Malaysia Prihatin Berbeza Bangsa


Hari ini rakyat Malaysia akan meraikan Hari Kebangsaan ke-63 yang akan disambut dalam normal baharu.
Enam puluh tiga tahun selepas Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, kemajuan negara berbanding zaman pramerdeka amatlah ketara. Untuk itu, sekalung tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berusaha membangunkan negara, begitu juga pihak kerajaan yang memandu memacu kemajuan negara sehingga disegani di pelosok dunia.
Namun, dalam kita menikmati kebebasan, ada beberapa aspek kita masih terus ‘dijajah’. Sejak kebelakangan ini, aspek pembinaan negara dalam kalangan masyarakat semakin hari semakin dilihat bagai diruntuhkan. Mungkin pendekatan penjajah dahulu melalui sistem divide and rule diamalkan oleh beberapa golongan tertentu.
Acapkali kita lihat apabila berlaku sesuatu isu yang melibatkan kaum (walaupun ia sebenarnya bukan isu perkauman), masyarakat begitu marah dan kerap menjadi sasaran cemuhan. Bukan sahaja golongan minoriti yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, malah golongan majoriti juga sering berasa dipinggirkan dan tidak mendapat keadilan. Sesuatu perlulah dilakukan pihak berkuasa bagi meredakan keadaan tersebut.
Pihak yang memegang tampuk kerajaan tidak boleh hanya memikirkan peti undi semata-mata dalam membuat apa-apa tindakan. Leluhur kita sudah membina negara dengan semangat toleransi yang tinggi dan itulah yang perlu dipertahankan. Tindakan perlu diambil kepada sesiapa sahaja yang cuba menggugat semangat itu ataupun membelakangkan falsafah pembinaan negara serta sejarahnya.
Malaysia begitu unik, tidak sama dengan mana-mana negara lain di dunia. Namun, hari ini keunikan itulah yang diperkotak-katik banyak pihak kerana mereka tidak memahami sejarah. Malah, ada juga yang mahu menulis kembali sejarah dengan mengambil kira perspektif mereka sendiri yang tersasar daripada fakta sebenar. Ia adalah tindakan yang sangat berbahaya kerana ia menggarap fakta yang tidak benar.
Sempena bulan kemerdekaan, marilah bersama-sama kita bulatkan tekad merenung kembali sejarah negara. Kita perlu menoleh ke belakang melihat sejarah silam bagi melihat ke hadapan membina kecemerlangan. Tiada gunanya kita cemerlang jika jati diri anak bangsa kita sendiri sudah tiada.
Tiada manfaatnya kita mengimport nilai-nilai luar yang dikatakan baik itu sedangkan kita meminggir nilai tempa-tan yang sudah sebati dengan jiwa dan raga kita. Tiada eloknya juga kita berkiblat ke luar negara sedangkan panduannya ada pada diri kita sendiri.
Malah, tiada kebaikan jika kita mahu membina kekuatan bersumberkan tela-han luar tetapi pada masa yang sama kita menghancurkan swadaya watan.
Kita mesti membina negara atas aspirasi kita sendiri, bukan melalui kacukan luaran yang mungkin tidak serasi dengan selera kita. Sesungguhnya mengisi kemerdekaan itu lebih sukar daripada mendapatkannya. Tanggungjawab dan peranan kita sebagai warganegara untuk membawa negara ke mercu kecemerlangan, selain tidak meminggirkan nilai, sejarah dan jati diri yang sudah sebati itu.
Memang benar dalam sebuah negara pelbagai bangsa dan agama, kita tidak dapat lari daripada perselisihan faham. Menguruskan perselisihan itu sangat penting dan perlu diberi perhatian. Tiada kompromi perlu diberikan kepada mereka yang sengaja mahu mencetuskan pergaduhan kaum atas apa juga alasan.
Perbezaan keistimewaan yang di-berikan kepada golongan tertentu adalah sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Ia sudah diterima sepanjang kita membina Malaysia. Jangan dipertikai keabsahannya kerana sekali ia dipertikai, beribu kali perkara lain akan diungkit.
Marilah kita sama-sama membawa negara ke mercu kegemilangan. Sikap saling menghormati yang saya perhatikan semakin pudar perlulah disinarkan kembali. Malaysia mampu mengubahnya. Jadikanlah Malaysia graha rujukan bagi orang luar untuk belajar daripada kita. Walaupun terdapat perbezaan, ia diraikan bersama kerana kita semuanya prihatin sesama rakyat.
Malaysia Prihatin.
* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia
The post Malaysia Prihatin berbeza bangsa appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/31/malaysia-prihatin-berbeza-bangsa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Mewarna Malaysia Prihatin

