Malaysia Seru Gencatan Senjata Berkesan Terhadap Krisis Di Gaza




PUTRAJAYA - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sokongan teguh Malaysia terhadap perjuangan Palestin semasa persidangan peringkat tinggi yang bertajuk "Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza " di Jordan.
Beliau menggariskan keperluan bagi gencatan senjata yang berkesan dan berkekalan demi memastikan tindak balas kemanusiaan yang berjaya.
Bercakap pada persidangan yang diadakan di Laut Mati, Jordan pada Selasa, Mohamad menekankan tentang bagaimana genosid di Gaza telah menghalang bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan rakyat Palestin.
“Hakikat yang kejam, masih tiada jaminan untuk penghantaran bantuan yang selamat, terjamin dan tanpa halangan,” katanya.
Beliau menjelaskan serangan udara Israel bukan sahaja menyerang konvoi bantuan Malaysia tetapi juga merobohkan pusat pengedaran, mengakibatkan kematian sukarelawan dan pemusnahan penghantaran bantuan yang menyelamatkan nyawa.
Menteri itu menegaskan serangan kejam ini tidak sesekali menghalang Malaysia daripada mendukung komitmen kemanusiaannya.
1/FM addressed the High-Level Conference “Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza” on 11/6, where he emphasised the need for an effective & permanent ceasefire and called for support from States and stakeholders in a truce effort, including the US’ 3-phase proposal pic.twitter.com/QHRdhJnn8L
— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) June 12, 2024
“Kita semua boleh bersetuju bahawa adalah mustahil untuk sebarang tindak balas kemanusiaan segera terlaksana tanpa adanya gencatan senjata yang kekal dan berkesan serta penyelesaian politik,” katanya.
Sementara itu, Mohamad juga menyeru negara-negara dan pihak berkepentingan untuk menyokong usaha ikhlas ke arah gencatan senjata termasuk cadangan tiga fasa oleh Amerika Syarikat.
“Malaysia sentiasa menjadi penyokong kuat untuk keamanan dan kestabilan. Kami bersolidariti dengan sebarang usaha tulen yang mempromosikan penyelesaian konflik secara damai,” katanya, mengalu-alukan penerimaan Resolusi 2735 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai cadangan tiga fasa oleh AS.
Beliau menjelaskan bahawa tindak balas kemanusiaan yang berjaya untuk Gaza adalah bergantung kepada tiga elemen iaitu menangani punca konflik; mengenakan tanggungjawab ke atas Israel melalui pendekatan reparatif dan pengukuhan mandat kemanusiaan PBB.
“Kita memerlukan tindak balas kemanusiaan yang menyeluruh serta strategi pemulihan dan pembinaan semula yang menangani punca utama iaitu penafian hak menentukan nasib sendiri, pendudukan haram serta kekejaman Israel yang berterusan,” katanya.
Beliau juga berkata hak sedia ada Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti direalisasikan.
“Sebagai kuasa pendudukan, Israel mesti dipertanggungjawabkan melalui pendekatan reparatif dalam membina semula Gaza dan atas pencabulan besar yang dilakukan ke atas rakyat Palestin,
“Kita mesti memperkukuhkan peranan PBB dalam melaksanakan mandat kemanusiaannya.
“Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mesti diperkasa, disokong dan dilindungi untuk membolehkan mereka menyampaikan bantuan kemanusiaan dan merangka pemulihan segera dalam infrastruktur sosial, termasuk perkhidmatan kesihatan dan sokongan psikososial,” katanya.
Mohamad berkata Malaysia akan meneruskan sokongan kemanusiaannya dan kerajaan Malaysia dengan kerjasama lebih daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebangsaan telah menghantar lebih 5,000 tan bantuan penting ke Gaza.
Sumber : BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2024/06/malaysia-seru-gencatan-senjata-berkesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Gaza Malaysia As Setuju Keutamaan Gencatan Senjata Untuk Mudahkan Bantuan Kemanusiaan

Krisis Gaza Malaysia As Setuju Keutamaan Gencatan Senjata Untuk Mudahkan Bantuan Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 573 hits
PUTRAJAYA Malaysia dan Amerika Syarikat bersetuju bahawa gencatan senjata adalah penting supaya sebarang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat dilakukan secara berkesan menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar pada Rabu Perse...
China Seru Wujudkan Gencatan Senjata Dan Selesaikan Bencana Kemanusiaan Di Gaza

China Seru Wujudkan Gencatan Senjata Dan Selesaikan Bencana Kemanusiaan Di Gaza

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 328 hits
BEIJING 30 Mei Wakil China menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mengambil tindakan selanjutnya untuk mewujudkan gencatan senjata di Gaza bagi menyelamatkan nyawa dan menyelesaikan bencana kemanusiaan di sana Wakil Te...
Hamas Sambut Baik Resolusi Majlis Keselamatan Pbb Seru Gencatan Senjata Di Gaza

Hamas Sambut Baik Resolusi Majlis Keselamatan Pbb Seru Gencatan Senjata Di Gaza

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 560 hits
GAZA Pergerakan Hamas pada Isnin mengumumkan bahawa ia menyambut baik resolusi yang diterima pakai oleh Majlis Keselamatan PBB yang bertujuan menyokong perjanjian gencatan senjata menyeluruh untuk menamatkan konflik di Gaza lapor Xinhua Ham...
Mesir Qatar Terima Respon Dari Hamas Mengenai Cadangan Gencatan Senjata Di Gaza

Mesir Qatar Terima Respon Dari Hamas Mengenai Cadangan Gencatan Senjata Di Gaza

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 443 hits
ISTANBUL Mesir dan Qatar menerima maklum balas daripada Hamas dan Jihad Islam berhubung cadangan gencatan senjata serta pertukaran tawanan baru baru ini menurut Kementerian Luar Mesir lewat Selasa lapor Agensi Anadolu Mesir dan Qatar menges...
As Mahu Pbb Sokong Perjanjian Gencatan Senjata Gaza

As Mahu Pbb Sokong Perjanjian Gencatan Senjata Gaza

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 289 hits
GENEVA Amerika Syarikat mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menerima pakai resolusi menyokong rancangan yang digariskan Presiden Joe Biden untuk menamatkan pertempuran antara Israel dan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza...
Prabowo Serukan Gencatan Senjata Permanen Di Gaza Indonesia Siap Kirim Pasukan Penjaga Perdamaian

Prabowo Serukan Gencatan Senjata Permanen Di Gaza Indonesia Siap Kirim Pasukan Penjaga Perdamaian

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 353 hits
Hal itu disampaikan Prabowo saat menjadi pembicara di acara IISS Shangri La Dialogue ke 21 digelar di Singapura Sabtu
Prabowo Lapor Jokowi Soal Presiden Ukraina Tolak Usulan Gencatan Senjata Dengan Rusia

Prabowo Lapor Jokowi Soal Presiden Ukraina Tolak Usulan Gencatan Senjata Dengan Rusia

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 232 hits
Prabowo Subianto bertemu dengan Presiden Ukraina Volodymyr Zelensky di Singapura Sabtu 1 Juni 2024
Malaysia Turkiye To Increase Humanitarian Aid To Gaza

Malaysia Turkiye To Increase Humanitarian Aid To Gaza

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 322 hits
Malaysia and Turkiye agreed to increase humanitarian assistance especially to Gaza Palestine said Prime Minister Anwar Ibrahim In his official Facebook posting last night Anwar said the proposed decision was discussed with Turkiye President...
Netanyahu Kecam Tentera Israel Laksanakan Gencatan Senjata Sementara

Netanyahu Kecam Tentera Israel Laksanakan Gencatan Senjata Sementara

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 204 hits
BHarianonline nbsp Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memindahkan mangsa serangan terbaharu Israel di tengah Semenanjung Gaza Foto REUTERSBAITULMAQDIS Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kecam rancangan tentera Israel menghentikan s...
Sarapan Di Kedai Nasi Lemak Hussain Tukar Meter Elektrik Digital

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

Kalau Diberi Peluang Travel Mana Destinasi Korang Suka

Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik

How Ai Agents Will Transform E Commerce In 2025 What Every Online Entrepreneur Must Know

British Iron Our Favorite Norton Customs

Bezakan Fast Charger Vs Super Fast Charger Mana Lebih Baik Untuk Telefon Anda

Masakan Simple Daging Masak Kicap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Kotak Packaging Sabun Handmade Spa Naikkan Tarikan Jenama Anda Secara Visual

Ferrari Elettrica Didedahkan Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1 000hp

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Malaysia Tewaskan Laos 3 0

Puluhan Kenderaan Dihempap Simen Konkrit

Karambusel Hydrothermal Field A New Frontier In Deep Sea Exploration