Mesir Qatar Terima Respon Dari Hamas Mengenai Cadangan Gencatan Senjata Di Gaza




ISTANBUL - Mesir dan Qatar menerima maklum balas daripada Hamas dan Jihad Islam (Islamic Jihad) berhubung cadangan gencatan senjata serta pertukaran tawanan baru-baru ini, menurut Kementerian Luar Mesir lewat Selasa, lapor Agensi Anadolu.
“Mesir dan Qatar mengesahkan bahawa usaha pengantaraan bersama mereka dengan Amerika Syarikat akan diteruskan sehingga persetujuan dicapai,” menurut kenyataan itu.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menerima pakai resolusi menyokong cadangan gencatan senjata Gaza yang digariskan oleh Presiden AS Joe Biden.
Pada 31 Mei lalu, Biden membentangkan perjanjian tiga fasa yang dicadangkan oleh Israel kepada wakil Palestin, Hamas yang menurutnya akan menamatkan permusuhan di Semenanjung Gaza yang terkepung dan memastikan pembebasan tawanan.
Pelan itu termasuk gencatan senjata, pertukaran tawanan dan pembinaan semula Gaza.
Dalam satu kenyataan bersama, Hamas dan Jihad Islam berkata delegasi bersama dari pergerakan itu telah menyampaikan maklum balas kepada pegawai Qatar semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani.
Maklum balas itu turut dihantar kepada pihak berkuasa Mesir.
Menurut kenyataan itu, "maklum balas itu mengutamakan kepentingan rakyat Palestin, menekankan keperluan untuk menghentikan sepenuhnya pencerobohan di Gaza dan pengunduran tentera Israel dari seluruh Semenanjung Gaza."
Meskipun Israel berkeras untuk menghentikan serangan secara sementara, pergerakan itu menuntut agar peperangan dihentikan, pengunduran tentera Israel, kepulangan orang yang dipindahkan, bantuan kemanusiaan yang mencukupi dan pembinaan semula Gaza sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian pertukaran tawanan.
Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu "mengesahkan komitmennya" terhadap cadangan yang dirangka Biden semasa pertemuan mereka pada Selasa.
Delegasi Hamas dan Jihad Islam menyatakan kesediaan mereka "untuk terlibat secara positif" bagi mencapai persetujuan menamatkan perang di Gaza.
Israel berdepan kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023.
Hampir 37,200 rakyat Palestin telah terbunuh sejak itu di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 84,800 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Sumber : BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2024/06/mesir-qatar-terima-respon-dari-hamas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamas Sambut Baik Resolusi Majlis Keselamatan Pbb Seru Gencatan Senjata Di Gaza

Hamas Sambut Baik Resolusi Majlis Keselamatan Pbb Seru Gencatan Senjata Di Gaza

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 394 hits
GAZA Pergerakan Hamas pada Isnin mengumumkan bahawa ia menyambut baik resolusi yang diterima pakai oleh Majlis Keselamatan PBB yang bertujuan menyokong perjanjian gencatan senjata menyeluruh untuk menamatkan konflik di Gaza lapor Xinhua Ham...
As Mahu Pbb Sokong Perjanjian Gencatan Senjata Gaza

As Mahu Pbb Sokong Perjanjian Gencatan Senjata Gaza

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 255 hits
GENEVA Amerika Syarikat mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menerima pakai resolusi menyokong rancangan yang digariskan Presiden Joe Biden untuk menamatkan pertempuran antara Israel dan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza...
Prabowo Serukan Gencatan Senjata Permanen Di Gaza Indonesia Siap Kirim Pasukan Penjaga Perdamaian

Prabowo Serukan Gencatan Senjata Permanen Di Gaza Indonesia Siap Kirim Pasukan Penjaga Perdamaian

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 312 hits
Hal itu disampaikan Prabowo saat menjadi pembicara di acara IISS Shangri La Dialogue ke 21 digelar di Singapura Sabtu
China Seru Wujudkan Gencatan Senjata Dan Selesaikan Bencana Kemanusiaan Di Gaza

China Seru Wujudkan Gencatan Senjata Dan Selesaikan Bencana Kemanusiaan Di Gaza

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 296 hits
BEIJING 30 Mei Wakil China menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mengambil tindakan selanjutnya untuk mewujudkan gencatan senjata di Gaza bagi menyelamatkan nyawa dan menyelesaikan bencana kemanusiaan di sana Wakil Te...
Krisis Gaza Malaysia As Setuju Keutamaan Gencatan Senjata Untuk Mudahkan Bantuan Kemanusiaan

Krisis Gaza Malaysia As Setuju Keutamaan Gencatan Senjata Untuk Mudahkan Bantuan Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 426 hits
PUTRAJAYA Malaysia dan Amerika Syarikat bersetuju bahawa gencatan senjata adalah penting supaya sebarang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat dilakukan secara berkesan menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar pada Rabu Perse...
Malaysia Seru Gencatan Senjata Berkesan Terhadap Krisis Di Gaza

Malaysia Seru Gencatan Senjata Berkesan Terhadap Krisis Di Gaza

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 246 hits
PUTRAJAYA Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sokongan teguh Malaysia terhadap perjuangan Palestin semasa persidangan peringkat tinggi yang bertajuk Call for Action Urgent Humanitarian Response for Gaza di Jordan Beliau menggar...
Prabowo Israel Akan Sangat Terkucil Bila Tidak Memberi Gencatan Senjata Ke Palestina

Prabowo Israel Akan Sangat Terkucil Bila Tidak Memberi Gencatan Senjata Ke Palestina

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 304 hits
Beberapa negara dunia khususnya di belahan Eropa sudah mengakui dan mendukung Palestina
Prabowo Lapor Jokowi Soal Presiden Ukraina Tolak Usulan Gencatan Senjata Dengan Rusia

Prabowo Lapor Jokowi Soal Presiden Ukraina Tolak Usulan Gencatan Senjata Dengan Rusia

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 198 hits
Prabowo Subianto bertemu dengan Presiden Ukraina Volodymyr Zelensky di Singapura Sabtu 1 Juni 2024
Netanyahu Kecam Tentera Israel Laksanakan Gencatan Senjata Sementara

Netanyahu Kecam Tentera Israel Laksanakan Gencatan Senjata Sementara

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 171 hits
BHarianonline nbsp Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memindahkan mangsa serangan terbaharu Israel di tengah Semenanjung Gaza Foto REUTERSBAITULMAQDIS Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kecam rancangan tentera Israel menghentikan s...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Mentors For Startup Business Owners

Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

Elakkan Salah Pasang Ini Antara Kesalahan Selalu Berlaku Bila Gantung Jalur Gemilang

Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Rediscovering Intimacy Through Aroma And Vapor A Deep Dive Into Vapordisiacs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Simple Trim Healthy Mama Recipe Book

Bihun Goreng Kampung

Eda Ezrin Nur Aida Selesai Ambil Keterangan Lebih 3 Jam

Bubur Lambuk Segera Brahims Mudah Cepat Sedap

Sentuhan Moden Pada Kuih Tradisional Resipi Warisan Yang Berjiwa Kontemporari