Gambar Mewarna Malaysia Prihatin

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 3964 hits
nbsp Cari apa tu gambar mewarna kah ini adalah gambar mewarna khasnya pada kanak kanak Tema bagi menyambut hari kemerdekaan tahun ini adalah Malaysia Prihatin tema ini selari dengan keadaan semasa yang berlaku pada negara kita Manakala logo...
Siti Sarah Alif Satar Syamel Aina Abdul Malaysia Prihatin Version Pop Chord

Siti Sarah Alif Satar Syamel Aina Abdul Malaysia Prihatin Version Pop Chord

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 631 hits
ADKedamaian milik kita Gbersama DAmanah bangsa junjung Cm Bselamanya G AAbadikanlah jiwa dan F mragamu F ETeguh sinar cahaya satukan C AjiwaDSemarakkan api cinta Gdi hati DPada setiap insan kita C Bgapaikan GAgar gemilang mekar di F m Bpers...
Sukuk Prihatin How You Can Help Malaysia While Earning Something For Yourself

Sukuk Prihatin How You Can Help Malaysia While Earning Something For Yourself

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 314 hits
The proceeds from Sukuk Prihatin will go to the Kumpulan Wang Covid 19 to fund measures announced in the government s economic stimulus packages and recovery plan to address the Covid 19 crisis Reuters picKUALA LUMPUR Aug 20 The Malaysian g...
Lirik Lagu Malaysia Prihatin

Lirik Lagu Malaysia Prihatin

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 696 hits
Lirik Lagu Malaysia Prihatin Kedamaian milik kita bersama Amanah bangsa junjung selamanya Abadikanlah jiwa dan ragamu Teguh sinar cahaya satukan jiwa Semarakkan api cinta di hati Pada setiap insan kita damaikan Agar gemilang mekar di persad...
Art Gallery Zhan Art Space Ignites Conversations On The Future Of Contemporary Art In Malaysia

Art Gallery Zhan Art Space Ignites Conversations On The Future Of Contemporary Art In Malaysia

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 602 hits
The panel discussion titled Making Sense of The New Normal Art in Transition navigated what s next for contemporary art in Malaysia freedom of expression and what it means under the new normal for artists in transitionIn light of the recent...
Burger King Malaysia Locates Another Outlet At Mid Valley Megamall Let S You Eat Whenever Wherever

Burger King Malaysia Locates Another Outlet At Mid Valley Megamall Let S You Eat Whenever Wherever

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 405 hits
Burger King Malaysia siapa tak kenal Nama Burger King Malaysia ni memang dah gah sebagai salah satu restoran makanan segera dengan servis yang sangat ohsem Para peminat Burger King juga ramai dan masing masing seakan tidak sabar untuk mencu...
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes E Commerce Di Malaysia

Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes E Commerce Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 471 hits
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e Commerce di Malaysia Bisnes satu perkara biasa zaman sekarang Dari usia kanak kanak hingga ke orang yang berusia sekarang mula bisnes Bisnes mula menjadi satu trend atau kerjaya sama ada secara kerj...
Tommy Thomas And Hamid Bador Blocked Jho Low S Return To Malaysia

Tommy Thomas And Hamid Bador Blocked Jho Low S Return To Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 311 hits
Yes Tommy Thomas and Abdul Hamid Bador are sabotaging efforts to bring Jho Low home They say Jho Low is in hiding No he is not in hiding He is openly partying and is holding business meetings and is doing deals all over the world He is not ...
Casio G Shock Dengan Rekaan Seakan Model 3d Berpoligon Rendah Kini Di Malaysia Pada Harga Rm3499

Casio G Shock Dengan Rekaan Seakan Model 3d Berpoligon Rendah Kini Di Malaysia Pada Harga Rm3499

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 359 hits
Pada April yang lalu Casio melancarkan jam tangan G Shock GMW B5000CS dengan rekaan seakan model 3D berpoligon rendah Semasa dilancarkan ia sekadar ditawarkan untuk pasaran Jepun Tetapi minggu ini G Shock GMW B5000C akhirnya dilancarkan di ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever