Malaysia Teruja Terganggu Terasak


Lim Kit Siang hari ini melabelkan video seks sejenis membabitkan seorang menteri kanan sebagai “cabaran terbesar” kepada Pakatan Harapan (PH) sejak pilihan raya umum 9 Mei dan menggesa pemimpinnya bersatu di tengah-tengah kontroversi itu.

Veteran DAP itu berkata, sejak 4 hari lepas, Malaysia “teruja, terganggu dan terasak” berikutan pendedahan menggemparkan Haziq Aziz yang menyaksikan beliau mengaku merupakan salah seorang individu dalam klip video viral yang memperlihatkan 2 lelaki mengadakan hubungan seks sejenis, dan seorang daripada mereka mirip seorang menteri kanan.

Haziq menamakan Mohamed Azmin Ali sebagai lelaki pasangannya dalam video berkenaan. Dakwaan yang dinafi keras oleh menteri hal ehwal ekonomi itu yang berkata, ia bertujuan membunuh kerjaya politik beliau.

Timbalan presiden PKR itu juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Tidak dinafikan lagi bahawa video seks Haziq merupakan cabaran terbesar terhadap PH sejak pilihan raya umum ke-14 pada Mei tahun lepas. Pemimpin PH harus bersatu dan melangkah maju serta tidak terseret dari landasan agenda Malaysia Baru,” kata ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam satu kenyataan.

“Apakah rakyat mahu menyelamatkan Malaysia daripada trajektori sebuah negara kleptokrasi, sewenang-wenang dan gagal atau membenarkan video seks Haziq memusnahkan misi unik “Selamatkan Malaysia” setahun kemudian?”, soal beliau.

Beliau seterusnya berharap persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung bulan depan tidak tertumpu pada video kontroversi itu.

Katanya, ahli Parlimen kerajaan seharusnya menjadikan persidangan akan datang “satu persidangan Parlimen paling bersejarah kerajaan PH dengan menunaikan janji sebuah Malaysia Baru.”

“Saya berharap persidangan akan datang tidak dikenali sebagai sesi video seks Haziq, sebaliknya dikenali sebagai Parlimen IPCMC,” katanya, merujuk kepada penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis.

Lim berkata, rakyat Malaysia perlu memberikan masa kepada Ketua Polis Negara (KPN), Abdul Hamid Bador untuk menentukan sama ada video seks itu tulen atau sebaliknya.

Beliau juga menggesa khalayak supaya menaruh keyakinan pada pasukan polis di bawah kepimpinan KPN baru untuk menjalankan tugas mereka secara bebas, adil dan amanah bagi menyiasat video berkenaan dan dalang di belakangnya.

Haziq, setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin, disiasat atas beberapa kesalahan, termasuk hubungan seks di luar aturan tabii dan penyebaran bahan lucah.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/06/malaysia-teruja-terganggu-terasak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Just Like Australia With Sirul Malaysia Can Refuse Sending Zakir Naik Home

Dr M Just Like Australia With Sirul Malaysia Can Refuse Sending Zakir Naik Home

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 496 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad claimed today that Malaysia has the right to not extradite fugitive Indian national Dr Zakir Naik since the latter alleges he will not be accorded justice back home The prime minister reportedly compared the situatio...
Mufti Perlis Sambut Baik Malaysia Enggan Hantar Zakir Naik Ke India

Mufti Perlis Sambut Baik Malaysia Enggan Hantar Zakir Naik Ke India

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 624 hits
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menyambut baik keengganan Putrajaya menghantar Dr Zakir Naik ke India untuk berdepan pertuduhan pengubahan wang dan mendakwa pengkritiknya lebih setia kepada India berbanding Malaysia Asri seorang daripa...
Report Half Brother Of North Korean Leader Slain In Malaysia Was A Cia Informant

Report Half Brother Of North Korean Leader Slain In Malaysia Was A Cia Informant

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 343 hits
Kim Jong nam the half brother of North Korean leader Kim Jong un who was killed in Malaysia in 2017 had been an informant for the US Central Intelligence Agency the Wall Street Journal reported yesterday The Journal cited an unnamed person ...
4971 Naik Gaji Polis Boleh Elak Pecah Amanah Malaysia Gazette 11 06 2019

4971 Naik Gaji Polis Boleh Elak Pecah Amanah Malaysia Gazette 11 06 2019

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 660 hits
KUALA LUMPUR Kenaikan gaji polis boleh meningkatkan intergriti dalam masa yang sama memerangi perlakuan pecah amanah Malah kenaikan itu satu kerperluan dalam sebuah negara yang semakin maju dan membangun menurut Ketua Aktivis Persatuan Peng...
Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis