Malaysia Perlu Transformasi Kepada Kerajaan Digital Secara Total Tok Mat




Pandemik COVID-19 memberikan negara satu pengajaran besar bahawa sistem penyampaian kerajaan mesti kalis krisis dan tidak boleh dilumpuhkan, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Tegasnya, tranformasi kepada Kerajaan Digital secara total adalah tindakan radikal yang Malaysia sangat perlukan.
“Hanya dengan demikian, kerajaan akan dapat melakukan tugasnya melindungi rakyat dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya.
Jelasnya dalam satu kenyataan, sistem penyampaian kerajaan mesti segera beranjak ke persada digital secara total.
“Lihat sahaja bagaimana sistem persekolahan kita yang gagal beroperasi dengan mode digital secara sistematik dan seamless dalam waktu pandemik sebegini.
“Banyak sekali masa pembelajaran terbuang. Menghantar tugasan melalui whatsapp ataupun email bukan pembelajaran online. Apatah lagi bila ramai ibu bapa terpaksa mengutamakan wang untuk membeli makanan daripada data internet, kerana kesusahan hidup dan tarif data yang mahal.
“Oleh yang demikian, sangatlah penting untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan kejelasan bagaimana urusan persekolahan kita harus beroperasi secara produktif dari sekarang jika keadaan ini berlarutan,” tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu lagi.
Oleh itu katanya, sistem penyampaian digital secara total mesti menjadi kepentingan nasional yang diutamakan dan dilaksanakan secara radikal, dengan mengutamakan tiga perkara.
“Pertama, meluaskan prasarana rangkaian internet terutamanya kepada kawasan unserved dan underserved. Segala jurang ini harus ditutup segera.
“Kerajaan wajar mempertimbangkan penubuhan syarikat penyedia perkhidmatan internet dengan tujahan inovasi dalam penyediaan perkhidmatan internet khusus kawasan luar bandar,” katanya.
Manakala kedua tambah Mohamad, penyediaan satu pelantar digital berpusat dan terpadu, yang membolehkan segala urusan bersama pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dilakukan secara online dalam satu portal, akaun, sistem atau saluran, tidak boleh lagi tertangguh.
“Ia akan mengurangkan birokrasi, memaksimumkan ketelusan sekali gus meningkatkan kecekapan dan kecepatan urusan,” ujarnya.
Seterusnya yang ketiga, Mohamad berkata negara mesti membuka seluas-luasnya ruang persaingan untuk penyediaan pelbagai perkhidmatan jalur lebar.
“Hanya melalui persaingan, tarif data akan menjadi lebih murah dan kompetitif.
“Malah kepada segmen tertentu dalam masyakat, data percuma untuk tujuan pembelajaran, keusahawanan dan khidmat masyarakat harus disediakan,” tambahnya.
Mohamad juga merujuk kepada laporan South China Morning Post pada 6 April lalu yang berhujah mengatakan dapatan saintifik mendapati bahawa pandemik coronavirus akan terus muncul dengan lebih kerap dengan impak yang sangat menggerunkan.
“Akhbar tersebut itu dengan tegas menyatakan bahawa “we need to be thinking about pandemics in the same way we think about climate change”.
“Kerana itulah dalam tulisan saya sebelum ini, saya nyatakan bahawa ancaman keselamatan ‘bukan tradisional’ akan menjadi ancaman paling besar kepada Malaysia. Negara akan terus dihantui oleh pandemik dan wabak pathogen sepertimana kita dihantui oleh krisis iklim yang membarah,” kata Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Justeru gesanya, Malaysia mesti meningkatkan kesiapsiagaannya terhadap semua itu.
“Cabaran terpenting ialah bagaimana kerajaan berfungsi dalam krisis sebegini.
“Kerana hanya kepada kerajaan sahajalah satu-satunya sandaran untuk kelangsungan kehidupan dan keselamatan dalam waktu luar biasa seperti ini,” tegasnya lagi. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/16/malaysia-perlu-transformasi-kepada-kerajaan-digital-secara-total-tok-mat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=malaysia-perlu-transformasi-kepada-kerajaan-di

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Mesti Sedia Lakukan Total Reset Hadapi Covid 19 Kata Tok Mat

Malaysia Mesti Sedia Lakukan Total Reset Hadapi Covid 19 Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 322 hits
April 5 2020 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan ad hoc sebaliknya perlu sentiasa bersiapsiaga mendahului masa bagi menghadapi ancaman bukan tradisional PETALING JAYA Timbalan Presiden...
Saintis Tersohor Malaysia Menggesa Kerajaan Teruskan Pkp

Saintis Tersohor Malaysia Menggesa Kerajaan Teruskan Pkp

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Saintis tersohor Malaysia Profesor Emeritus Dr Lam Sai Kit berkata data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan Malaysia perlu meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan atau menyelaraskannya Sai Kit yang mencipta nama atas peny...
Program Pemecut Digital Alpha Startups Untuk Usahawan Di Malaysia Diumumkan

Program Pemecut Digital Alpha Startups Untuk Usahawan Di Malaysia Diumumkan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 390 hits
1337 Ventures iaitu pengasas pemecut yang pertama dan terawal di Malaysia kini hadir dengan sebuah program yang dinamakan Pemecut Digital Alpha Startups Ia disokong oleh AWS AirTable Found8 dan iTrain Program PeDAS ini dilaksanakan dengan t...
Tok Mat We Had No Choice But To Turn Away Boat Of Rohingya Refugees

Tok Mat We Had No Choice But To Turn Away Boat Of Rohingya Refugees

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 369 hits
SEREMBAN Malaysia has been left with no other option but to turn away a boat carrying some 200 Rohingya refugees says Datuk Seri Mohamad Hasan The country has far exceeded its capacity to host refugees said the Umno deputy president adding ...
Majlis Pelajar Malaysia Terkilan Tindakan Kerajaan Australia

Majlis Pelajar Malaysia Terkilan Tindakan Kerajaan Australia

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR 6 April Majlis Pelajar Malaysia di Australia terkilan dengan kerajaan Australia yang mahu pelajar antarabangsa pulang ke negara asal jika menghadapi masalah kewangan berikutan pandemik COVID 19 Perdana Menteri Australia Scott M...
Kerajaan Negeri Johor Ingin Menubuhkan Bank Digital

Kerajaan Negeri Johor Ingin Menubuhkan Bank Digital

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 330 hits
Bank Digital merupakan salah satu arena kewangan yang bakal menerima fokus ramai dalam masa tahun tahun akan datang Bank Negara Malaysia sendiri telah mengatakan bakal menawarkan sehingga lima lesen untuk bank digital Sebelum ini ia telah d...
Mat Said Bantuan Kerajaan Di Terengganu Tidak Sama Rata

Mat Said Bantuan Kerajaan Di Terengganu Tidak Sama Rata

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 463 hits
KUALA TERENGGANU Umno Terengganu mendakwa kerajaan negeri tidak mengagihkan peruntukan pusat bagi bagi menangani penyebaran Covid 19 secara sama rata kepada wakilnya Pengerusinya Ahmad Said berkata wakil rakyat UMNO hanya mendapat peruntuka...
Mat Jenin Malaysia Dulu Berangan Sekarang Meroyan

Mat Jenin Malaysia Dulu Berangan Sekarang Meroyan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 264 hits
1 Siapa tidak pernah mendengar sebuah cerita rakyat berkenaan seorang jejaka yang kuat berangan bernama Mat Jenin Sebatang tubuh yang dihikayatkan dengan sikapnya yang kuat berangan dan pada akhir riwayat hidupnya dia menjadi mangsa kepada ...
Kerajaan Malaysia Terima Wang 1mdb Dari Us Mengesahkan Amalan Kleptokrasi Najib

Kerajaan Malaysia Terima Wang 1mdb Dari Us Mengesahkan Amalan Kleptokrasi Najib

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 210 hits
ZAMURI ARDANIBila kerajaan terima wang USD300 juta dari US itu sebebarnya mengesahkan bahawa pentadbiran BN sebelum ini mengamalkan kleptokrasi Para walaun Najib kena faham bahawa manusia yang kamu dokong selama ini adalah sah sebagai penya...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan