Malaysia Tidak Boleh Berlengah


SETELAH banyak sektor ekonomi terjejas akibat koronavirus (Covid-19), Malaysia perlu mengubah cara pemikiran, pengurusan dan tindakan mengikut normal baharu.
Malaysia tidak boleh lagi diselubungi sindrom red-tape yang melengahkan urusan dan proses permohonan di jabatan kerajaan. Bukan bermaksud mengetepikan persoalan integriti, namun banyak boleh dilakukan bagi mengemas kini sistem dan data dalam membantu peniaga dan usahawan yang terjejas.
Malaysia juga tidak boleh berlengah lagi dalam merencana pendekatan pengurusan lebih proaktif dan berkesan. Walaupun Covid-19 belum berakhir, namun Malaysia perlu menangani pendekatan pengurusan normal baharu bagi memulihkan ekonomi melalui pendekatan quick-win.
Senario yang melanda seluruh dunia menuntut kita berubah ke pendekatan pendigitalan dan online dalam banyak aspek kehidupan. Namun peranan penjawat awam sebagai katalis bagi melonjakkan lagi pembangunan normal baharu juga perlu diberikan penumpuan khusus.
Penubuhan pasukan petugas untuk meneliti, mengubah sistem penyampaian penjawat awam yang diguna pakai selama ini bagi pemulihan ekonomi lebih pantas amat wajar dilakukan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu adalah penting supaya pemulihan semula ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19 tidak terbantut dengan kerenah birokrasi yang tidak perlu.
Menurut beliau, pakej rangsangan ekonomi bernilai RM295 bilion adalah pakej rangsangan paling besar dalam sejarah negara dengan sebahagian besarnya sudah diagihkan bagi memulihkan ekonomi kita ketika ini. Namun ia tidak mencukupi dan perlu ada tindakan susulan lain termasuk ubahsuai sistem penyampaian perkhidmatan awam negara.
Sebenarnya penjawat awam adalah instrumen penting bagi membolehkan ekonomi negara terus berkembang dengan rancak. Selain berperanan sebagai penggubal dasar ekonomi negara, sektor perkhidmatan awam turut bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju bagi keseluruhan ekonomi dengan kerjasama sektor swasta.
Sektor perkhidmatan awam Malaysia mempunyai rekod sejarah dan prestasi yang baik, dinilai melalui peranannya dalam pembangunan negara. Menurut laporan Worldwide Governance Indicators dari Bank Dunia, pencapaian Malaysia adalah setanding atau lebih tinggi berbanding negara lain di Asia Timur dalam melaksanakan tadbir urus.
Perubahan Akibat Covid-19, landskap ekonomi telah berbeza. Tadbir urus dalam kerajaan tidak ada pilihan kecuali bersedia dengan perubahan sangat dinamik. Penjawat awam perlu mengkaji kembali dan menumpukan doktrin pengasingan kuasa, hindari rasuah, Saya Yang Menjalankan Amanah, melakukan perkara yang betul pada kali pertama, perkhidmatan yang mesra rakyat, berkhidmat secara profesional, integriti sentiasa diutamakan, pengurusan perubahan, kecekapan dan keberkesanan, tadbir urus yang baik, menguasai perkembangan teknologi serta tingkatkan kompetensi.
Pengurusan perubahan kini sepatutnya menjadi bidang tumpuan utama seluruh warga kerja dalam perkhidmatan awam. Pengurusan dan tindakan perubahan dilakukan hendaklah tidak menjejaskan langsung nilai amalan lain seperti memastikan perkhidmatan yang mesra rakyat, sentiasa profesional, keutamaan integriti, cekap, berkesan dan melakukan perkara yang betul pada pertama kali.
Perubahan dalam sektor awam ini amat penting bagi mengekalkan keyakinan rakyat melalui sistem pencapaian berkesan. Ia bukan sekadar melaksanakan normal baharu namun berkaitan pendekatan spesifik bagi mengubah suai sistem dalam organisasi agar sentiasa mencapai matlamat ditetapkan.
Kini menjadi cabaran besar kepada kerajaan dan penjawat awam untuk memastikan penyampaian perkhidmatan, pengurusan sumber manusia, institusi dan fiskal kekal tidak terjejas.
Jika tidak ada langkah baharu dilakukan, dibimbangi segala urusan untuk kita memulihkan semula ekonomi negara tidak akan berlaku sepantas yang kita harapkan. Namun pengubahsuaian yang dilakukan perlulah tanpa kompromi aturan utama dan prosedur kewangan.
Pengurusan perubahan penting bagi membolehkan komponen kritikal sistem dan operasi terus kekal cekap, berkesan dan memberi faedah maksimum kepada seluruh rakyat.
* Profesor Datuk Dr Ismail Sualman ialah Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara
The post Malaysia tidak boleh berlengah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/18/malaysia-tidak-boleh-berlengah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Kini Kembai Ke Zaman Darul Boleh

Malaysia Kini Kembai Ke Zaman Darul Boleh

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 331 hits
Menteri hisap vape di Parlimen turut dilaporkan di Korea SelatanBerita berkenaan Menteri Luar Datuk Hishamuddin Hussein Onn yang menghisap vape di dalam Parlimen turut dilaporkan di Korea Selatan Media tersebut melalui tweetnya pada 8 Ogos ...
Malaysia Boleh

Malaysia Boleh

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 283 hits
Hanya di Malaysia Musa Aman 32 Adun cabar TYT sabah Nasib yang cabar tu UMNO TYT ni standard Sultan Atau Raja sebuah Negeri Senyap sunyi jer bani Melayu hat Mufti Utara pun lebih sama Bayangkan kalau yang cabar TYT Pulau Pinang tu parti DAP...
Ada Orang Jumpa Tiger Cat Fish Di Sungai Malaysia Dipercayai Boleh Rosakkan Ekosistem

Ada Orang Jumpa Tiger Cat Fish Di Sungai Malaysia Dipercayai Boleh Rosakkan Ekosistem

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 393 hits
Ikan hiasan yang dibela kemudiannya dilepaskan ke dalam sungai atau longkang berbahaya kepada ekosistem kerana boleh memusnahkan keseluruhan hidupan asal di kawasan tersebut Seperti perkongsian oleh seorang pemuda Norhafizal Othman di Twitt...
Mat Sabu Dakwa Hartawan Asing Boleh Kuasai Malaysia Kalau Wakil Rakyat Boleh Di Jual Beli

Mat Sabu Dakwa Hartawan Asing Boleh Kuasai Malaysia Kalau Wakil Rakyat Boleh Di Jual Beli

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 453 hits
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan berkata hartawan asing boleh menguasai Malaysia kalau wakil rakyatnya boleh dijual beli Bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata pelobi antarabangsa amat gemar menguasai wakil rakyat dan seterusnya menguasa...
Malaysia Boleh Lagi

Malaysia Boleh Lagi

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 236 hits
Menteri Kewangan perlu jawab dengan terang jelas di Dewan Rakyat Ini kerja kamu Mengapa terpinga pinga bila ditanya oleh bekas Menteri Kewangan Bagan Bukan tugas Speaker untuk jawab Di luar Negara nama Malaysia tercalar lagi sekali
Refly Harun Anda Boleh Memerintah Tapi Anda Harus Adil Dan Beradab

Refly Harun Anda Boleh Memerintah Tapi Anda Harus Adil Dan Beradab

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 247 hits
Rumusan UUD 45 yang dibuat pendiri bangsa sebenarnya turut memuat kewajiban bagi pemerintah dan hak bagi setiap warga negara Pakar hukum tata negara Refly Harun menjelaskan dalam rumusan UUD 1945 pemerintah diberikan amanah untuk mewujudkan...
Refly Harun Presiden Benda Mati Tidak Boleh Tersinggung

Refly Harun Presiden Benda Mati Tidak Boleh Tersinggung

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 277 hits
Pakar hukum tata negara Refly Harun menyoroti kebebasan berpendapat yang dikeluhkan banyak orang saat ini Sejatinya kebebasan berpendapat bagi setiap warga negara sebenarnya sudah diatur UUD 1945 Pasal 28 E ayat 3 menyebutkan setiap orang b...
Awas Penyebab Stres Lama Lama Boleh Bawa Penyakit Ini Cara Korang Kenal Pasti Tips Hadapi

Awas Penyebab Stres Lama Lama Boleh Bawa Penyakit Ini Cara Korang Kenal Pasti Tips Hadapi

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 439 hits
Di zaman serba mencabar macam sekarang ni bermacam benda boleh mengundang stres Bermacam sebab menjadi punca stres ini boleh mengundang masalah kesihatan lain di kemudian hari Sebab tulah kena kenalpasti apa yang buat korang stres dan cuba ...
Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Khasiat Dan Potensi Ikan Toman Untuk Kesihatan

Zicha Anesha Bukan Cinta Terlarang Chord

Jasman A Darawi Ketua Muhammadiyah Selatpanjang

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Makan Malam Di Restoran Abang Seafood Ikan Bakar Telok Panglima Garang