Najib Gagal Lindungi Wang Pesara


Oleh SUWARNI MOKHTAR NAJIB Razak tiba di pekarangan mahkamah bagi mendengar rayuan sabitan dan hukuman penjara terhadap beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini. - FOTO/FAISOL MUSTAFAPUTRAJAYA: Pihak pendakwaan semalam menghujahkan Datuk Seri Najib Razak ketika menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan gagal melindungi duit pencen pesara daripada pinjaman tidak berbayar (bad loan).
Sebaliknya, Ahli Parlimen Pekan itu telah campur tangan dalam meluluskan pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) tanpa melalui prosedur biasa pinjaman dan sebelum sebarang semakan berhubung merit pinjaman dan pembayaran balik dibuat oleh organisasi tersebut.
“SRC International Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan sokongan perayu (Najib). Bagaimanapun, ia gagal mendapatkan pinjaman RM3 bilion daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) menyebabkan SRC International menghampiri entiti lain yang berada di bawah kawalan dan arahan perayu selaku Menteri Kewangan.
“Ini duit pembayar cukai, duit pesara. KWAP digunakan untuk mendapatkan dana bagi SRC International. Penyalah­gunaan dana organisasi akan memberikan kesan terus dan teruk kepada duit pencen pesara dan langkah berjaga-jaga perlu diambil apabila mengendalikan dana KWAP. Dihujahkan perayu gagal melindungi KWAP daripada ‘bad loan’.
“Pengaruh perayu terhadap panel pelaburan KWAP boleh dilihat melalui sepucuk surat permohonan daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil yang mengandungi tulisan ‘Datuk Azian, bersetuju dengan cadangan ini’ yang jelas dan mendesak daripada seorang Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan,” hujah Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc. Datuk V. Sithambaram.
Pendakwa Raya itu berhujah demikian ketika membuat hujahan balas terhadap rayuan Najib atas sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan ter­adapnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta.
Selain itu, Sithambaram ber­kata, ketika pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan sewaktu beliau membela diri menunjukkan keengganan Najib mendapatkan semula dana yang telah dibekukan oleh sebuah bank di Switzerland.
Tindakan Najib tidak memberi kebenaran kepada SP56, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadz­lah untuk ke Switzerland bagi mengesahkan mengenai pembekuan tersebut amat diragui.
“Menteri Kewangan II mempunyai kuasa dan kawalan ke atas semua syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan (Diperbadankan). Soal balas terhadap perayu menunjukkan ketakrelaan perayu untuk membenarkan SP56 untuk mengendalikan isu pembekuan dana SRC International di Switzerland malah beliau sendiri tidak pernah mengambil sebarang langkah untuk membawa pulang dana tersebut sehinggalah ke saat beliau tidak lagi meme­gang sebarang jawatan.
“Jawapan yang berbolak balik daripada perayu menunjuk­kan beliau tidak mahu sesiapa masuk campur dalam dana yang telah dibekukan. Beliau mahukan pelan terperinci (untuk mendapatkan semula dana) tetapi tidak pernah mencadang­kannya kepada SP56. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Perayu yang bertanggungjawab dalam mendapatkan dana KWAP sebanyak RM4 bilion yang mana RM3.6 bilion daripadanya berakhir di Switzerland,” kata Sithambaram.
Kes bersambung hari ini. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/najib-gagal-lindungi-wang-pesara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Bayar Tunggakan Cukai Rm1 7 Bilion Lhdn Failkan Notis Bangkrap Terhadap Najib

Gagal Bayar Tunggakan Cukai Rm1 7 Bilion Lhdn Failkan Notis Bangkrap Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memfailkan notis untuk membankrapkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1 7 bilion Melalui carian dokumen yang diperole...
Malu Apa Bossku Macai Najib Pindah Wang Dana Src

Malu Apa Bossku Macai Najib Pindah Wang Dana Src

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 239 hits
Dana SRC dipindahkan oleh macai Najib TPRBernamaApril 20 2021 Sithambaram berkata hanya Najib yang didakwa kerana tidak ada niat bersama antara perayu dan tiga yang lain Gambar fail Astro AWANIPUTRAJAYA Macai Datuk Seri Najib Tun Razak ahli...
Mengapa Umno Pemimpin Bn Masih Bersama Kerajaan Gagal Soal Najib

Mengapa Umno Pemimpin Bn Masih Bersama Kerajaan Gagal Soal Najib

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 324 hits
Mengapa Umno pemimpin BN masih bersama kerajaan gagal soal Najib nbsp Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pada 18
Najib Gagal Tangguh Pendengaran Prosiding Rayuan Dalam Kes Rasuah Src International

Najib Gagal Tangguh Pendengaran Prosiding Rayuan Dalam Kes Rasuah Src International

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran rayuannya terhadap sabitan bersalah dan hukuman dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Justeru Mahkamah Rayuan ...
Malu Apa Bossku Rm42 Juta Dalam Akaun Najib Wang Rasuah Kata Pendakwa

Malu Apa Bossku Rm42 Juta Dalam Akaun Najib Wang Rasuah Kata Pendakwa

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 201 hits
April 14 2021 Pendakwa ad hoc V Sithambaram berkata RM42 juta itu masih wang rasuah sekalipun diambil secara berperingkat PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan diberitahu Najib Razak menerima wang rasuah berjumlah RM42 juta iaitu sebahagian pinjaman RM...
Pemulihan Ekonomi Akan Perlahan Jika Gagal Tangani Hutang Negara Anwar

Pemulihan Ekonomi Akan Perlahan Jika Gagal Tangani Hutang Negara Anwar

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Fasa pemulihan ekonomi negara dijangka bertambah lambat pada tahun ini sekiranya kerajaan gagal menangani masalah hutang kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Justeru beliau menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ...
Video Industri Filem Negara Gagal Haans Isaac

Video Industri Filem Negara Gagal Haans Isaac

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 238 hits
Datuk Hans Isaac menganggap industri perfileman negara mempunyai potensi yang tinggi namun tidak mampu pergi jauh selagi tiada filem yang dapat menembusi pasaran luar negara
Pas Memerintah Di Pusat Tetap Gagal Bangunkan Kelantan

Pas Memerintah Di Pusat Tetap Gagal Bangunkan Kelantan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 161 hits
Pas memerintah di pusat tetap gagal bangunkan KelantanOleh April 09 2021Sejak 30 tahun lalu Pas menyalahkan kerajaan pusat yang diterajui BN mensabotaj ekonomi Kelantan Kerajaan BN dituduh menyekat pelaburan pihak luar enggan membenarkan Ke...
5535 Kerajaan Disaran Hukum Pembekal Air Gagal Beri Perkhidmatan Wacana 08 04 2021

5535 Kerajaan Disaran Hukum Pembekal Air Gagal Beri Perkhidmatan Wacana 08 04 2021

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR 8 April Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu kerajaan bertindak tegas terhadap penyedia perkhidmatan air yang gagal memberikan perkhidmatan yang baik Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sudah terlalu kerap gangguan ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Aktiviti Ladang Dania Tanam Pokok Getah

Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails