besi)__

Bangkit dengan kekuatan ilmu ___ guna lah kebijaksanaan ilmu dan hikmah untuk menafsir Islam yg tercatit Oleh datok Moyang mu itu dalam perlembagaan ___

Bertuah nya bumi hijau ini___
Bumi yang dibentang dengan lautan LautaN__

Di sini lah satu satu nya datok Moyang mu yg berani meletakkan pemerintahan nya di Tanah dan Air lautan sebagai wilayah kekuasaan maka lahirlah perkataan tanahair ku____

Wahai bangsa melayu cari lah hikmah mukjizat ilmu yg telah Di turunkan Oleh tuhan mu
https://www.thepatriots.asia/4426/
https://www.thepatriots.asia/4426/?fbclid=IwAR0xPqIhWFuocTKRitm5jKum_LInyFkrEqiYXV9LxC-tS3PMOXx9113aHG4





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/01/kembali-lah-kamu-mengenal-melayu-9069.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Ph Kena Kecam Dituduh Tak Mahu Guna Bahasa Melayu Dalam Billboard Kempen

Calon Ph Kena Kecam Dituduh Tak Mahu Guna Bahasa Melayu Dalam Billboard Kempen

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 531 hits
CALON Pakatan Harapan pada PRK Cameron Highlands M Manogaran menerima beribu kecaman di media sosial kerana dituduh tidak mahu menggunakan Bahasa Melayu dalam billboard kempennya dalam pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di sana push ...
200 Year Challenge Anglo Dutch Treaty 1824 Yang Memisahkan Dunia Melayu

200 Year Challenge Anglo Dutch Treaty 1824 Yang Memisahkan Dunia Melayu

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 496 hits
200yearchallengeKelmarin cerita pasal perubahan Timur Tengah dalam masa 100 tahun semalam cerita pasal Anglo Dutch Treaty 1824 so bolehlah aku nak cerita pasal 200yearchallenge ini Kalau Timur Tengah ada Sykes Picot kita pula ada Perjanjian...
Taknaks Anak Lana Nordin Cuba Bertutur Dalam Bahasa Melayu Walaupun T Lor Aksi Gia Cuit Hati Netizen

Taknaks Anak Lana Nordin Cuba Bertutur Dalam Bahasa Melayu Walaupun T Lor Aksi Gia Cuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 310 hits
Lana Nordin Pelakon telah memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka berdarah Amerika Syarikat Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei 2015 Mereka kini dilihat semakin bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata Gia Quinn McKienzie Wi...
Aneka Resepi Kuih Muih Tradisional Melayu Dan Moden

Aneka Resepi Kuih Muih Tradisional Melayu Dan Moden

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 4914 hits
ANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU DAN MODEN Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa Uishh kelmarin dah resepi kuih muih tradisional melayu harini pun nak juga Iyelaa kuih sejak dari turun temurun dulu kan banyak Kalau nak letak...
Kenali Bangsa Dap Apa Kata Mereka Terhadap Melayu Islam

Kenali Bangsa Dap Apa Kata Mereka Terhadap Melayu Islam

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 657 hits
Nga Kor Ming DApig hasil pilihan Melayu Taiping merangkap pemilik Old Town White Coffee Background Pemilik Oldtown Ngeh Koo Ham MP DAP hasil pilihan Melayu Beruas Nga Kor Ming MP DAP hasil pilihan Melayu Taiping Oldtown adalah salah satu su...
Perusahaan Pembuatan Baju Pekerja Dan Industri Milik Melayu Islam

Perusahaan Pembuatan Baju Pekerja Dan Industri Milik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 569 hits
Assalam Biasa kita tengok anak anak Melayu kita terjun dalam dunia bisness percetakan baju t shirt tetapi tak ramai yang terlibat dengan bisnes membuat baju pekerja dan industri Kali ni aku nak up satu syarikat milik Melayu Islam yang membu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord