Malaysia Tidak Berpihak Kepada Mana Mana Kuasa Besar Pm Anwar


 
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke Russia dari Selasa hingga semalam dan mengadakan pertemuan peringkat tertinggi bersama Presiden Vladimir Putin dan Perdana Menteri Mikhail Mishustin. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 17 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan walaupun beliau mengadakan lawatan rasmi ke Russia, ia tidak bererti Malaysia berpihak kepada mana-mana blok kuasa.
Perdana Menteri sebaliknya berkata, hubungan dengan Russia tidak menjejaskan persahabatan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS), China atau mana-mana rakan dagang lain.
Malaysia berhak menentukan hala tuju secara bebas dan berprinsip demi kepentingan rakyat negara ini.
“Alhamdulillah, delegasi Malaysia membawa pulang pengalaman yang amat berharga dari Russia, sama ada dalam memperkukuh hubungan dua hala dan merintis kerjasama baharu mahupun penghayatan sejarah, kekayaan budaya serta semangat ketahanan rakyatnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada sesi pleno Mesyuarat Kumpulan Strategik ‘Russia-Islamic World’ sempena Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Dunia Islam Ke-16 atau KazanForum 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Penghargaan tertinggi atas layanan luar biasa dan persahabatan yang dihulurkan,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.
Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Russia dari Selasa hingga semalam dan mengadakan pertemuan peringkat tertinggi bersama Presiden Vladimir Putin dan Perdana Menteri Mikhail Mishustin.
Perbincangan mereka merangkumi pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan, teknologi aeroangkasa dan agri-komoditi.
Aeroflot kembali terbang ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazan bagi memulakan lawatan rasmi ke Tartastan dengan mengadakan pertemuan bersama Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov di Kremlin Kazan pada 15 Mei 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimPada masa sama, Perdana Menteri berkata, pertemuan bersama Putin membuka potensi perdagangan, pelaburan, pelancongan, selain menyimpulkan penyambungan semula penerbangan terus Aeroflot ke Malaysia.
Beliau berkata, Putin turut menyatakan dukungan terhadap kerjasama dalam industri halal dan kewangan Islam.
“Saya menghargai hubungan persahabatan yang terjalin dengan Presiden Putin.
“Saya juga bangkitkan isu MH17 di hadapan Presiden Putin. Malaysia berpegang pada prinsip bahawa kebenaran mesti ditegakkan demi keadilan buat mangsa serta keluarga mereka,” katanya.
Bincang kerjasama pertanian dengan PM Russia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan umum bertajuk “ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia” di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) di Moscow pada 15 Mei 2025. Foto MGIMOPerdana Menteri berkata, dalam pertemuan bersama Mishustin pula, kedua-dua pihak membincangkan mengenai kerjasama dalam bidang pertanian termasuk koko dan minyak sawit, serta usaha menyelesaikan isu yang membantutkan usaha dagangan dua hala.
Sesi meja bulat bersama 24 syarikat utama Russia membuka potensi kerjasama dalam pelbagai sektor daripada produk berasaskan sawit, industri kimia dan perabot, sehinggalah teknologi digital dan kecerdasan buatan.
“Minat yang ditunjukkan amat memberangsangkan.
“Dalam sidang media bersama media Malaysia di akhir lawatan rasmi ke Russia pula, saya tegaskan kejayaan bermakna yang dicapai dalam memperkukuh persahabatan Malaysia-Russia, meneroka ruang kerjasama strategik baharu dan memperluas peranan Malaysia sebagai jambatan antara dunia Islam dan kuasa besar global,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/malaysia-tidak-berpihak-kepada-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Takes A Leap In Ai And Ic Design As Pm Anwar Backs Pendrive Pioneer Ks Pua S New Venture

Malaysia Takes A Leap In Ai And Ic Design As Pm Anwar Backs Pendrive Pioneer Ks Pua S New Venture

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 387 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Pua Khein Seng visit a booth during the launch of MaiStorage Technology Sdn Bhd in Putrajaya May 22 2025 Picture by Sayuti ZainudinPUTRAJAYA May 22 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim to...
Pm Anwar Kongsi Visi Malaysia Madani Di Pentas Dialog Svg Di Kazan

Pm Anwar Kongsi Visi Malaysia Madani Di Pentas Dialog Svg Di Kazan

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 311 hits
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden Russia Vladimir Putin jelas menunjukkan hubungan erat kedua dua negara kini berpotensi menjadi rakan dagang utama tidak lama lagi Foto Facebook Russian Foreign MinistryKAZAN ...
Pm Anwar Tinjau Persiapan Pengerusikan Mesyuarat Khas Kepengerusian Asean Malaysia

Pm Anwar Tinjau Persiapan Pengerusikan Mesyuarat Khas Kepengerusian Asean Malaysia

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 288 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan tinjauan lokasi Sidang Kemuncak ASEAN Ke 46 serta mempengerusikan Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN Malaysia di Kuala Lumpur pada 6 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 6 Mei ...
Anwar Calls For Bold Education Reforms Ahead Of 13th Malaysia Plan

Anwar Calls For Bold Education Reforms Ahead Of 13th Malaysia Plan

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 418 hits
Photo courtesy of Prime Minister s Office of Malaysia KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim has emphasised the need for bold and comprehensive reforms in developing Malaysia s new education strategy ahead of the 13th Malaysia Plan The Prime...
Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif

Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 670 hits
AssalamualaikumCUKTECH Perluas Barisan Produk di Malaysia dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif peneraju inovatif dalam tenaga bersih dan penyelesaian pengecasan termaju dengan bangganya memperkenalkan tiga barisan produk baharunya d...
Habis Sangat Nak Tibai Anwar Rasanya Masuk Politik Mana Pun Blum Tentu Diterima

Habis Sangat Nak Tibai Anwar Rasanya Masuk Politik Mana Pun Blum Tentu Diterima

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 297 hits
Yang menulis Hamdan Taha dulu PEMUDA Keadilan zaman reformasiLama dah tinggalkan politik dari 2003 selepas tun dr m letak jawatan tapi tengok PKR punya pemilihan parti ni teringgin pula nak masuk balik politik dan pentas politik negara tak ...
Anwar Calls Russia A Great Friend Of Malaysia In Meeting With Putin

Anwar Calls Russia A Great Friend Of Malaysia In Meeting With Putin

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 397 hits
The prime minister expresses hope for deeper cooperation during his official visit to Moscow Prime Minister Anwar Ibrahim voiced hope for closer collaboration between the two nations during a meeting with president Vladimir Putin in Moscow ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram