Malu Apa Bossku Rm42 Juta Dalam Akaun Najib Wang Rasuah Kata Pendakwa


 
V Anbalagan -April 14, 2021 Pendakwa ad hoc, V Sithambaram, berkata RM42 juta itu masih “wang rasuah” sekalipun diambil secara berperingkat.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan diberitahu, Najib Razak menerima “wang rasuah” berjumlah RM42 juta, iaitu sebahagian pinjaman RM4 bilion daripada dana persaraan kerajaan yang diluluskan kepada SRC International Sdn Bhd oleh kerajaannya, tiga tahun sebelumnya.
Pendakwa ad hoc, V Sithambaram, berkata perkara menghairankan adalah bekas perdana menteri itu tidak terus mengambil RM42 juta selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan bagi pinjaman terbabit.
“Dalam semua kes lain, seorang tertuduh akan mengambil wang rasuah itu secepat mungkin,” katanya dalam hujahannya ketika prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman bagi tuduhan rasuah melibatkan dana SRC International.
Sithambaram, yang diberikan izin khas oleh Peguam Negara untuk menjalankan pendakwaan berkenaan, menegaskan, RM42 juta itu masih “wang rasuah” sekalipun diambil secara berperingkat.
Berdasarkan dua jaminan kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) memberikan pinjaman itu pada 2011 dan 2012 kepada SRC untuk melaksana dan melabur dalam projek yang dikaitkan dengan sumber tenaga konvensyenal dan boleh diperbaharui, sumber asli dan mineral.
Antara Disember 2014 dan Februari 2015, RM42 juta dalam dana SRC dipindahkan ke Gandingan Mentari Sdn Bhd, anak syarikat SRC.
Wang itu kemudian dipindahkan ke Ihsan Perdana Sdn Bhd dan akhirnya akaun Najib di Ambank.
“Wang itu dipindahkan menerusi beberapa lapisan proses. Tertuduh mengetahui RM42 juta itu daripada SRC,” kata Sithambaram, dengan menambah Najib mempunyai kepentingan ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet (pada 2011 dan 2012).
Sithambaram berkata, pendakwaan hanya dapat merangka tuduhan untuk RM42 juta itu kerana itulah wang yang akhirnya didepositkan ke akaun Najib.
“Lagipun RM42 juta itu sekadar ‘kacang’ berbanding RM2.6 bilion yang pernah dimilikinya,” kata peguam itu merujuk kepada jumlah wang besar dikatakan dihantar semula kepada penderma Arab pada 2013.
Sithambaram berkata, Najib mampu memindahkan wang itu kerana beliau bukan saja mengawal SRC malah juga dana persaraan berkenaan dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan.
Katanya, Najib membuat SRC seperti syarikat peribadinya malah menganggapnya “mesin juruwang automatik” (ATM) untuk mengeluarkan wang dan memasukkan ke akaunnya.
“Orangnya juga terlibat dalam pemindahan wang ke akaunnya,” tambahnya.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion SRC International daripada KWAP.
Beliau juga menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan RM42 juta milik SRC International yang juga bekas unit 1MDB.
Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah berkaitan RM42 juta milik SRC International.
Perbicaraan bersambung.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/malu-apa-bosskurm42-juta-dalam-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malu Apa Bossku Macai Najib Pindah Wang Dana Src

Malu Apa Bossku Macai Najib Pindah Wang Dana Src

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 254 hits
Dana SRC dipindahkan oleh macai Najib TPRBernamaApril 20 2021 Sithambaram berkata hanya Najib yang didakwa kerana tidak ada niat bersama antara perayu dan tiga yang lain Gambar fail Astro AWANIPUTRAJAYA Macai Datuk Seri Najib Tun Razak ahli...
Najib Dikenakan Pendakwaan Berpilih Dalam Kes Src Rm42 Juta

Najib Dikenakan Pendakwaan Berpilih Dalam Kes Src Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 225 hits
Tak mungkin Mana ada pendakwaan berpilih Lihat senarai ini dan anda akan tahu bahawa peguam Najib cakap kosong Senarai orang yang TIDAK dikenakan pertuduhan dalam kes SRC 1 Orang yang meluluskan SRC memberikan geran RM20 juta untuk menubuhk...
Rancangan Perniagaan Src Helah Semata Mata Kata Pendakwa Dalam Rayuan Najib

Rancangan Perniagaan Src Helah Semata Mata Kata Pendakwa Dalam Rayuan Najib

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 268 hits
Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pelan perniagaan SRC International Sdn Bhd hanyalah satu helah walaupun wang berjumlah RM4 bilion telah diberikan oleh Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada syarikat tersebut Timbalan pendak...
Malu Apa Bossku Kali Ni Umno Nak Kata Apa Macai Tak Kan Lihat Sahaja Dah Kata Tak Salah Hadi Tak Keluar Fatwa

Malu Apa Bossku Kali Ni Umno Nak Kata Apa Macai Tak Kan Lihat Sahaja Dah Kata Tak Salah Hadi Tak Keluar Fatwa

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 247 hits
Terkini Najib menghampiri penjara pendakwa raya dedah pelaburan hampir RM4 bilion SRC palsu April 15 2021 Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pelaburan berjumlah hampir RM4 bilion dari SRC International adalah palsu Timbalan pendakwa...
Rm42 Juta Macam Kacang Je Bagi Najib

Rm42 Juta Macam Kacang Je Bagi Najib

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 413 hits
bharian comApril 14 2021 2 59pmBekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak keluar selepas mahkamah berhenti berehat bagi mendengar rayuan sabitan dan hukuman penjara terhadap beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di...
Apa Nak Hairan Dengan Najib Pun Anwar Bincang Juga Mahathir Kata

Apa Nak Hairan Dengan Najib Pun Anwar Bincang Juga Mahathir Kata

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 244 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak terkejut dengan perbualan telefon antara presiden PKR dan Umno baru baru ini kerana kedua dua tokoh politik itu sememangnya mengadakan perbincangan Menurutnya beliau sedar bahawa Anwar Ibrahim mengad...
Najib Gagal Lindungi Wang Pesara

Najib Gagal Lindungi Wang Pesara

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 159 hits
Oleh SUWARNI MOKHTAR NAJIB Razak tiba di pekarangan mahkamah bagi mendengar rayuan sabitan dan hukuman penjara terhadap beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini FOTO FAISOL MUS...
Alvin Goh Adik Didakwa Terima Wang Aktiviti Haram Lebih Rm2 1 Juta

Alvin Goh Adik Didakwa Terima Wang Aktiviti Haram Lebih Rm2 1 Juta

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 329 hits
Gambar Hiasan Ahli perniagaan Goh Leong Yeong atau lebih dikenali Alvin Goh dan adiknya hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM2 1 juta Bagaimanapun ...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan