Mufti Perlis Sambut Baik Malaysia Enggan Hantar Zakir Naik Ke India



(FMT) – Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menyambut baik keengganan Putrajaya menghantar Dr Zakir Naik ke India untuk berdepan pertuduhan pengubahan wang dan mendakwa pengkritiknya lebih setia kepada India berbanding Malaysia.
Asri, seorang daripada penyokong paling lantang pendakwah kontroversi dari India itu, turut menggesa umat Islam menyokong pendirian Dr Mahathir Mohamad yang tidak tunduk kepada “kezaliman dan penindasan di India”.
Semalam, Mahathir berkata, Putrajaya berhak menolak sebarang permohonan New Delhi untuk menghantar Naik yang berdepan pertuduhan pengubahan wang kira-kira RM115 juta, ke India.
Perdana menteri dilaporkan berkata, ia sama seperti keengganan Australia menghantar pulang Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Kita minta Australia ekstradisi Sirul dan mereka takut kita akan hantarnya ke tali gantung.
“Zakir umumnya berasa beliau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil (di India),” katanya semalam.
Dalam catatan Facebook hari ini, Asri yang pejabatnya menjadi tuan rumah kepada Naib ketika siri ceramahnya di Perlis, berkata ada sesetengah individu yang sudah mendapat kewarganegaraan atau menjadi rakyat Malaysia, tetapi “tumpah setia mereka pada negara asal mereka”.
“Dalam isu Zakir Naik, nyata kesetiaan mereka bukan kepada Malaysia, sebaliknya kepada India.”
Pada 2017, P Waytha Moorthy yang kini merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama 18 individu lain memfailkan saman terhadap kerajaan Barisan Nasional ketika itu atas dakwaan melindungi dan memberi status penduduk tetap kepada Naik.
Mahkamah Tinggi mengetepikan saman itu pada Februari 2018.
Pada 2 Mei lalu, Direktorat Penguatkuasaan (ED) India memfailkan pertuduhan pengubahan wang ke atas Naik tanpa kehadirannya di mahkamah kerana memperoleh aset jenayah bernilai Rs1.9 bilion (RM114.5 juta).
Sebuah mahkamah di Mumbai dijangka menentukan sama ada waran tangkap tidak boleh diikat jamin perlu dikeluarkan ke atas Naik. India boleh mendapatkan bantuan Interpol untuk menahan dan menghantarnya pulang untuk perbicaraan.
Naik turut didakwa menghasut permusuhan dan kebencian antara masyarakat berbilang agama dalam ceramahnya, tetapi beliau menyifatkan ia sebagai dakwaan rekaan semata-mata.
Bulan lalu, beliau memberitahu sebuah majalah India yang beliau sedia pulang ke India untuk berdepan pertuduhan, tetapi bimbang dipenjarakan seperti suspek beragama Islam lain yang didapati tidak bersalah oleh mahkamah beberapa tahun kemudian.
“Jika ada jaminan Mahkamah Agung India sekiranya Dr Zakir Naik datang, mereka tidak akan tahan saya sehingga saya disabitkan bersalah, saya akan datang,” katanya kepada The Week.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/06/11/mufti-perlis-sambut-baik-malaysia-enggan-hantar-zakir-naik-ke-india/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enggan Usir Zakir Naik Pengguna Internet India Gesa Malaysia Diboikot

Enggan Usir Zakir Naik Pengguna Internet India Gesa Malaysia Diboikot

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 429 hits
Enggan usir Zakir Naik pengguna internet India gesa Malaysia diboikot Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Jun 2
Dr M Pertahan Hak Malaysia Tidak Hantar Pulang Zakir Naik

Dr M Pertahan Hak Malaysia Tidak Hantar Pulang Zakir Naik

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 492 hits
June 10 2019 9 22 PMPenceramah kontroversi warga India Zakir Naik mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Putrajaya Julai tahun lepas MELAKA Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi keengganan Malaysia membenarkan ekstradisi pencer...
Pendirian Pm Tentang Zakir Naik Amat Dihormati Kata Mufti Perlis

Pendirian Pm Tentang Zakir Naik Amat Dihormati Kata Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 494 hits
Pendirian PM tentang Zakir Naik amat dihormati kata mufti Perlis Dikemas kini 44 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Jun 2
Go Back And Face The Law In India If You Are Clean Zakir Naik

Go Back And Face The Law In India If You Are Clean Zakir Naik

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 912 hits
ADUN SPEAKS The trial won t be fair for me The charges are politically motivated It s an attempt to silence me Najib Abdul Razak and Rosmah Mansor would have said these things if they had managed to flee the country after the general electi...
Dr M Just Like Australia With Sirul Malaysia Can Refuse Sending Zakir Naik Home

Dr M Just Like Australia With Sirul Malaysia Can Refuse Sending Zakir Naik Home

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 486 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad claimed today that Malaysia has the right to not extradite fugitive Indian national Dr Zakir Naik since the latter alleges he will not be accorded justice back home The prime minister reportedly compared the situatio...
4971 Naik Gaji Polis Boleh Elak Pecah Amanah Malaysia Gazette 11 06 2019

4971 Naik Gaji Polis Boleh Elak Pecah Amanah Malaysia Gazette 11 06 2019

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 645 hits
KUALA LUMPUR Kenaikan gaji polis boleh meningkatkan intergriti dalam masa yang sama memerangi perlakuan pecah amanah Malah kenaikan itu satu kerperluan dalam sebuah negara yang semakin maju dan membangun menurut Ketua Aktivis Persatuan Peng...
Bagaimana Malaysia Sambut Raya Dulu Dulu

Bagaimana Malaysia Sambut Raya Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 534 hits
Bagaimanakah caranya umat Islam menyambut Hari Raya Puasa beberapa dekad yang lalu Dekad dekad sebelum Anwar Ibrahim menyertai Umno dan membawa sama nilai Angkatan Belia Islam Malaysia jauh sebelum Penerapan Nilai nilai Islam diperkenalkan ...
Berkat Doa Rakyat Malaysia Kesihatan Ainul Makin Baik Dari Hari Ke Hari

Berkat Doa Rakyat Malaysia Kesihatan Ainul Makin Baik Dari Hari Ke Hari

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 484 hits
LONDON Tahap kesihatan adik Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor dan kini sedang dirawat di sebuah hospital kanak kanak di London semakin hari semakin baik Bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak 24 berkata doktor yang mer...
7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha

Info Banjir Terkini 2025

Express Delivery Rough Crafts Customizes The Bmw R 12 Across Countries

Dalam Hal Apa Kita Menghabiskan Umur

Persiapan Raya 2026 Dah Mula

Irresistible Beef Jerky Recipe Made With Ground Beef


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

5 Benda Di Rumah Anda Yang Suka Memanggil Ular

Iss Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa